ALERGIK BULU BURUNG

Masa mula-mula badan Humaira kena alergik bulu burung hari Rabu hari tu, saya terus bawanya ke klinik. Saya ada cerita detail pada posting sebelum ni.
Masa di klinik, saya ada tanya doktor, anak saya ni tak payah cucuk ke. Sebab selalunya kalau alergik kan kena cucuk. Tapi doktor cakap tak perlu. Sikit je ni. Sapu ubat nanti hilanglah bengkak tu.
Balik rumah terus saya bagi Humaira minum ubat. Esok pagi bangun, mukanya jadi bengkak. Sembab. Saya belek badan Humaira. Penuh bengkak merah. Saya still bagi ubat yang doktor bagi ikut aturan.
Malam tu Humaira tak boleh tidur. Sekali dengan saya tak tidur. Humaira asyik menggaru dan menangis. Kesian Humaira. Dia masih belum pandai mengadu sakit. Humaira hanya merengek.
Saya rasa nak nangis tengok keadaan Humaira macam tu. Saya terpaksa agak dan teka apa yang tak kena. Bodohnya saya masa tu. Saya bagi ubat lagi. Ubat yang sama.
Humaira masih menggaru dan menggaru. Saya tolong garu juga sampai tertidur. Pukul 3 pagi kot masa tu.
Bangun esok pagi, muka Humaira makin teruk. Bengkak satu badan. Dah tak nampak rupa. Hati saya makin tak senang. Masa tu belum pun pukul 8. Dah la tidur pukul 3. Saya ajak suami bawa Humaira ke klinik satu malaysia.
Bayangkan, masa tu rumah saya ada majlis doa selamat dan kesyukuran. Saya buat untuk Humaira. Tapi masa orang tengah ramai, saya terpaksa tinggalkan majlis, angkat dan usung anak pergi klinik.
Sedih sangat tengok keadaan Humaira masa tu. Sampai je klinik, bila doktor tengok je keadaan Humaira, terus doktor call hospital besar. Humaira ada underlying problems yang lain. Sakit kronik yang tak semua doktor berani nak take over.
Pendek cerita, doktor dari hospital suruh direct refer Humaira ke emergency department. Sampai je hospital, doktor quiry kenapa doktor sebelum ni tak bagi sebarang injection pada Humaira. Dan juga persoal jenis ubat yang diberi. Sebab ubat tu tak dapat dikenal pasti jenis dan nama apa.
Fine.
Doktor terus bagi injection pada Humaira. At first, doktor nak suruh admit ward. Saya cuba berdiplomasi dengan doktor supaya Humaira dibenarkan pulang kerana ada komitmen lain.
Jadi doktor cakap, kalau reaksi ubat ni positif, Humaira boleh balik. Tapi kalau negatif, Humaira perlu admit ward.
Alhamdulillah, Humaira menunjukkan reaksi positif terhadap ubat. Humaira boleh balik rumah. Lega. Sekarang bengkak makin surut, gatal juga makin kurang.
Alhamdulillah. Syukur kerana anak selamat.
Saya tak dapat bayang kalau saya tak bawa Humaira ke klinik semula. Lebih buruk kalau saya still bagi Humaira consume ubat yang sama.
Allah...
Masa ni saya percaya gerak hati. Kalau tengok keadaan makin teruk, even dah pergi klinik dan makan ubat, do not delay. Right away dapatkanlah rawatan di tempat yang lain.

Walaupun saya rasa sedih sangat sebab tak dapat jumpa kawan kawan yang hadir ke majlis doa selamat, saya tetap bersyukur sebab anak saya selamat.
Alhamdulillah. Terima kasih Allah.


No comments:

Post a Comment