Showing posts with label TESTIMONI KATERING. Show all posts
Showing posts with label TESTIMONI KATERING. Show all posts

Katering Majlis Kesyukuran

Bila kita buat kerja, ofkos nak buat the best. Sebab kita nak hasil pun the best jugak.

Kerana itu jugalah bila consult mana mana customer, kita akan explain clearly apa yang kita tawarkan, dan apa yang dia akan dapat.

Waktu beli barang mentah pun akan pilih bahan terbaik dari ladang. Ayam yang baru disembelih, santan fresh yang baru diperah. Beras pun yang terpilih sahaja. Bukan main hemtam keromo apa yang ada.

Sebab nak pastikan semuanya berhasil dengan jaya. Puas hati, kena selera.












Semestinya hati takkan tenang selagi belum dapat feedback selepas selesai semuanya.





Bila dah dapat feedback positif, barulah rasa berbunga bunga. Boleh tidur lena.

Majlis Pertunangan
Seksyen 24, Shah Alam

Nasi minyak
Nasi putih
Ayam masak merah
Daging gulai kawah
Acar timun
Sambal
Buah tembikai
Buah oren
Air sirap ais

Majlis Kesyukuran

Taman Bentara,
Teluk Panglima Garang

Nasi putih
Ayam masak merah
Daging masak lemak pucuk ubi
Ulam timun
Sambal
Air sirap ais
Kuih ketayap
Kuih seri muka

.

SUMBANGAN MAKAN UNTUK ANAK YATIM

Baru baru ni saya terima wasap dari seorang sahabat. Bertanyakan tentang sumbangan makan untuk anak-anak yatim mahupun golongan asnaf.

Saya jawab masih on. Kalau ada yang berhajat nak buat sumbangan, saya boleh uruskan.

Seperti biasa, selepas makanan dihidangkan, saya akan hantarkan gambar pada pemberi sumbangan. Untuk tanda kenang kenangan.

Jadi sahabat pun kirimkan beberapa not. Saya pun hubungi ustaz yang menguruskan pusat tahfiz berkenaan.

Alhamdulillah, seperti biasa mereka tersangat happy lagi gembira bila dapat makanan sponsor.

Kadang kadang terfikir juga, bila saya sendiri terkesan dengan ekonomi sekarang, anak minta apa apa pun kita usaha bagi juga.

Tapi tidak bagi mereka. Sekadar menumpang kasih di sebuah teratak. Mengharap sayang pada yang berjuang.

Sungguh, dalam rezeki kita ada rezeki orang lain sama. Dalam sedekah ada ibadah. Suburkan rezeki dengan memberi .

Kerana ini jugalah kita mesti menjadi golongan pemberi. Kita mesti kuat untuk bisa menghulur dan bersyukur.

MERAYU UNTUK MERASAI NASI LEMAK NENEK

Masa hari Humaira sepatutnya masuk OT hari tu, belah paginya kami mendapat tempahan katering. Datangnya dari seorang customer lama kami. Beliau pernah menjadi regular tetap kami sewaktu kami berniaga gerai nasi lemak dulu.

Kalau diikutkan, kami memang closed order pada hari berkenaan, sebab Humaira memang tengah queue untuk masuk OT. Tapi disebabkan, Puan Ad dah merayu untuk merasa Nasi Lemak Nenek. Bukan tu je, Puan Ad siap order nasi menu lengkap nasi lemak berserta lauk pauk sekali.

Semuanya menu yang kami buat masa niaga gerai. Nasi lemak ayam goreng, sambal sotong, paru berlada, siap order ayam lebih dan sambal lebih lagi.

Yang lebih terharunya, bila kami beritahu yang minimum order 50pax, Puan Ad sanggup order 50pax, semata mata mahu meet the minimum requirement.

Saya ingat lagi Puan Ad cakap sewaktu call saya tempoh hari, 'Takpelah order banyak pun, akak ulang ulang makan pun takpe. Asal dapat rasa Nasi Lemak Nenek.'

Sedangkan tetamu beliau tidak pun mencecah 50orang, tapi Puan Ad sanggup  order lebih. Ok. Triple terharu.

Jadi pada hari berkenaan, sebelum Subuh lagi kami bertungkus lumus menyiapkan order Puan Ad. Bila siap je, terus kami pecut ke hkl. Rempit semata mata nak kejar turn Humaira masuk OT.

