HARGA DAN MENU DALAM KATERING

Antara perkara penting yang perlu dititik beratkan dalam pengurusan makanan adalah harga dan menu.

Bunyi simple. Tapi nak mewujudkannya tak mudah. Saban minggu, wajib bagi kami duduk bersidang di meja bulat mahupun petak.

Menyusun atur semula segala produk. Semuanya dibuat bagi memastikan para pelanggan mendapat pulangan yang setimpal dengan apa yang mereka harapkan.

Lama juga proses nak menyiapkan menu dan pakej. Bukan sekadar masa, kepakaran juga diperlukan bagi memastikan semua hasil kerja menepati SOP yang ditetapkan.  Walau staf silih berganti, walau leader keluar masuk, tapi cara kerja tetap sama. Rasa tetap serupa.

Kerana sesungguhnya senyuman anda keutamaan kami.

Nenekatering

.

THROWBACK PULA

Tadi sambil-sambil buat kerja, sempat saya throwback gambar-gambar lama. Especially gambar-gambar waktu study dulu. Memang menggamit memori habis. Terkenang semula pahit manis sewaktu belajar di negara orang.

Banyak benda saya belajar di sini. Terlalu banyak benda yang betul-betul memberi pelajaran dan pengajaran kepada saya.

Di sini bermulanya saat saya belajar mendapatkan wang. Bukan tak cukup duit biasiswa, tapi masa tu saya nampak banyak peluang untuk mendapatkan wang terbentang luas. Jadi saya pun grab lah. Takkan tunggu melepas pula.

Saya pernah mengambil upah sebagai cleaner, babysitter, dan  last sekali berakhir sebagai bibik di sebuah rumah keluarga Muslim di sana. Kedua-dua pasangan ini memegang title sebagai doktor perubatan, memiliki dua orang anak yang masih kecil.

Sewaktu mereka keluar bekerja, sayalah yang menjaga anak-anak mereka. Bukan tu sahaja, saya juga melakukan kerja rumah, sidai kain, lipat kain, sapu sampah, vacuuming, mop lantai dan apa sahaja berkaitan urusan rumah.

Masa tu memang busy sangat. Jadual saya sangat padat.  Bayangkanlah, saya susun semua jadual waktu belajar dari 5 hari jadi 3 hari. Baki lagi 4 hari saya keluar bekerja. Saya hanya benarkan diri sendiri tidur dan rehat tak lebih 5 jam sehari, Seawal 5 pagi dah keluar mencari rezeki, habis kerja, sebelah malamnya saya siapkan tugasan assignment, study sampai lewat malam.  Dah jadi macam full time working, part time studying.

Letih sudah tentu. Tapi saya tetap buat, sebab saya dapat bayang macam mana rasa gembiranya hati mak ayah pabila menerima wang belanja dari seorang anak. Kesemuanya duit gaji yang saya dapat, saya simpan baik-baik selepas peruntukkan sejumlah wang untuk dihantar pulang kepada mak ayah di kampung. Terasa sayang pula nak habiskan duit sesuka hati. Nak dapat bukan main payah.

Pada cuti semester, ramai kawan-kawan yang pilih untuk melancong. Saya pun ikut melancong sama. Tapi tempoh tak sama. Kalau orang melancong 2 minggu, saya hanya peruntukkan 1 minggu sahaja. Baki cuti yang ada saya gunakan untuk bekerja.

Selesai tamat pengajian di Sydney, saya pulang ke Malaysia. Masa tu saya belum kenal lagi bisnes online. Saya fokus habiskan belajar hingga berjaya menggenggam ijazah.

Dan hari ini, setelah saya mula mengenali dunia bisnes online, memang saya tepuk dahi, Kenapalah sebelum ni tak kenal bisnes ni? Online adalah lubuk segala bisnes. Kalau betul channel dan target, memang boleh buat duit kacing kacing.

Tiada istilah jualan harga terlalu mahal atau tak boleh jual, Yang ada cuma perlu ada ilmu, kehendak dan usaha, Kenali potensi diri. Kenali prospek. Bina trust. Percayalah, rezeki memang terbentang luas.

.
.

KOMUNIKASI SUAMI ISTERI

Sejak pagi menghabiskan masa di dapur, menyiapkan makanan, menyidai pakaian, menguruskan anak, mengemas rumah, baru berpaling sesaat, sudah jadi kapal karam semula.

Begitulah rutin para isteri setiap hari. Lelah dan penat menguruskan rumah tangga sehari-hari. Para isteri yang menguruskan rumah dan anak-anak tanpa bantuan suami akan berasa tertekan, terasa seolah-olah tidak dihargai, menjadi bibik di rumah sendiri.

Sesekali pasti mengharapkan bantuan suami. Paling tidak, asal boleh meluahkan apa yang terbuku di hati pun sudah memadai. Bukan merungut serba serbi, tapi lebih kepada berkongsi rasa hati.

Betapa bersyukurnya bila terlihat kelibat suami pulang ke rumah, dengan harapan dapatlah berehat seminit dua.

Para suami yang seharian bekerja di luar, bertarung nyawa mencukupkan keperluan keluarga, terasa mahu pulang ke rumah dengan keadaan tenang. Minda dan tubuh yang mahu direhatkan.

Pulangnya ke rumah dengan rumah bersepah, anak berteriak menangis, bisa saja menambah penat di jiwa.

Namun pada hakikat, dua-dua sedang penat. Masing-masing perlu rehat.
.
.
Banyaknya antara suami dan isteri yang tidak berkomunikasi dengan baik. Ramai yang hanya menggunakan bahasa badan dengan harapan pasangan akan faham sendiri.

Isteri yang baik, segera faham penatnya suami. Hingga tak dapat membantu menguruskan perihal rumah.

Suami yang baik, pastinya peka lelahnya isteri, bersilat menguruskan kebajikan anak-anak dan diri.

Sepotong ucapan terima kasih sudah cukup membuatkan isteri rasa dihargai.

Sesaat diam tidak membebel sudah memadai untuk berasa tenangnya suami.

Rumahtangga yang punyai rahmah dan mawaddah lahir dari sikap toleransi dan saling menghargai.

Setiap pasangan acknowledged setiap sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh pasangan.

Rasulullah sendiri mendoakan Khadijah agar direhatkan dari penatnya dunia.

'Semoga Allah memberimu syurga yang tiada lagi kepenatan'

Rasulullah sendiri memujuk anaknya, Fatimah apabila mengadu kerana penatnya menguruskan rumah tangga.

'Mahukah ku beritahu sesuatu yang lebih baik dari yang kamu minta? Bila hendak naik pembaringan, maka bertakbirlah 33 kali, bertasbihlah 33 kali, dan bertahmidlah 33 kali. semuanya itu lebih baik daripada seorang pembantu.'

Bahkan Saidina Umar juga hanya berdiam diri ketika isterinya mengomel.

