HADIAH HARI JADI

Sejak dari kecil, saya suka tengok rumah. Kalau berjalan ke suatu tempat, saya suka tengok design, mahupun deko yang ada di rumah tu.


Dalam hati saya berangan nak miliki rumah sendiri. Suami saya pun dah faham sangat dengan perangai isteri. Kalau nak berjalan, saya tak suka masuk mall. Tapi saya lebih suka pusing-pusing dalam kereta, sambil tengok rumah yang bermacam design.

Pernah saya cakap pada suami, saya sangat pentingkan 2 perkara. Kereta dan rumah. Kerana saya ada reason tersendiri. Asbab pengalaman sendiri.  It is about proud and pride.

Hinggalah dua tahun lalu, saya perasan suatu benda.

Bahawasanya saya tak pernah letak target bila nak miliki rumah. So from that time, i'd changed my dua's.

'Ya Allah, kurniakan aku peluang untuk miliki rumah sendiri menjelang usiaku 30 tahun.'

Konfiden je saya doa macam tu. Padahal masa tu tak pernah terbayang pun rumah macam mana atau di mana.  Cuma yang saya tahu, nak beli rumah sendiri.

Saya ulang-ulang doa tu tiap kali terpandang rumah-rumah orang yang saya suka tengok. Dah jadi macam terapi diri.

Banyak juga cabaran sebelum miliki rumah ni. Banyak kali juga saya hampir putus asa. Tapi bila mengenangkan yang Allah itu Mengikut Sangkaan HambaNya, maka saya tetap percaya, terus berusaha untuk miliki rumah pertama.

Dan saya tak pernah sangka, akhirnya doa itu dijawab Tuhan. Pada tepat masanya.

Menjelang usia 30tahun, saya direzekikan miliki rumah pertama. Officially pada tarikh hari jadi, saya melangkah masuk ke rumah sendiri. Sama seperti doa yang pernah saya ucap sebelum ni.

Rumah biasa. Cukup untuk kami sekeluarga menumpang teduh. Untuk kami meneruskan hidup.

Sungguh. Terlalu banyak rezeki yang Allah dah beri. Pahit manis suka duka semua dah serasi.

Syukur ya Allah, untuk rezeki umur ini.
Terima kasih ya Allah, untuk hadiah di hari jadi.

.

Happy birthday to me.

.





.