Mujur ada adik yang sudi meneman Humaira sewaktu kami siapkan makanan. Lebih mujur bila kami sempat sampai dan menghantar sendiri Humaira ke dalam OT.

Walau sesibuk mana pun, tanggungjawab pada anak tetap nombor 1. Alhamdulillah, syukur sebab dapat puaskan hati pelanggan. Dan pada masa yang sama dapat bersama sama Humaira berjuang untuk menikmati erti sihat tanpa penyakit.

#nenekatering
#nasilemaknenek
#resepinenek
.

KAMI TELITI DALAM BERBISNES

Dalam apa-apa majlis, bab makan mesti nombor satu. Kenyang perut suka hati.

Dan sebab itulah juga nenekatering menyediakan panduan tertentu dalam berurusan dengan pelanggan dalam membantu kelancaran.

Baik dari segi urusan sebut harga, hingga ke urusan penyediaan. Semua mesti rapi dan teliti. Banyak masa dan tenaga telah tercurah dalam pembikinan standard kerja.

Rasa berbaloi-baloi bila pelanggan menghargai .

Ada yang sedang usha katering ke? Nenekatering sedia membantu.
.

#nenekatering
#caterershahalam

MENU KAMPUNG LAGI

Menu Kampung Memang Pilihan Ramai.

Antara kelebihan bila order dengan Nenek Catering adalah para pelanggan boleh request menu pilihan sendiri.

Kami akan sesuaikan pilihan menu dengan bajet yang ada. Senang, cepat, puas hati. Itu keutamaan kami. Dah ramai repeat order menu kampung camni. Nyum Nyum..

Nasi putih,
daging masak lemak,
ayam goreng berempah,
ulam ulaman,
budu,
sambal belacan
agar-agar
karipap
donat
air sirap.

Harga mampu bayar, rasa pun sedap, kami gerenti anda angkat ibu jari.

Peh. Konfiden 😋

#NenekCatering
#ShahAlamCatering

KHIDMAT KATERING UNTUK SAMBUTAN HARI JADI

Terharu tengok event hari ni. Ibu bapa sanggup berhabis semata mata nak sambut birthday anak.

Meriah juga majlisnya. Sewa dewan. Sewa kerusi meja. Tempah katering. Menu best. Dah macam kenduri kahwin je.

Betullah orang cakap, kasih ibu sampai ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.

Kali ni kita serve Nasi hujan panas, ayam masak kicap, kari kambing, sphagetti bolognese, kuih donat, buah tembikai, dan semestinya air sirap kegemaran semua.

.
#nenekatering
#kateringshahalam

DULU TUNANG SEKARANG KAHWIN

Tahun lepas adik ni guna khidmat Nenekatering untuk majlis tunangnya. Tahun ni Nenekatering jadi tetamu pula untuk majlis perkahwinannya.

Tahniah Mimiey Fariza dan Suami. Selamat melayari bahtera rumah tangga.

Selesai job majlis akikah

Suasana sekitar Majlis Akikah di Petaling Jaya. Alhamdulillah selesai job hari ni. Semua berjalan lancar. Nasi minyak, ayam masak merah, dalca, acar timun, sambal, air sirap.

Terima Kasih sudi order dengan Nenek Catering. 😉

#NenekCatering
#MakanSekaliRinduSebulan

---
16 Sep 2017

Kenapa guna nama nenek?

Mana-mana sahaja kami pergi, kami akan perkenalkan Nenek Catering. Kalau sebelum ini namanya Nasi Lemak dan Katering Nenek. Kali ini setelah kami duduk berdiskusi sambil minum kopi tanpa gula, maka terhasillah nama Nenek Catering.

Tiada lagi nama Nasi Lemak dan Katering Nenek. Yang ada hanyalah Nenek Catering. Ini namanya penjenamaan semula. Cewah. Hmmm kenapa tidak namakan neni catering? Atau nama lebih glemer yang lain?

Well, setiap yang hidup itu bernyawa. Tiap yang bernyawa miliki roh. So apa kena mengena? Sama seperti nak namakan anak, mesti ibubapa  gugel dan baca buku, buat rujukan sana sini semata-mata nak memastikan nama panggilan anak ada maksud yang baik, mudah-mudahan dengan keberkatan nama tu, sikap dan peribadi anak pun baik sama.