'Ada empat alasan yang membuat aku sabar dan lembut menghadapi istriku, pertama, dialah yang memasak makananku, kedua, dialah yang membuat, mengadun dan memasak  rotiku, ketiga, dialah yang mencucikan pakaianku, alasan keempat, dialah yang menyusui anak anakku.’

Subhanallah.

Betapa hebatnya kesan apabila saling menghargai. Tak perlu berlumba siapa yang paling berjasa. Tak perlu berbalah siapa yang menyumbang tenaga.

Hargai dan syukuri. Sudah cukup membuatkan pasangan tersenyum sepanjang hari.
.
.

SUAMI URUSKAN RUMAHTANGGA

Pagi tadi, sambil memasak menyiapkan tempahan di dapur, sambil mendengar siaran radio kegemaran. Telinga saya sempat menangkap pesanan pendek yang disampaikan oleh DMFK bersama sepahtu sinar. Pesanannya lebih kurang berbunyi,

'Suami yang membiarkan isteri terlalu berdikari akan mengundang murka Ilahi'.

DMFK menjelaskan bagaimana keadaan suami yang melepaskan semua tanggungjawab kepada isteri, dengan niat 'isteri kena biasakan buat sendiri, sebagai persediaan suami tiada nanti.'

Kalau begitulah yang difahami, biar tentu tak bersuami, biar padan dengan semua buat sendiri.

Bukan sedikit yang mengalami situasi ini. Ada yang rela menguruskan sendiri, dari aspek membuat check up di klinik, uruskan anak, mengemas rumah, memasak, bayar bil, beli barang dapur, hantar dan jemput anak, semata-mata menggunakan tiket, nak berdikari, taknak susahkan suami.

Bila terjadi kes begini, sedikit sebanyak akan menyebabkan isteri hilang hormat pada suami, ada atau tiada, sudah tiada erti.

Pada waktu inilah pentingnya komunikasi yang melahirkan toleransi. Isteri perlu faham tugasnya sebagai membantu suami, bukan mengambil alih tugas suami.

Para suami seharusnya berusaha untuk menyempurnakan tanggungjawabnya kepada keluarga. Supaya kehadirannya disyukuri, ketiadaannya dirasai.

Beruntunglah para isteri yang mempunyai suami yang menyempurnakan segala urusan rumahtangga. Berbahagialah para suami yang memiliki isteri yang boleh berdikari. Tahu apa yang perlu dibuat. Bijak mengatur tugas sendiri.

“Orang yang imannya paling sempurna diantara kaum mukminin adalah orang yang paling bagus akhlaknya di antara mereka, dan sebaik-baik kalian adalah yang terbaik akhlaknya terhadap isteri-isterinya”. (Hadis riwayat: At-Tirmizi)

.
.

WEBSITE BARU

Di saat orang lain gigih menaikkan follower masing-masing. Di saat orang lain sibuk memperjuangkan mazhab pelbagai sifu. Di saat orang lain asyik menegakkan copy writing. Di saat orang lain fokus membina personal branding.

Kami di Nenekatering tetap berlari dalam trek sendiri. Kerana kami percaya, dalam apa jua bisnes, yang penting bukanlah mazhab siapa yang betul, sifu siapa yang bagus, apatah lagi bisnes mana yang menjadi.

Dalam menggerakkan bisnes, yang terpenting ialah konsistensi. Sesuatu yang konsisten akan menghasilkan tabiat. Suatu tabiat akan jadi amalan. Dan amalan akan membuatkan orang ingat.

Tiada istilah buat bisnes tak menjadi. Yang ada hanyalah buat sampai jadi.

Pada permulaan hanya meniaga di tepi jalan, sekadar mengumpul order teman dan jiran, jatuh bangun, jatuh bangun, jatuh jatuh jatuh hampir tak boleh bangun. Sepak terajang dengki dan khianat semua dah telan.

Keyakinan yang dibina melalui kepercayaan pelanggan budiman. Rome is not built in a day. Banyak masa sudah dikorbankan. Banyak modal sudah dileburkan. Banyak keringat sudah   dikerah.

Kali ini kami mengorak langkah maju ke hadapan. Sebuah website sudah dilancarkan. Hasil pengumpulan data dalam simpanan. Segala company profile, prosedur order, menu dan projek semua disatukan. Semata-mata untuk memudahkan para pelanggan membuat tempahan.

Kali ini sudah Nenekatering sudah berada pada tangga ke2 dalam carta Kahwinmall bagi khidmat Katering Selangor. Masih banyak langkah perlu diolah.

Sekiranya anda sedang tercari-cari pakej katering yang menawarkan perkhidmatan terbaik, kami yakin bahawa pencarian anda akan berakhir di sini. Jemput jenguk sarang kami, semoga anda berpuas hati .

https://nenekatering.wixsite.com/2017

Nenekatering

#dahbanyaknenekpayung
#kateringshahalam

.

SUAMI ISTERI SALING MEMAHAMI

Sesiapa sahaja, apabila sudah bersetuju untuk menjadi suami isteri, sudah pasti berjanji sehidup semati. Segala-gala berkongsi, dari sekecil-kecil hal hingga ke sebesar-besar hal.

Majoriti pasangan hari ini mempunyai kerjaya sendiri. Para suami mengizinkan isteri untuk keluar bekerja untuk sama-sama meringankan kos biaya urusan keluarga.

Paling tidak, para isteri yang stay at home mom, pasti membuat jualan atas talian, menjadi dropship ataupun stokis. Dengan hasil jualan itulah yang diniatkan untuk sama-sama membantu melancarkan ekonomi rumahtangga sendiri.

Namun pasti ramai yang pernah dengar ungkapan 'duit suami ialah duit isteri, duit isteri ialah duit isteri'.  Pabila sentuh bab ekonomi, masing-masing nak sendiri-sendiri. Masing-masing memperjuangkan aku-aku, dan kau-kau, dari situlah berlakunya rasa tak puas hati.

Memang betul mencari nafkah ialah tugas suami, namun lebih betul bila isteri dengan rela hati membantu suami. Disebalik kejayaan seorang suami, ada isteri yang menyokongnya. Seorang wanita yang asalnya dari tulang rusuk, menjadi tulang belakang para suami. 

Para isteri, sejak awal keluar bekerja diniatkan untuk membantu suami. Para suami pula memberi keizinan dengan hasrat dapat membantu menambah pendapatan.

Setinggi manapun gaji isteri, bila tidak digunakan untuk membantu suami, pasti tidak membantu menjana ekonomi rumahtangga. Ibaratnya, sama ada isteri bekerja atau tidak, sama sahaja nilainya di mata suami. Apabila semua digalas sendiri, dari situ rasa berkecil hati. Kerana saling tidak memahami.

Sama juga bagi isteri, kalau selama ini segala urusan di dapur, mengemas rumah, mandikan anak semua diuruskan sendiri. Pasti rasa lebih bahagia pabila pasangan datang turut membantu.

