TENTANG MEMILIKI ANAK YANG MENGHIDAP PENYAKIT ISTIMEWA, JUGA BISNES KATERING YANG MENJADI NADI KEHIDUPAN. KATERING MAJLIS KESYUKURAN, AKIKAH, NIKAH DLL - SHAH ALAM, SELANGOR, KL
Allah Sekali Ambil, Lima Terus Dia Pi
Itulah ayat yang terngiang-ngiang di telinga kami sewaktu menghantar hidangan buffet katering hari ini.
Event yang sepatutnya dijadualkan pada Sabtu lepas, terpaksa ditunda hingga hari ini pabila kami mendapat khabar berita bahawa ada 5 orang ahli keluarga pelanggan kami yang terlibat dalam kemalangan maut, sehari sebelum majlis.
Mereka yang asalnya sedang dalam perjalanan dari Kedah menuju Shah Alam untuk menghadiri Majlis Akikah. Ajal menjemput. Ketika dalam perjalanan, kereta yang dinaiki telah terlibat dalam kemalangan. Kesemua lima orang penumpang di dalamnya maut di tempat kejadian.
Kami yang mendapat khabar berita ni pun dah menggigil lutut. Entah apa perasaan ahli keluarga mangsa.
Hari ini, Allah izinkan majlis berlangsung juga. Alhamdulillah. Disamping Majlis Akikah, diselikan juga Majlis tahlil bagi ahli keluarga yang sudah dijemput Tuhan.
Bagi pihak katering, kami mengucapkan takziah atas pemergian ahli keluarga dalam sekelip mata. Kami lebihkan hidangan makanan, diniatkan sebagai sedekah kepada arwah.
Teringat bait nasihat perkongsian Ustaz Wadi Anuar tentang topik Di Alam Barzakh,
'Salah satu cara untuk membantu meringankan azab kubur bagi si mati, adalah dengan niatkan sedekah bagi pihaknya.'
Semoga kesemua arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman, yang menerima rahmat Tuhan.
Innalillahi wainna ilaihi rajiun
Seksyen 4, Shah Alam
200 pax
2 ekor kambing golek
Nasi putih
Gulai nenas ikan masin
Sambal sotong rendam
Ayam goreng berempah
Ulam ulaman
Sambal
Buah oren
Buah tembikai
Air sirap ais
Teh o panas
Kopi o panas
.
Bila Trust Sudah Dibina
Masa mula mula start niaga dulu, puas promote sana sini niaga apa. Tiap hari wasap prospek intai peluang jemput rezeki.
Semua buat sendiri. Start dari promosi, bahan cetak, hebahan, iklan, servis, quotation, invois, follow up. Pendek kata segalanya buat demi mengejar sale.
Buang jauh rasa malu rasa takut. Genggam kemas semua cita cita. Tiap masa fikir soal bisnes.
Bukan tamak duit. Tapi semua benda guna duit. Komitmen tiap bulan mengejar.
Hanya ada kami. Takde injection modal. Guna usaha sendiri. Guna apa yang ada.
Bila dah dapat bina trust, kami buat yang terbaik. Bina networking. Konsisten buat marketing. Control kualiti production dan servis.
Hari ini, walau masih bertatih jatuh bangun dalam dunia katering, trust itu sudah dibina.
Melalui networking yang kita dah ada. Rata rata customers hadir melalui recommendation previous customers.
Alhamdulillah ala kullihal. Semoga masa depan cerah untuk Nenekatering terus membina nama.
Selesai 2 job hari ini. Semua hadir atas rekemen kawan kawan.
Terima kasih semua. Kerana sentiasa percaya, Nenekatering terus bekerja.
#nenekatering
#kateringshahalam
.