Begitu juga bila nak tubuhkan sesuatu. Mesti ada nama. Dan nama tu mesti ada roh yang menghidupkan. Baru serasi. Mudah-mudahan dengan nama Nenek Catering mampu menjadikan bisnes ni lebih maju. Amin.

Nama diberi Nenek Catering memandangkan ini adalah resepi nenek. Terima kasih nenek atas ilmu yang diperturunkan. Tak sia-sia sinsing lengan masuk dapur tiap kali balik kampung. Nenek yang pertama akan duduk berlunjur dan menyenaraikan semua resepi. Dan tiap kali itu jugalah saya akan keluarkan buku dan pen. Setiap resepi itu harus dibukukan. Harus disimpan. Supaya nanti tak hilang ditelan zaman.

Bukan setakat tu ilmu nenek. Baik dari segi penyediaan perkakas memasak hinggalah cara memasak. Semua ada step. Semua nenek ajar satu persatu. Dan nenek akan beri komentar paling jujur. Kalau masin dikata masin. Kalau tawar dikata tawar. Yang pasti kalau nak ilmu, harus sabar dan rela terima teguran.

Bukan senang nak dapat ilmu nenek. Nenek seorang yang teliti. Setiap yang dibuat ada pantangnya sendiri. Ada aturan. Bukan setakat step memasak, rempah ratus pun wajib import dari Kelantan. Semua mesti sama. Baru rasa tak lari. Dan yang pasti setiap masakan nenek sangat sedap. Manakan tidak, asal ada majlis sahaja pasti nenek akan bergulai. Semerbak harum bau masakan nenek. Wajib makan bertambah.

Banyak pesan nenek. Tapi satu je saya ingat.😅 Jaga solat. Nenek cakap, biar sesibuk mana pun kita, jangan sampai tinggal solat. Selagi mana kita solat, selagi itu hidup berkat. Dan keberkatan itulah yang menjadikan siapa kita hari ini.

So ada yang teringin nak rasa penangan resepi nenek?  Apa lagi, roger lah krew Nenek Catering Muhammad Khairul Fadhil Nurjuwaini Aziz. Pasti tak mengecewakan😉

#nenekcatering
#rindunenek

SEMUA NAK BEREBUT

Alhamdulillah wa syukurillah

Finally tamat sudah Projek Gempur Ramadan, jom sponsor berbuka puasa / moreh / sahur bagi rumah anak-anak yatim, maahad tahfiz, dan jemaah terawih sepanjang bulan ramadan.

Pada peringkat awal kami dah letakkan target. At least mesti dapat double kutipan berbanding tahun lepas. Mula-mula suspen juga sebab tak tahu sambutan macam mana lagi.

Guess what? menjelang 10 malam akhir; kami menyaksikan betapa ramai orang yang menghulurkan sokongan. Betapa semua berebut-rebut nak bersedekah. Pada golongan yang memerlukan pula tu. Yang akhirnya mencukupkan target kami, bukan double tapi triple. Yeah, we hit the target! Give me five 🖑

Tersangatlah happynya adik2 ni menerima sumbangan. Masing-masing tersengih bila kami buka peluang mereka pilih sendiri menu. Maklumlah, selama ni cuma makan apa yang ada. Sekadarnya. Semuanya hasil dari sumbangan semua.

Terima kasih tak terhingga buat teman-teman yang sudi menghulurkan sumbangan dan sokongan secara langsung mahupun tidak langsung. Tanpa sokongan kalian, mustahil kami dapat melangkah sejauh ini. Semoga Allah mengganjari kalian dengan rezeki yang tak pernah habis.

Regards,
Nasi Lemak dan Katering Nenek

#jombalikkampung
#nasilemakdankateringnenek

Bantuan yang diterima tidak mencukupi

Rupa-rupanya masih ramai yang memerlukan bantuan dan dana di luar sana.

Bila mereka dapat tahu yang kami menjalankan Projek Sponsor Buka Puasa/ Sahur, maka bergembiralah mereka kerana bantuan akan diterima.

Sebak pun ada bila tengok wajah sorang2 adik-adik di sini. Mereka adalah golongan asnaf, anak yatim atau fakir miskin yang dididik menjadi hafiz dan hafizah di Maahad Tahfiz Siti Khadijah dan Anak-anak Yatim Putera.