Bila melihat isteri sedang sibuk menguruskan si comel yang merengek mahu susu, suami dengan rela hati memasak di dapur. Bila isteri selesai menguruskan anak, makanan pun siap terhidang. Percayalah, pasti bahagia hati isteri, kerana memiliki suami yang memahami.
.
.
.

Dalam urusan rumahtangga, yang paling penting ialah komunikasi. Masing-masing duduk berbincang, ke mana hala tuju rumahtangga.

Jangan disimpan sendiri, nanti memakan diri.
Sama-sama keluar bekerja, sama-sama mènguruskan rumah, sama-sama membesarkan  anak-anak soleh solehah.

Apabila semua digalas bersama, rumahtangga lebih aman bahagia.Isteri lebih menghormati, suami lebih menyayangi. Kerana semua bermula dari satu tindakan; komunikasi yang berkesan.

TRAGEDI GELONGSOR

3 hari lepas saya bawa Hana Humaira ke HKL untuk check up kesihatan dan sekaligus mendapatkan tarikh untuk pembedahan.

Seperti biasa suasana sesak dengan orang yang ramai untuk mendapatkan rawatan susulan. Selepas mengambil nombor giliran, saya bawa Humaira ke playhouse yang terletak di tengah-tengah ruang menunggu.

Saya ikut ke mana sahaja Humaira pergi. Sedang saya mengawasi Humaira, saya perasan ada seorang lelaki sedang ralit menghadap telefon pintarnya, berdiri sambil bersandar ke dinding, kepalanya tunduk merenung telefon, sambil jemarinya berlari-lari di atas skrin.

Selang beberapa minit, datang seorang kanak-kanak lelaki, duduk di tengah-tengah papan gelongsor. Berderet kanak-kanak lain beratur di belakangnya, termasuk Humaira yang menunggu giliran untuk turun.

Saya cuba menegur, 'Adik, tolong beralih sedikit, kawan-kawan nak turun gelongsor ni,'

Sedikit pun tidak diendahkan. Saya mencuba lagi,

'Adik, kalau nak baring, bukan di sini. Cuba tengok belakang, ramai kawan-kawan nak main juga.'

Tiba-tiba adik tersebut menjerit meraung-raung. Semua orang berpaling melihat dirinya.

Akibat jeritan itu, pemuda yang sedang bermain telefon tadi datang berlari mendekati sambil menjerit, 'OKU, OKU, OKU,..' Pemuda tadi bawa kanak-kanak tadi beralih pergi.

Selepas itu semua kanak-kanak menyambung permainan mereka. Keadaan ok sehinggalah datang seorang kanak-kanak, dalam lingkungan 3 tahun, merempuh dan duduk di atas kepala Humaira. 

Sepantas kilat saya menepis, angkat Humaira yang dah berdarah bibirnya. Ini tak boleh jadi.

'Mak ayah awak mana? Panggil mak ayah sekarang,'

Saya cuba untuk mendapatkan ibubapanya. Dia hanya berlari mengelilingi kawasan. Saya mengekori sambil bertanya di mana ibu bapanya.  Tiada seorang pun orang dewasa di situ yang mengaku.

Akhirnya, dia berlari mendapatkan seorang wanita yang sedang menunggu nombor giliran. Kedudukannya dengan playhouse tempat anaknya bermain agak jauh dan terpisah. Pastinya mustahil untuk mengawasi anaknya bermain dari tempat beliau duduk.

Saya cuba berdiplomasi,

'Maaf puan, ini anak puan ya? Anak puan dah tolak dan duduk atas kepala anak saya  sampai berdarah bibir. Sekarang kita nak setel macam mana?'

Saya tunjuk padanya bibir Humaira yang dipenuhi darah.

'Maaflah, anak saya ni memang agresif. Dia ada masalah pendengaran. Dia anak istimewa.'

.
.
.

Anak istimewa. OKU. Anak syurga. Apa sahaja gelaran anak ini, mereka berhak mendapat perhatian daripada ibubapa. Lebih-lebih lagi sekiranya mereka boleh bertindak agresif dan mencederakan.

Bayangkanlah, sekiranya terjadi perkara yang lebih buruk, siapa yang harus dipertanggungjawabkan? Takkanlah hanya semata-mata mereka anak istimewa, maka boleh berbuat ikut suka.

Bila anak melakukan kesalahan, kita buat pejam mata, paksa diri untuk terima, hanya semata demi menutup kecuaian kita yang buat kerja sambil lewa.

Memang betul kita sebagai ibubapa mempunyai tugas dan tanggungjawab yang lain, tapi memastikan keselamatannya terjamin juga adalah tanggungjawab kita.

Memiliki anak syurga memang menguji sabar. Tantrumnya tiba-tiba. Boleh jadi penyedih, sekelip mata bertukar menjadi pemarah, sesaat pula boleh ketawa mengekek.

Para ibu, para bapa,

Tatanglah anak ini dengan penuh kasih sayang. Lindungilah dia sedaya upaya. Belailah dengan cinta. Tunjukkanlah yang mana benar, yang mana salah.

Agar mereka dapat membesar menjadi dewasa. Yang mampu mengurus emosi. Yang boleh mengawal diri.

Kerana tak selamanya kita mampu mengawasi. Sampai masa kita juga akan pergi. Pulang menghadap Rabbul Izzati.

Sekadar pandangan peribadi,
Nurjuwaini Aziz

#hanahumaira
#anaksyurga

---
21 Okt 2017

CARA BUAT BAJET UNTUK KATERING MAJLIS

Bila nak buat sesuatu majlis, benda pertama yang kita ambil kira ialah faktor bajet. Bila bajet dah cukup, baru kita boleh decide berapa jumlah tetamu dan jenis menu.

Dalam ramai-ramai customer, kami sasarkan golongan sederhana yang mementingkan kualiti, rasa dan yang paling penting ialah servis yang diberi berbaloi dengan harga yang dibayar.

Sebab itulah Nenek Katering menawarkan ciri-ciri yang anda cari. Kualiti terjamin. Rasa memukau. Harga berpatutan.

Kalau anda masih tercari-cari katering yang menepati kriteria, kami pasti pencarian anda akan berakhir di sini. Sebab kami ada segala-gala yang anda cari.

Apa yang best sangat tu?

Mestilah best...

1. Macam-macam pakej ada

Pakej jamuan / harijadi/ lawatan sekolah/ doa selamat/ akikah/ cukur jambul/ tunang/ akad nikah

2. Harga bermula rm7 per pax

Nak nilai jimat, ambil rm7/pax
(Nasi + lauk + sayur + air)

Nak berbaloi-baloi, pilih rm10/pax
(Nasi + 2 lauk + sayur + buah+ kuih + air)

Nak rasa mewah vvip, order rm13/pax
(2 nasi + 2 lauk + sayur + buah + 2 kuih + dessert + air panas + air sejuk)

Nak semua merasa, cuba rm15/pax
(2 nasi + 3 lauk + sayur + 2 buah + 2 kuih + dessert + air panas + sejuk )

3. Minimum order 50pax

Sangat sesuai untuk jamuan kecil, makan besar. Tak payah susah-susah nak masak, order je.

