TIPS MEMASAK UNTUK JAMUAN ATAU RUMAH TERBUKA

Secara keseluruhannya , terdapat beberapa faktor yg perlu diambil kira bila menyediakan jamuan yg melibatkan tetamu yg ramai. Pada pengamatan saya dalam bidang masakan ialah biasanya orang-orang di kampung makan lebih banyak nasi dari orang-orang di bandar?



KADAR PENGGUNAAN BERAS
Contohnya :
BERAS BIASA purata 50 orang = 15 pot = 4.2 kg beras.
ANGGARAN UMUM 10 KILO BERASMATHI = 100 ORANG
Jika beras Basmathi (utk nasi beriani, nasi minyak, nasi tomato dll) perlu dilebihkan kerana berasnya tidak kembang seperti nasi biasa.

KADAR PENGGUNAAN AYAM
Bagi ayam pula, bergantung pada saiznya. Lazimnya, utk membuat kari atau kurma, kita memotong seekor ayam menjadi 12 bahagian. Seandainya seorang mengambil satu bahagian, kita perlukan 4 1/2 atau 5 ekor. Perlu diperhatikan di sini, kari juga mempunyai kentang, tomato dll yg akan “menambah” lauk kari itu sendiri.

KADAR PENGGUNAAN DAGING
Untuk daging, terpulang pada berapa keping atau ketul yg dipotong. Selalunya, utk 50 orang, kita hanya perlukan 3-4 kg daging. Untuk rendang, mungkin lebih sedikit. Dapatkan daging batang pinang yg mudah empuk. Jika memasak kurma atau kari, masukkan ubi kentang anggaran 2 kg.

KADAR PENGGUNAAN SAYUR
Manakala bagi sayur, bergantung juga pada jenis resepinya. Selalunya, sekiranya hendak membuat acar mentah (jelatah), gunakan 5 biji timun, 4 batang lobak merah dan 3 labu bawang besar. Semuanya adalah anggaran kerana sukar utk mendapatkan sukatan yg tepat (kecuali seseorang itu membuat perniagaan “catering”)


#ilmumasakankatering
#kadarpenggunaankatering


ANTARA MENU RUMAH TERBUKA OLEH NENEKATERING

No comments:

Post a Comment