Bantuan yang diterima tidak mencukupi. Mereka terpaksa mencatu. Hari-hari makan lauk ikan je. Ayam dan daging jauh sekali. Sampai macam tu sekali mereka terpaksa berkira-kira. Betapa beruntungnya kita semua.

Ramadan masih berbaki 12 hari. Jom lah kawan2. Kita pakat2 kumpul dana. Belanja adik2 ni makan. Kalau nak bagi sumbangan direct pada mereka pun boleh. Datang terus melawat di sana atau transfer masuk akaun je.

Ini cerita sahur pagi tadi. Beras, bihun, air kotak, Nasi putih , gulai daging kicap, ayam goreng, ulam timun, agar-agar. Happy kan adik2 ni bila dapat makanan?

'Barang siapa yang disempitkan rezekinya, maka bernafkahlah (sedekah) dengan apa yang telah Allah kurniakan padanya'  (At-talaq: 7)

Mereka kebiasaannya mempunyai dana yang terhad

Rumah Perlindungan Nur Hati. Seperti yang dijanjikan, lewat petang kelmarin kami datang lagi. Datang untuk meraikan penghuni di sini. Sebelum datang kami sudah memaklumkan kedatangan, juga bertanyakan kalau-kalau mereka ada menu pilihan hati.

'Tak kisah je lauk apa-apa pun,'

'Kalau kami buatkan lauk daging ok ke?'

'Oh, tak pernah dapat tu. Bagus juga sesekali dapat menjamah,'

Sengaja kami cadangkan menu lauk daging untuk mereka. Kerana kami sudah menjangkakan bahawa mereka jarang sekali dapat merasa. Sejak berjinak-jinak dengan dunia golongan asnaf dan anak yatim, banyak yang kami belajar. Mereka kebiasaannya mempunyai dana yang terhad. Banyaknya bergantung pada ihsan orang ramai.

'Cukup ke makanan yang ada kalau tak dapat bantuan orang ramai?'

'Mula-mula risau juga. Sebab ahli di sini ramai. Tapi setakat ni semuanya cukup. Alhamdulillah ada insan yang istiqamah hulurkan sumbangan.'

Dari jauh kelihatan seorang warga tua sedang duduk berehat. Orangnya kemas. Berkemeja dan berseluar panjang. Wajahnya kelihatan sugul dan asyik menunduk ke bawah.

'Siapa pakcik tu ya?'

'Oh, beliau antara penghuni tua di sini,'

'Dia kena tinggal ke?'

'Bukan kena tinggal, tapi dah kena buang. Tak tahulah apa kisah silam dia dengan anak-anak sampai mereka tergamak membuang bapa sendiri,'

'Macam mana pula dengan anak-anak di sini? Dari mana kenal mereka?'

'Mereka kebanyakannya kami pelihara sejak bayi. Bayi yang ditinggalkan sejurus selepas dilahirkan di hospital, ibunya entah ke mana,'

Itu sedikit sebanyak perbualan kami dengan En.Zaid, individu yang bertanggungjawab menjaga kebajikan ahli di sini. Setiap mereka di sini ada cerita sendiri. Sejarah yang tentunya meruntun hati sesiapa sahaja. Kami sendiri sebak bila diceritakan salasilah kehidupan mereka.

Betapa beruntungnya kita. Betapa bertuahnya kita. Masih punya keluarga untuk disayangi. Masih punya pilihan makanan sendiri. Sesungguhnya tiada beza antara kita dan mereka. Sama-sama menumpang di bumi Tuhan. Sama-sama punyai hati dan perasaan.

InshaAllah, selagi mana ada sokongan daripada  orang ramai, selagi ada yang menghulur sumbangan, selagi tu kami akan tetap menjejaki mereka di sini. Bukan sedikit dana yang diperlukan tiap kali sampai ke sini. Mencecah ribuan ringgit. Bukan setakat juadah berbuka puasa, tapi juga barang-barang dapur. Beras, gula , minyak , dan telur. Sebagai kegunaan mereka memasak di dapur.

Kami yakin bahawa masih ramai insan dermawan di luar sana. Mari sertai kami. Hulurkan tangan ringankan beban. Bersama merasa nikmat hidup di bumi Tuhan.