Nenek Catering

Rumahtangga yang dibina bukan untuk sehari dua

Tengah hari tadi berpeluang menonton satu rancangan wawancara santai yang dimonopoli oleh golongan wanita, yang bersiaran di salah sebuah stesen tv swasta.

Perhatian saya tertarik pada satu slot perkongsian yang bertajuk 'Isteri Bergetah, Suami Tergugat.' 

Hmm dengar tajuknya sahaja dah hilang selera nak habiskan tontonan. Mesej yang nak disampaikan jelas sekali menunjukkan bahawa kaum isteri wajib berhias diri supaya suami tak cari lain.

Memang pada fitrah, para isteri harus berhias bercantik-cantik, tapi kalau dah sampai suami rasa tergugat, maksudnya tentulah berhias sehingga menjadi tontonan umum. Para suami takkan tergugat sekiranya berhias hanya untuk dirinya.

Lambakan iklan dan siaran sebegini yang hakikatnya menyumbang pada perasaan meragui pasangan sendiri. Hilangnya setia isteri, goyahnya percaya suami.

Amat rugi bagi para isteri sekiranya berhias tidak diniatkan untuk suami sendiri. Lebih rugi jika suami rasa tak senang hati.

Para isteri perlu menjadi qurratul ain bagi suami, iaitu penyejuk mata suami. Qurratul ain tidak semata mata berhias diri, namun lebih kepada sikap dan perwatakan yang disenangi suami.

Ada suami yang suka hidangan air minumnya beralas piring. Ada suami yang suka bajunya bergantung dan bergosok. Ada suami yang suka tegurannya dibalas diam.

Apa sahaja perkara yang isteri lakukan, dan menyenangi hati suami, itulah yang dipanggil qurratul ain. Beruntunglah para isteri yang menjadi qurratul ain pada suami. Alangkah bahagianya suami kerana memiliki quraatul ain dalam rumah sendiri.

Allah telah berfirman;

Dan orang-orang yang berkata: 'Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan hidup dan keturunan yang menjadi qurratul ain (penyenang hati), dan jadikanlah kami ketua bagi orang-orang yang bertakwa,' (Al Furqan: 74)

Semoga para isteri dapat menjadi qurratul ain bagi suami sendiri. Menjadi sahabat, berkongsi inspirasi, menjadi penyokong, bersandar tempat  berpayung, menjadi teman, bersama membina impian.

Kerana rumahtangga yang dibina bukan untuk sehari dua, tapi merupakan sebuah perjalanan sebelum sama-sama pulang bertemu Tuhan.

PUKUL 4 PAGI BERSILAT DI DAPUR

Semalam buat 2 katering untuk lunch. 2 menu berbeza. 2 tempat berbeza. Memang mencabar.   Seawal 4 pagi dah bersilat di dapur.  Semata-mata nak pastikan semua makanan fresh dari dapur.

Antara menu yang ditempah:

1. nasi putih
2. daging masak lemak
3. ayam goreng berempah
4. ulam ulaman
5. sambal
6. buah tembikai
7. air sirap

1. nasi lemak
2. sambal sotong
3. telur goreng
4. ayam goreng
5. buah tembikai
6. kuih karipap
7. bihun goreng
8. teh tarik

Alhamdulillah.. semuanya selesai pada waktu yang tepat dengan jayanya. Dapat feedback pun ohsem belaka. Syukur sangat.

Ada beberapa sebab kenapa anda kena order dengan Nenek Catering.

1. boleh pilih menu sendiri
2. boleh buat bajet sendiri
3. dapat free delivery
4. dapat extra food order
5. kualiti terjamin
6. kebersihan terjaga
7. berdaftar dengan SSM
8. transaksi terus ke akaun Nenek Catering
9. invois diberi bagi setiap order
10. kepuasan anda keutamaan kami

Rata-rata yang order untuk jamuan makan. Ada yang niat nak sedekah. Ada yang niat nak belanja. Ada yang kongsi-kongsi order. Nampak kerjasama di situ. Semua dapat merasa.

Betullah nasihat yang diterima, sedekah yang paling baik adalah makanan, nak lebih mengenali, ajaklah makan sekali.

Nenek Catering

Perlu ke HKL

Di tengah-tengah ramainya dewasa, terselit seorang budak. Kecil molek tubuhnya, berambut ikal, bermata galak. Yang dengan sabar menunggu giliran nombornya untuk bertemu pegawai perubatan bertugas.

Beginilah rutin Hana Humaira. Melawat doktor dan misi sudah sebati. Menelan ubat pahit dah jadi ruji. Menyimpan harapan sembuh sentiasa meninggi.

Kali ni tempoh menunggu tak lama. Ada lah dalam sejam setengah lebih sikit. Tak sempat pun nak buat hantaran fesbuk.

Sewaktu berjumpa doktor tadi, Humaira nampak risau. Langsung nak berdukung. Sesekali menangis bila doktor memeriksanya. Traumanya belum hilang. Kesan lebam kena cucuk jarum pun masih jelas ketara.

Keputusan sudah dibuat. Humaira akan dirujuk ke hkl untuk tindakan pakar. Minggu hadapan kita ke sana. Pemeriksaan terperinci akan dibuat sebelum pembedahan dijalankan.

Tak tahu bila. Tapi yang pasti , Humaira akan menjalani 2 pembedahan lagi. Hadap je la. Nak fikir banyak-banyak pun tak guna. Sekarang kita fokus apa yang ada di hadapan. Apa sahaja untuk Humaira.

Asal saja Humaira sihat sejahtera. Sihatlah dikau wahai anak. Kita ada banyak cita nak digapai. Kita punya berjela impian nak dicapai. Kita sedang melakar sejarah sendiri. Untuk dikenang kemudian hari.

Dengan anugerah kesihatan ini, makin jauh kita berlari. Mengubah mimpi menjadi realiti. Sihatlah Humaira. Jangan sakit lagi. Kuatlah Humaira. Doa kami sentiasa mengiringi.

#hanahumaira
#anaksyurga

---
12 Okt 2017
Hospital Shah Alam

TIPS MEMILIH CATERER YANG BETUL

Rata-rata antara kita lebih mementingkan konsep jimat cermat mahupun ala kadar bila berurusan dengan majlis kahwin.

Terutamanya bila sentuh bab makanan. Banyak yang berkira-kira untuk dibuat jamuan. Survey dibuat awal untuk mencari pakej katering yang menawarkan harga murah dan menghidangkan banyak pilihan juadah.

Namun ada juga yang tertipu dengan janji manis pihak caterer. Dijanjikan macam-macam pada harga yang dicari. Kononnya menawarkan harga pakej menarik, tapi akhirnya datang mencekik pabila apa yang terhidang tidak serupa dengan apa yang ditawar.

