Projek Jamu Makan Murid-murid Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih berjalan lancar.
Seperti yang dijadualkan, pada 4 April 2018 team Nenekatering telah diamanahkan untuk menyampaikan makanan pada murid-murid di sekolah ini.
Semuanya dapat dilaksanakan hasil dari kutipan dana daripada para penyumbang budiman.
Plan asal nak buat jamuan untuk 50 orang je, tapi bila sampai saat akhir, sumbangan masih diterima.
Jadi kami dapat gunakan untuk naikkan jumlah menjadi 70pax, dan gandakan menu. Dari satu menu jadi hidangan lengkap. Tercapai juga hasrat kami nak jamu makan sampai puas untuk adik-adik bertuah ni.
Menu legend Nenekatering semestinya termasuk dalam senarai untuk diagihkan. Nasi lemak ayam goreng, bubur chacha, buah epal dan air kotak menjadi pilihan untuk diagihkan.
Masa kami sampai, murid-murid baru habis sesi persekolahan, semua dah beratur di kantin. Gembiranya rasa bila dapat tengok adik-adik ni makan. Bersyukurnya kita dapat jadi sebahagian dari asbab mereka tersenyum.
Terima kasih juga Nenekatering ucapkan kepada para sahabat yang sudi menyumbang. Terima kasih juga kerana memberi kepercayaan penuh kepada kami untuk uruskan agihan sumbangan ini.
Sesungguhnya kami sekadar melaksanakan amanah, yang melakukan kerja untuk disempurnakan. Kerana sesungguhnya kalianlah yang banyak membantu kami. Tanpa sokongan kalian, tidak mungkin kami dapat melihat anak-anak Sk Bimbingan Jalinan Kasih tersenyum kali ini.

No comments:

Post a Comment