Kalau ada yang berhasrat untuk menyumbang, boleh hubungi krew kami untuk disalurkan sumbangan. Rujuk ruangan komen.

RUMAH PERLINDUNGAN NUR HATI

Kali ni kita terjah Ampang pula. Cari kelainan sikit. Selamat datang ke Rumah Perlindungan Nur Hati. 😎

Di sini adalah tempat tinggalnya ibu-ibu tunggal dan kanak2. Jangan terkejut kalau kami katakan bahawa majoriti anak2 di sini adalah anak diluar pernikahan. Para ibu menjadi ibu tanpa melalui proses akad dan nikah. 😭

Lebih sedih bila anak-anak ini tidak kenal pun siapa bapanya. Yang bongsu berumur 4 bulan. Ya, bayi berumur 4 bulan ialah antara penghuni di sini. Duduk menumpang kasih, mengharap belas ihsan masyarakat demi menampung hidup.

Sungguh. Mengalir air mata bila melihat betapa gembira dan bersyukurnya mereka bila kami hadir membawa juadah berbuka. Lebih gembira mereka bila kami duduk bersembang bergelak ketawa dengan anak2 di sini. Si bongsu 4 bulan yang mulus wajahnya, seakan bahagia bila kami menghulur tangan untuk mendukungnya dalam pangkuan.

Sempat beramah mesra seminit dua. Masa mencemburui kami. Kami perlu mengundur diri untuk meneruskan misi yang masih berbaki. Sambil bersalaman, kami berjanji dengan anak2 di sini, bahawa kami akan datang lagi, untuk menyantuni dan meneladani mereka, sama berkongsi rezeki.

Dalam kita asyik berfikir menu apa untuk berbuka dan bersahur nanti, jangan kita lupa, nun jauh di tengah Kuala Lumpur, betapa ramai  yang sendiri tak tahu apakah juadah berbuka dan bersahur masih ada untuk mereka?

Berhajat nak jadi sponsor? Rujuk di ruangan komen.

---
05 Jun 2017

JOM SERTAI SPONSOR BUKA PUASA

Ada macam-macam cara orang nak dapat pahala. Ada yang perbanyakkan solat sunat, ada yang melazimi bacaan alquran, ada yang menghadiri majlis ilmu. Semua ni amalan yang sangat besar pahalanya bila kita amalkan. Ini antara hubungan kita dengan Tuhan.

Bagaimana pula hubungan kita sesama manusia? Ada orang saling bertanya khabar, eratkan silaturrahim. Ada yang rajin sedekah. Tujuan asal sedekah adalah untuk kita sama2 membantu, saling merasa rezeki yang ada. Bila orang senang dengan kita, orang akan doakan kita. Secara tak langsung malaikat pun aminkan doa. Cukup 44kali, makbul doa tu. Sebab tu kita kena selalu buat baik. Bagi orang mudah nak doakan. Sebab kita tak tahu doa siapa yang Allah makbulkan. Mungkin dalam ramai2 yang doakan kita, ada yang doanya mustajab dan Allah kabulkan.

Seronoknya bila kita dapat bantu orang. Lagi best kalau jamu makan. Siapa tak suka makan free kan? Lebih2 lagi kalau dah lama sangat teringin nak makan.

Kalau nak tahu, kebanyakan anak2 yatim dan golongan asnaf ni jarang sangat dapat makan daging. Bila kami buat projek sponsor makanan berbuka puasa, kadang2 bila bajet cukup, kami akan beri peluang kepada anak2 ni untuk pilih menu sendiri. Dah agak dah, mesti minta lauk daging. Kalau kami tak dapat masakkan, mereka sanggup untuk minta yang mentah untuk dimasak sendiri. Percaya atau tidak. Inilah hakikat. Selalunya makan lauk ayam atau ikan. Lauk daging, udang , sotong kalau ada yang nak sponsor.

Sebenarnya dulu2 tak pernah terlintas pun di hati untuk jamu anak2 yatim ni. Tapi sejak tahun lepas rasa tergerak hati untuk ketuk pintu rumah mereka. Lama2 rasa makin seronok bila dapat jamu anak2 di sini. Macam2 latar belakang ada. Ada yang datang dari keluarga bermasalah, ayahnya terlantar sakit bertahun2. Ibu terpaksa keluar bekerja mengambil upah basuh pinggan, ada yang abang orang lain jaga, kakak pun orang lain jaga, ada yang hidup berpindah randah menumpang belas ihsan orang. Kalau nak dicerita semuanya memang bikin nangis.