Di sinilah pentingnya membina trust antara pihak caterer dan pelanggan. Bagi yang sedang tercari-cari katering untuk hidangan jamuan, di sini saya berkongsi beberapa tips yang boleh diguna pakai untuk memilih caterer idaman sebelum wang anda terbang melayang.

1) pilih yang respon pantas

seller yang menjalankan perniagaan online harus sentiasa online; tanda kedai dibuka, bersedia untuk menyantuni pelanggan

2) mudah dihubungi

ambil telefon, call nombor seller. kalau berkali-kali call tak berjawab, direject, maka anda berhak meragui kredibiliti seller berkenaan

3) status online

anda boleh menghubungi seller melalui whatsup. tengok pada waktu last online. kalau dah berkurun offline, atau mesej anda hanya blue tick tapi tak berjawab, anda boleh mula survey seller yang lain

Cuba praktik 3 tips ini. Buyer yang bijak akan membuat tindakan yang bijak. Semoga pencarian anda berbaloi dan majlis berjalan lancar.

#nenekcatering
#kateringshahalam

ULTRASOUND PULA

Alhamdulillah.. selesai appointment doktor untuk Humaira pagi tadi.

Kali ni kita buat ultrasound untuk confirmkan kehadiran inguinal hernia (maklumat lanjut: tanya gugel) yang mulai muncul sejak 3 bulan lalu.

Hasil ultrasound mengesahkan ada ruang otot yang terbuka lebih kurang 2mm dibahagian pangkal peha. Humaira perlu menjalani pembedahan untuk menutup semula lubang otot yang terbuka ini.

Kes ini akan dirujuk kepada pakar di hkl untuk tindakan selanjutnya. Kerana hanya ada seorang pakar yang boleh menjalankan surgery untuk Humaira. Kerana perlu dirujuk pakar jantung sebelum pembedahan dibuat. Kerana ada kemungkinan menginap di icu selepas pembedahan dibuat.

Semuanya berisiko. Tidak seperti kanak-kanak lain yang simple je surgery ni. Tapi untuk Humaira awal-awal lagi doktor di sini minta untuk direfer ke hkl terus.

Jadi sementara menunggu pembedahan dibuat,  Humaira perlu elak daripada apa -apa tekanan  pada bahagian perut seperti batuk atau nangis. Tekanan yang diberi boleh memberi menyebabkan ruang otot lebih terbuka luas.

Buat masa ni, Humaira mengambil spironolactone setiap hari bagi menurunkan tekanan pada abdomen. Tekanan ni terjadi kerana berlaku portal hypertension yang mengakibatkan tekanan tinggi pada perut. Yang menghasilkan ascites, dan membuat saiz perut lebih besar. Tekanan tinggi ini jugalah yang menyebabkan Humaira muntah darah dan berak berdarah baru-baru ni.

Semoga segala kesakitan ini akan berakhir. Gugurlah semua penyakit yang ada ditubuh. Lenyaplah apa sahaja yang menyebabkan sengsara.

Wujudlah kesihatan tanpa penyakit. Hadirlah kesembuhan yang kekal. Peganglah sangkaan yang baik. Genggamlah redha dalam tawakal.

"Maka sesudah kesulitan ada kesenangan. Sesungguhnya sesudah kesulitan ada kesenangan." (Al Insyirah: 5-6)

Laa ilaaha illaa anta subhaanaka innii kuntu mina zhaalimiin.

"Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim."
(Al Anbiya: 87)

#hanahumaira
#anaksyurga

---
6 Okt 2017

DIKUARANTIN SEMULA

Lamanya tak update fesbuk ni. Dah bersawang gamaknya. Bukan taknak online, tapi phone rosak. Hari tu time jaga Humaira dalam ward, phone ini telah dipenuhi muntah. Maka phone juga perlu masuk klinik pula.

Hari ni Humaira sudah berada di rumah. Perlu dikuarantin seketika. Tak boleh makan sebarang, tak boleh bertemu ramai orang, apatah lagi dibuat sewenang-wenang. Tubuhnya yang fragile dan over sensitif perlu dijaga rapi lagi teliti. Ini bukan benda main-main. Silap sedikit, hospital sudahnya.

Bukan tak pernah dibawa berjalan, tapi kemudian terus ke unit kecemasan. Bukan tak pernah disuap makanan belian, tapi lepas tu muntah tak berkesudahan. Bukan tak cuba bagi makanan tambahan atas nasihat orang, tapi akhirnya cirit-birit sampai kelesuan panjang.

Ramai yang tertunggu-tunggu update Humaira. Bukan setakat kenalan, para doktor juga ternanti-nanti berita Humaira. Betapa mereka kagum dengan Humaira.

'Oh this child, I remember her,' 

'Wow, she is survived,'

'She is very precious, she got a 'mercedez' mark on her body,' (referring to the scar)

'Hana Humaira, I will remember you forever,' 

'How could I not know you, Hana Humaira,'

'Anak awak ni memang umur panjang,'   

'Kuasa Allah memang besar, saya sendiri hampir give up,'

Itu adalah antara respons yang diberi oleh para doktor pakar yang merawat Humaira.

Kisah Humaira masih panjang.Dan selama itu jugalah mama akan setia menulis. Untuk tatapan Humaira kemudian. Kerana  hadirnya membawa harapan. Kerana semangatnya menjadi inspirasi buat ramai orang.

Terima kasih tak terhingga buat semua yang mendoakan. Semoga anak syurga ini akan membesar menjadi insan hebat yang menyumbang kepada agama.

#hanahumaira
#anaksyurga

---
5 Okt 2017

ANAK MEMUKUL IBUNYA ?

Sedihnya rasa bila viral satu video seorang anak memukul ibunya.

Lebih sedih bila si bapa buat laporan polis untuk melindungi anaknya.

Tambah sedih kerana si ibu merelakan sahaja diperlakukan seperti hamba.

Terlajak sedih apabila akhirnya serahkan video pada guru untuk menasihati anak bertuah ini.

Mungkinkah dunia sudah sampai ke penghujungnya?

Aduhai anak,

Tahukah kau bahawa mengandungkanmu itu penat?
Sedarkah kau bahawa melahirkanmu itu berat?
Tahukah kau bahawa membesarkanmu itu payah?
Tahukah kau bahawa segalanya tentang kau itu amanah?

Ketahuilah. Walau apa sahaja cabaran yang ibu ayah lalui, sedikitku tidak menghilangkan kasih sayang padamu wahai anak.

Kerana hadirnya kau adalah anugerah.
Kerana wujudnya kau membawa rahmah.

Apakah kau mengira bahawa dirimu itu seorang anak?

Hingga sanggup
mengangkat suara terhadap ibu sendiri.
memukul ibu sendiri.
menyakiti syurga sendiri.

Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia”
(Al-Isra: 23)

"Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah," (Al-Ahqaf : 15)

Dan Rasulullah SAW juga pernah ditanya :

“Ya Rasulullah, siapakah orang yang lebih berhak saya santuni dengan baik?” Rasulullah SAW bersabda, “Ibumu.” Laki-laki itu bertanya lagi: “Kemudian siapa ?” Beliau menjawab, “Ibumu.” Laki-laki itu bertanya lagi, “Kemudian siapa?” Beliau menjawab, “Ibumu.” Laki-laki itu bertanya lagi, “Kemudian siapa ?”Jawab beliau, “Bapamu." (HR. Bukhari dan Muslim)

Aduhai anak,
Bertaubatlah pada Tuhanmu,
Kembalilah pada ibu ayahmu,
Selagi nyawa dikandung badan,
Mohonlah kemaafan,
Carilah keampunan,

Kerana sesungguhnya tanpa redha orang tua, hidupmu tiada ketenangan, yang ada hanya kesesatan.

ANAK MUNTAH DARAH

Hari ni Humaira warded lagi. Admission ke 6 untuk tahun ni. Baru dua hari lepas discharge boleh balik rumah, hari ni admit semula.

Minggu lepas admit sebab lelah. Kali ni sebab muntah darah. Plan asal nak keluar pergi makan sebelum hantar mama pergi kerja.

Masa dalam kereta, tiba-tiba Humaira muntah. Bukan muntah biasa. Muntah darah pekat berketul-ketul, warna fresh lagi. Semerbak bau darah satu kereta.

Mama terus riba peluk Humaira. Penuh tudung dan baju mama berlumuran darah. Terus pecut ke hospital. Lampu signal kecemasan dinyalakan. Hon dibunyikan sepanjang perjalanan. Lagi sekali mama berlari dukung Humaira masuk wad kecemasan.

Sekarang kena admit untuk pemantauan. Kalau ada lagi sekali episod muntah darah, Humaira akan terus ditransfer ke hkl. Sebab kes Humaira complicated, dibawah pemantauan Pakar Pembedahan Kanak-kanak Malaysia. 

Special sungguh Humaira. Suka sangat bikin jantung mama berdegup kencang. Longlai tubuh Humaira, lembik terus lutut mama.

Orang kata kena cepat move on. Orang pesan mesti tetap terus berlari. Tapi hakikat, jangankan berlari, nak berdiri pun bersandar kanan kiri.

Mohon doakan kesembuhan Humaira. Doakan agar dikurniakan kekuatan. Gugurlah segala penyakit yang ada ditubuhnya.

Sungguh, perjalanan hidup ini penuh rahsia.
Tapi Tuhan itu sentiasa ada.

#hanahumaira
#anaksyurga

---
26 Sep 2017

Penghijrahan Memerlukan Keberanian

Bila sebut hijrah, mesti terbayang pindah. Terus mengingatkan saya tentang bagaimana proses penghijrahan saya dahulu dari sebuah rumah flat atas langit ke rumah atas tanah.

Dulu unit rumah sewa kami di tingkat 5, tiada lif, hanya ada 80 anak tangga yang perlu didaki sebelum sampai ke pintu rumah. Saya ingat jumlah ni sebab bila kira anak tangga, konon konon rasa dah nak sampai tingkat atas. Ni kalau tertinggal barang, confirm tak patah balik ambil dah. Haha.

Masih saya ingat lagi, masa tu kami masih di peringkat awal bisnes, masih berniaga gerai nasi lemak tepi jalan. Tiap pagi bangun seawal 3 pagi, masak didapur, lepas subuh terus buka gerai. Setiap hari ulang rutin sama. Bila dah buat benda sama setiap hari confirm resultnya sama.

Jadi bisnes partner saya (suami sayalah, siapa lagi kan) telah menyuarakan hasrat untuk berpindah. Mula-mula saya tak setuju. Yelah, masa tu belanja cukup-cukup. Risau kalau pindah, mesti tak cukup.

Tapi partner saya cuba yakinkan saya,

'Kalau kita tak pindah, hidup kita takkan berubah.'

'Kalau kita asyik fikir risiko kanan kiri, apa yang kita impi hanya tinggal mimpi.'

Lama juga masa saya ambil untuk setuju. Yelah, kalau pindah rumah, belanja mesti lebih besar. Kadar sewa rumah baru 3 kali lebih mahal, jarak rumah ke tempat kerja lebih jauh, kena bayar tol ulang alik, harga minyak lagi. Hmmmmmmm.

Tapi bila mengenangkan cabaran tinggal di rumah atas langit, saya akhirnya bersetuju. Cabaran yang saya maksudkan adalah kalau tak pindah, kami tetap kena naik turun tangga setiap hari, air perlu ditadah bertong-tong, bila duduk rumah tinggi, tekanan air perlahan. Kalau tak tadah air, alamatnya tak mandi tak minum lah satu famili.

Jadi bermulalah episod penghijrahan kami. Nak pindah bukannya mudah. Kena ada duit untuk booking, 2+1 monthly rental. Kewangan yang ada pun semput, inikan pula nak cari duit booking.

Satu-satunya cara yang kami ada masa tu adalah pajak dan gadai. Percaya atau tidak masa tu saya telah menggadaikan apa yang ada. Dapat je duit terus bayar booking.

Berkali-kali saya tanya suami, 'Betul ke apa yang kita buat ni?'

Suami tanya balik, 'Kita ada cara lain ke?'

Memang tawakal habis. Saya tahu ini kerja gila. Entah dapat tebus balik barang gadaian pun tak tahu. Entah dapat bayar sewa pun tak tahu. Entah dapat survive pun tak tahu. Yang saya tahu, saya mesti buat sesuatu. Komitmen banyak atas bahu.

Alhamdulillah, rezeki Allah memang luas. Hasil penghijrahan berani mati, kehidupan menjadi makin baik. Anak-anak dapat air yang bersih, dah tak payah turun naik tangga, dapat tebus balik barang gadaian dan yang lebih penting bisnes Nenek Catering makin berkembang.

Kadang-kadang saya terfikir, kalaulah kami tak berhijrah, takdir kami mungkin tak berubah. Hijrah itu bukan bermaksud  tidak menerima takdir, tapi kita berpindah dari sebuah takdir ke takdir yang lain.

MENU KAMPUNG LAGI

Menu Kampung Memang Pilihan Ramai.

Antara kelebihan bila order dengan Nenek Catering adalah para pelanggan boleh request menu pilihan sendiri.

Kami akan sesuaikan pilihan menu dengan bajet yang ada. Senang, cepat, puas hati. Itu keutamaan kami. Dah ramai repeat order menu kampung camni. Nyum Nyum..

Nasi putih,
daging masak lemak,
ayam goreng berempah,
ulam ulaman,
budu,
sambal belacan
agar-agar
karipap
donat
air sirap.

Harga mampu bayar, rasa pun sedap, kami gerenti anda angkat ibu jari.

Peh. Konfiden 😋

#NenekCatering
#ShahAlamCatering

KHIDMAT KATERING UNTUK SAMBUTAN HARI JADI

Terharu tengok event hari ni. Ibu bapa sanggup berhabis semata mata nak sambut birthday anak.

Meriah juga majlisnya. Sewa dewan. Sewa kerusi meja. Tempah katering. Menu best. Dah macam kenduri kahwin je.

Betullah orang cakap, kasih ibu sampai ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.

Kali ni kita serve Nasi hujan panas, ayam masak kicap, kari kambing, sphagetti bolognese, kuih donat, buah tembikai, dan semestinya air sirap kegemaran semua.

.
#nenekatering
#kateringshahalam

TIADA AIR DI SELANGOR? CUKUP MENGGAMIT MEMORI

Sekarang ni dah start air takde bagi kawasan Shah Alam dan kawasan sekitar. Luas juga kawasan yang tergendala akibat ketiadaan air. Makanya kami semua pakat tadah air bagi kegunaan seharian.

Keadaan ni mengingatkan saya kepada pengalaman sendiri sewaktu mula-mula kami niaga. Masa tu tak buat katering lagi. Kami sekadar buka gerai nasi lemak tepi jalan. Sesekali buat juga tempahan untuk majlis keraian.

Kami bermula di sebuah rumah flat tingkat lima. Tekanan air sangat perlahan. Jangan harap nak mandi pakai shower. Nak berenang mandi kolam pun mimpi je. Jadi kami ikhtiarkan sendiri buat sistem perpaipan. Kami buat sistem pelampung, tadah air bertong tong. Dengan air yang terhad itulah kami buat juga niaga nasi lemak.

Kalau fikir logik akal memang tak logik. Air semput. Tapi disebabkan tiada pilihan, kami telan sahaja keadaan.

Jadi bila sampai suatu masa, kami berbincang dan renung vision board sendiri. Berangan nak capai income lebat, tapi nak invest pun terasa penat.

Bincang punya bincang. Selepas ambil kira segala kemungkinan, kami beranikan diri untuk cari duit bayar deposit rumah atas tanah. Sebab utama untuk dapatkan kawasan lebih luas, air lebih bersih, dan pastinya demi mendapatkan masa depan Nenekatering.

Walau agak berat. Kami bergolok bergadai untuk keluar dari kehidupan mendesak. Masa tu memang nekad pindah. Walau pun kos hidup akan meningkat. Jarak rumah baru dengan tempat kerja makin jauh. Kena bayar tol. Minyak makin mahal.

Tapi kami tetap buat. Sebab the only choice that we have is to get the landed house. So that we can make things more organised.

Rupa rupanya kan, bila kita dah decide, dah nekad. Kita hanya perlu buat. Sebab walau macam mana payah sekalipun, pasti Tuhan akan hantar pertolongan.

Sebab bila Allah dah gerakkan hati kita untuk dapatkan sesuatu, itu sebenarnya hint kepada kita bahawa kita mampu. Jadi terpulang pada kebijaksanaan kita untuk mencapai vision kita.

Kalaulah kami tak cabar diri buat tindakan berani mati, mungkin Nenekatering tak wujud sampai hari ini. Percayalah pada gerak hati.

Well, nothing is impossible. Don't limit your challenges, but challenge your limits.

.

MUHASABAH DARI HOSPITAL

Seperti biasa, setiap kali admission anak ke dalam wad, pasti ada kisah yang buat saya muhasabah.

Admission kali ni saya dapat bilik untuk 2 orang. Jiran katil sebelah adalah seorang ibu dan bayi berusia 55hari.

Disebabkan jarak antara katil kami agak rapat, jadi saya dapat mendengar dengan jelas perbincangan ibu ini dengan doktor.

'Pembedahan ini 50:50. Kalau berjaya, memang hilang terus sakit ni. Tapi kalau gagal, anak awak mungkin menghidap sakit ni sampai bila-bila.'

Bila doktor keluar untuk melawat pesakit lain, saya bangun menuju ke sinki yang kebetulan bersebelahan dengan katil jiran.

'Saya sedih sangat, kenapa anak saya jadi macam ni,'

Saya berpaling. Pandang keliling. Hanya saya dan dia. Sah. Dia cuba bercakap dengan saya.

Perlahan saya cuba merapati. Duduk di birai katilnya. Air matanya mengalir laju. Sampai saya terpaksa hulurkan tisu.

Saya sekadar memandang. Tidak menyampuk walau sepatah. Memberi ruang padanya untuk meluahkan isi hati.

Si ibu menyambung perbualan,
'Ini anak pertama saya. Lima tahun saya tunggu anak ni. Tapi lepas lahir, dia sakit begini pula.'

Luahnya dengan pelat Sabah yang agak pekat.

Saya amati tubuh si anak. Tubuh comel itu kekuningan. Matanya juga kuning. Biliary Atresia. Satu penyakit pada fungsi hati.

Saya hilang kata. Cuba berada ditempatnya. Cuba berkongsi semangat dengannya. 

Saya genggam tangannya.

'Sebenarnyakan, walau doktor sendiri tak bagi jaminan, walau anak kita kritikal, sebagai ibu, kita ada satu kelebihan yang Allah bagi. Masa ni lah kita perlu gunakan kelebihan kita.'

Si ibu angkat mukanya. Cuba memahami maksud saya.

'Doakanlah anak kita. Allah kan dah janji,  doa yang dijanjikan mustajab ialah doa seorang ibu untuk anaknya. Selagi anak kita bernyawa, selagi itu peluang masih ada,'

Saya cuba meletakkan diri saya ditempatnya. Saya sebutkan 'anak kita',
menunjukkan kami di situasi yang sama.

Entah kenapa. Waktu itu air mata kami turun bersama-sama.

.
.
Saya teringat sebuah pesan, bila kita diuji, sebenarnya masa tu melihatkan hubungan kita dengan Tuhan.

Sama ada kita sekadar menerima takdir dan bersangka buruk dengan Tuhan, atau kita berusaha mendapat takdir yang lebih baik, dan perbaiki hubungan dengan Tuhan.

Hebatnya doa seorang ibu, dijanjikan perkenan Tuhan. Mustajabnya doa ibu, diaminkan semua malaikat.

Disaat terangkatnya doa ibu ke dada langit, sungguh tiada hijab diantara dia dan PenciptaNya.

.
.
Tuhan, Engkaulah yang mengizinkan sakit. Engkau jualah yang kurniakan kesembuhan. Ditangan Engkau segala kekuasaan. Perkenankanlah doa ibu ini untuk anaknya dengan sebaik baik kesembuhan.
.

KRONOLOGI SAKIT HANA HUMAIRA

Mula mula rasa takut sangat. Risau kalau jadi apa apa di luar jangka.

Tapi tetap serahkan pada yang pakar untuk buat keputusan. 

So ini kronologi kisah perjuangan Hana Humaira.

7 Mac 2017-  Humaira collapsed dan dikejarkan ke icu.  Berterusan berak berdarah (melena) dan  muntah darah (hematemesis). 

After a week, still tak tahu punca. Bila keadaan makin stabil, Humaira dipindahkan dari icu hsa ke icu hkl.