Cukuplah kalau saya katakan bahawa sesungguhnya setiap usaha kita untuk membantu mereka sangat sangat sangat dihargai. Betapa banyaknya ucapan syukur dan terima kasih dan doa yang diucap berkali2 setiap kali kami sampaikan sumbangan. Mungkin pada kita sumbangan ni sikit sangat. Tak tergerak pun duit yang ada. Tapi pada mereka, tersangatlah bahagianya. Betul. Kadang-kala anak2 yatim ni dijamu mewah, ditaja sana sini. Tapi ada satu kenikmatan yang mereka tak dapat rasa. Iaitu kenikmatan makan bersama ayah dan bonda.

Kami tiada apa2 kepentingan di sini. Cuma sedang cuba untuk menyantuni anak2 yatim di sini. Kerana kami juga miliki anak, ahli keluarga yang kita sendiri tak tahu apa nasibnya bila kita tak lagi bersama mereka.

Mari bersama kami raikan mereka. Sertai misi sponsor buka puasa. Semoga rezeki kita semua bertambah2 dan tak pernah habis.

KAMBING SEGAR

Kisah 7 Ramadan  1438H

Seekor kambing tempatan segar dari ladang sudah selamat tiba.

Hasil sumbangan seorang dermawan, untuk menjamu anak2 yatim di Rumah Anak Yatim Raudhatul Ikhwan dan Teratak Nurbarakah.

Sungguh, betapa ramai insan berhati mulia di luar sana. Yang ikhlas memberi, bersama kongsi rezeki.

Ada lagi kawan2 yang nak menjadi penyumbang? Mari sama2 kita rebut saham akhirat, sedekah jariah yang tentunya menjadi bekal kita ke alam sana.

0145965015 / 01110763654

#nasilemakdankateringnenek

Majlis tahlil dan buka puasa

Kisah 5 ramadan 1438H

Alhamdulillah terlaksana sudah hajat untuk membuat majlis tahlil dan buka puasa yang diadakan oleh para pelajar Akademi Tahfiz Alquran dan Vokasional dan Pusat Tahfiz Nurul Huda.

Hasil sumbangan beberapa orang penderma. Terima kasih tak terhingga buat tuan puan yang sudi menaja buka puasa anak2 di sini. Semoga Allah mengganjari pahala yang berganda.

Ps---esok ada orang nak sedekah seekor kambing, Alhamdulillah sahur esok makan lauk kambing. 😃

Ada lagi yang berhasrat nak jadi penaja? Tak cukup modal? Takpe, kita pakat ramai-ramai, share sorang sikit, jamu makan sahur dan iftar.

0145965015 / 01110763654
#nasilemakdankateringnenek

TAJAAN BERBUKA PUASA

Mereka ini antara penerima tajaan berbuka puasa. Tengok tu, senyum lebar je bila juadah sampai terhidang. Tunggu masa nak santap je.

Setiap wang yang disumbangkan akan disalurkan pada mereka. Kenapa mereka terpilih sebagai penerima? Kerana mereka bukanlah dari golongan berada. Makan sekadar ada. Sebab tu bila kami call untuk memberi tajaan, maka betapa bersyukurnya mereka.

Bagaimana kami kenal mereka? Sebulan sebelum puasa, kami dah pun meninjau kawasan.. bertanya khabar beberapa rumah kebajikan mahupun pusat tahfiz. Yang mana belum ada penaja, yang mana perlukan bantuan, untuk diagihkan. Supaya sama2 dapat merasa rezeki yang ada. Atas inisiatif sendiri, sekadar membantu sekadar mampu. Mencari bekal saham akhirat nanti.

Ada lagi satu tempat, rumah anak2 yatim. Tapi yang ni dah fully booked. Semua slot sahur dan berbuka dah pun ada penaja. Syukur sangat bila ramai yang tampil hulurkan bantuan. Setahun yang lalu, rumah anak yatim ni tak banyak penaja. Bila kami call, selalunya mudah je. Sebab banyak slot yang kosong. Tapi tanpa sedar, rupa-rupanya usaha kami yang sedikit ni telah membuka mata ramai pihak. Makin ramai yang nak membantu. Masing-masing berebut untuk menyumbang. Gembiranya tak terkata.