13 Mac 2017- 1st endoscopy (OGDS) procedure

16 Mac 2017 - Melena again

17 Mac 2017 - 2nd OGDS

22 Mac 2017 - Melena and hematemesis again

3 april 2017 - Warrent shunt dibuat untuk mengurangkan tekanan di dalam perut .

26 September 2017 - 6 bulan selepas operation, Humaira muntah darah lagi.

Saluran esofagusnya bengkak semula, akibat tekanan tinggi (portal hyper tension) dalam perutnya.

10 Disember 2017 - 3rd OGDS .

Stil got esophageal varices. Plan another procedure

1 Mac 2018 - 4th OGDS

***less than one hour, everything was done.

Doktor cakap,
'Masa kami buat procedure, kami tengok everything is normal. Takde apa-apa kami perlu buat. Jadi kami cancel plan asal'.

2 Mac 2018- Allow for discharge. No more planned procedure.

Alhamdulillah. Terima kasih pada semua yang mendoakan Hana Humaira selama ni.

Semoga Hana Humaira dapat menikmati indahnya dunia kanak-kanak sama seperti kanak-kanak yang lain.

Percayalah, dunia ini penuh keajaiban.

Yakinlah, Tuhan itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

#hanahumaira
#anaksyurga

BERSEDIA UNTUK PEMBEDAHAN PERTAMA TAHUN INI

First admission untuk tahun ni. Jom berehat dulu sebelum masuk OT esok hari.

Macam biasa, mama kena brief segala history Humaira pada doktor. Mujur ada study serba sikit. Mudah nak explain.

Humaira sangat behave. Rilek je jalan masuk ward. Dah ready nampaknya.

Doakan semuanya berjalan lancar. InshaAllah, Allah Maha Penyembuh.

Allahu Mustaan. Rabbuna yusahhil.

---
28 Feb 2018
HKL

DULU TUNANG SEKARANG KAHWIN

Tahun lepas adik ni guna khidmat Nenekatering untuk majlis tunangnya. Tahun ni Nenekatering jadi tetamu pula untuk majlis perkahwinannya.

Tahniah Mimiey Fariza dan Suami. Selamat melayari bahtera rumah tangga.

Kalau nak jadi caterer, anda mestilah sanggup bangun awal dan tidur lambat

Bila mula merancang untuk projek besar, menelan belanja ber k k,  masa tu dah terfikirkan pembinaan jentera yang kuat harus ditubuhkan.

Tugas pengurusan katering merupakan tugas yang berat. Banyak memerlukan kudrat. Berbaldi baldi keringat. Tak sesuai bagi yang berjiwa tauhu. Apatah lagi yang hati tisu.

Awal pagi dah kena mula beraksi. Hingga bulan menampakkan diri, baru boleh melepas lelah yang tertahan sejak pagi.

Seorang senior caterer pernah berpesan, 'Kalau nak jadi caterer, anda mestilah sanggup bangun awal dan tidur lambat.'

Tapi saya tak berapa setuju dengan statement beliau. Kerana saya dah alami, ada ketika bukan setakat bangun awal tidur lambat, tapi mesti sanggup tak tidur, kekal berdiri tegak sejak pagi semalam sehingga esok pagi.

Sebab bukan mudah nak handle semua. Tangan sotong pun tak cukup. Jadi kami mula mendapatkan khidmat anak-anak muda yang bersemangat waja nak berjaya.

Disebalik kelancaran urusan majlis yang hebat, ada pasukan yang kuat.

Bijak pandai pernah berkata,

'If you want to go fast, walk alone. But if you want to go far, walk together'.

Kalau nak buat suatu big work, mesti ada teamwork!

#nenekatering
#kateringshahalam

Bila seseorang diuji dugaan berat, bukan bermakna dia tak kuat

Baru sekejap tadi saya mendapat pm dari seorang sahabat lama. Kami bersekolah di sekolah yang sama dan terus terpisah sampai sekarang. Hanya sesekali kami berbalas komen di fb.

Terkejut saya apabila beliau pm dan minta nasihat. Mahu pinjam semangat.

Rupanya sudah sebulan anaknya terlantar di icu. Baru tujuh bulan usianya. Keadaan bayinya semakin lemah. Doktor pakar pun tak dapat beri jaminan.

Bila ditanya kenapa tidak maklumkan pada sahabat yang lain, boleh sama-sama mendoakan.

Tapi beliau katakan bahawa dirinya tak mampu. Tak mampu nak menampung pelbagai nasihat yang mungkin menjadi pemusnah semangat.

Saya tarik nafas dalam-dalam. Cuba memahami situasi sebaiknya.

Betullah.. Ramai yang rela pendam perasaan sendiri, sanggup bersusah sendiri semata-mata tak dapat menerima nasihat dari pelbagai pendapat.

Fenomena biasa berlaku apabila seseorang ditimpa musibah, 'Kau kena kuat', 'Allah uji sebab sayang,' ' Allah takkan uji kalau kau tak mampu,' Atau ayat paling win, 'Sabarlah...'

Lebih bisa kalau ada yang selamba berkata, 'Ala..orang lain pun ada anak jugak,' 'Kau terima je lah takdir kau tu,'

That's it. Cukuplah. Cukuplah kita menjadi pementing diri. Marilah kita jadi penguat sesama kita.

Bila seseorang diuji dugaan berat, bukan bermakna dia tak kuat. Dah memang Allah pilih dia sebab dia kuat. Sebab tu Allah tak pilih kita.

Kalau bukan para ibu sendiri yang lebih memahami jiwa ibu, siapa lagi kan?

Kalau bukan para bapa yang menjadi penyokong dan peneman ibu, siapa lagi boleh diharapkan?

Percayalah, bila seseorang ditimpa musibah, dia bukannya tak kuat. Tapi dia cuma penat. Bukan juga tak bersyukur. Mungkin juga kurang rehat dan tidur.

Elakkan dari suruh dia jadi kuat. Tapi sokonglah dia untuk kekal kuat.

Doakanlah mereka. Fahamilah sepenuh jiwa. Hulurkanlah bantuan. Hilangkanlah hasutan. Berilah semangat. Pinjamkanlah kudrat.

Mana tahu kan.. Mungkin dengan doa kita, dapat membantu menenangkan sebuah jiwa.

Come on people. We are better than this.

VIDEO TENTANG SEGALANYA

Masa awal-awal mulakan bisnes Nenekatering, kami dah pun bermimpi untuk memiliki satu pasukan yang hebat. Memiliki kekuatan untuk mengendalikan majlis perkahwinan dengan lancar.

Bukan tu sahaja, kami juga pernah berimaginasi untuk mengetengahkan resepi pantai timur turun temurun di dalam setiap resepsi yang kami uruskan.

Siapa sangka. Hampir tak percaya. Rupa-rupanya mimpi itu didengari Tuhan. Bukan kekal imaginasi, tapi sudahpun menjadi realiti.

Alhamdulillah. Terhasil juga sebuah video yang menceritakan segalanya.

#nenekatering
#kateringshahalam