Dan kami akan teruskan misi kami. Mencari lagi golongan yang perlu dibantu. Mencari lebih ramai lagi penaja untuk mereka. Kerana seperti kita, mereka juga berhak merasa, kasih sayang sesama manusia, rezeki dikongsi bersama.

Ada yang berhasrat menjadi penaja? Jom follow rapat..suburkan rezeki dengan sedekah.😉
0145965015 / 01110763654

#nasilemakdankateringnenek

DIANA DAN KATERING?

Seminggu sebelum puasa, saya dapat mesej dari Diana. Beliau nak order makanan untuk dijamu pada pelajar tahfiz berbuka puasa (puasa sunat) dirumahnya.

Saya pun ambil order Diana, mula-mula sejenis menu, lepas tu bila dah bincang dengan Diana, terus Diana setuju untuk tambah order jadi empat jenis menu.

Pada hari kejadian, kami tengok memang meriah suasana di perkarangan majlis. Ada khemah dihias cantik, kerusi dan meja diatur rapi, makanan pelbagai jenis. Semuanya disediakan untuk menjamu para pelajar tahfiz berbuka puasa. Bukan tu sahaja, pada malam tu juga diadakan sesi tadarus 30juzuk al quran oleh adik-adik tahfiz yang berlangsung di kediaman Linda.

Subhanallah. Baiknya keluarga ini yang bermurah hati untuk membelanjakan sebahagian harta mereka untuk menjamu anak-anak tahfiz berbuka puasa. Mereka sekeluarga memang sudah menjadi antara pelanggan tetap kami sejak 2015 lagi. Keluarga yang baik dan pemurah. Sangat sempoi lagi peramah. Sangat senang berurusan dengan mereka. Semoga Allah merahmati Diana dan Linda sekeluarga.

Begitu kisah mereka. Kisah kita pula bagaimana? Ada terdetik perasaan mahu menaja anak2 tahfiz berbuka puasa? Kalau dah ada niat tu, cepat-cepat tunaikan. Sebab di saat Allah detikkan hati kita untuk berbuat kebaikan, itu tandanya Allah sayang sangat pada kita. Ayuh jadi pemberi. Kita kongsi rezeki. Sumpah tak rugi.

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda ..

“Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang semisal orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.” (HR. At Tirmidzi, beliau berkata, “Hadits Hasan Shahih”)

Ps- Diana dan Linda mana ni? Tengok gambar⬇. Kalau kenal abang ni, mesti kenal Diana dan Linda yang mana 😎

JOM SPONSOR MAKANAN BUKA PUASA / MOREH / SAHUR

😎 Sepanjang bulan ramadan, saya ada buat projek tajaan berbuka puasa / moreh /sahur bagi anak yatim, pelajar tahfiz, jemaah terawih surau.

😎sumbangan boleh ditaja secara individu atau kumpul ramai2. Bila jumlah dah cukup, RM200, saya akan masakkan makanan dan hantar pada penerima.

😎Kawan2 boleh pilih mana2 golongan (anak yatim/ pelajar tahfiz / jemaah terawih surau) untuk menjadi penerima sumbangan.

😎Gambar makanan akan dihantar pada penderma sebagai tanda terima kasih dari penerima.

Sekiranya berminat, boleh direct whatsapp sy 0145965015 / 01110763654

Terima kasih daun keladi,
Mari pakat2 kongsi rezeki😊

Bukan kekal imaginasi, tapi sudahpun menjadi realiti.

Masa awal-awal mulakan bisnes Nenekatering, kami dah pun bermimpi untuk memiliki satu pasukan yang hebat. 

Memiliki kekuatan untuk mengendalikan majlis perkahwinan dengan lancar.

Bukan tu sahaja, kami juga pernah berimaginasi untuk mengetengahkan resepi pantai timur turun temurun di dalam setiap resepsi yang kami uruskan.


Siapa sangka. Hampir tak percaya. Rupa-rupanya mimpi itu didengari Tuhan. 

Bukan kekal imaginasi, tapi sudahpun menjadi realiti.

Alhamdulillah. Terhasil juga sebuah video yang menceritakan segalanya.

#nenekatering
#kateringshahalam