Kedunguan apakah yang sedang berlaku ni?

'Saya nak ajar anak saya berkawan. Nak bagi putus susu. Sebab tahun depan nak hantar dia pergi sekolah,'

'Eh ada ke sekolah untuk anak umur 2 tahun?'

'Ada. Saya nak anak saya pandai dan bijak.'

'Anak puan asyik menangis je. Lapar susu ni.'

'Takpe. Bagi minum air masak je. Bagi pakai cawan.'

Dan menangislah si anak yang usianya baru menginjak setahun itu. Tangisnya hingga tertidur kelaparan.

Anak yang belum pandai berjalan dipaksa berhenti susu.

Anak yang baru menyambut kelahiran setahun hanya disuap air masak.

Anak yang baru setahun itu akan bersekolah tahun depan.

Anak yang tak bersalah itu dipaksa menjadi pandai demi memuaskan hati ibubapa yang mementingkan kecemerlangan.

Kedunguan apakah yang sedang berlaku ni?

Bencana apa yang nak jadi lepas ni?

Ini kisah benar yang disampaikan kepada saya. Saya perhatikan anak itu. Suci mulus. Bila mengenangkan betapa caknanya ibubapanya terhadap kecemerlangan, terus jatuh kasihan.

Kasihan si anak. Punya ibubapa terpelajar. Kerja hebat. Gaji ribu riban. Tapi langsung tak nampak dimana cerdiknya apabila tergamak berbuat begitu pada si anak.

Para ibu bapa yang dikasihi,

Anak-anak adalah amanah. Amanah itu akan dipertanggungjawabkan. Amanah itu akan dipersoalkan.

Bukanlah tanggungjawab itu hanya terletak pada pelajaran. Memberi makanan yang baik juga adalah tanggungjawab.

"Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah ada pahala yang besar." (Surah Al-Anfal:28)

Anak sekecil itu perlu disusui sehingga 2 tahun. Sungguhpun tak mahu diberi susu badan, paling tidak berilah si anak susu formula. Bukan air masak semata-mata.

'Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.' (Surah al-Baqarah: 233)

Anak sekecil itu fitrahnya bermain. Bukannya disekolahkan. Nak menjadikan anak bijak bukan dengan menghalang dunia kanak-kanaknya.

Bertenanglah. Akan sampai saat dan ketika, anak itu akan belajar sendiri. Akan faham sendiri.

Nak jadi pandai itu perlukan progress.
Nak jadi bijak itu perlukan makanan yang sihat. Nak jadi berjaya itu perlukan masa.

16 comments:

  1. sedih sungguh la kisah ini..

    tersentuh pula hati saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kisah ini realiti.sangat terkesan bagi sesiapa yang mengasihi anak anak

      Delete
  2. Kesian lah.
    Bagi annur..let kids be kids.
    Jangan la kita sebagai mak pak "dewasakan" diorang secara paksa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. agreed. but some parents tend to find fast track to get the fast result.

      Delete
  3. being a parent is hard... it's something i would never consider...

    ReplyDelete
    Replies
    1. they might be trapped in our social expectation.

      Delete
  4. Nice sharing with great messages, tersirat dan tersurat. Lan, curiostraveller.com

    ReplyDelete
  5. kesian pula nasib si anak kecil tu

    ReplyDelete
  6. jatuh kesian buat anak kecil ni. anak saya yg sekarang berusia 2 tahun 6 bulan pun saya tak sampai hati nak putuskan susu walaupun adiknya bakal keluar bila-bila masa dari sekarang. Nak anta ke sekolah pun difikirkan nanti-nanti lah. biarlah kite yang ajar EQ yang baik untuk dia sebelum mendidik IQ yang baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin mereka berada dalam keadaan terpaksa. meet social expectation maybe.

      Delete
  7. Tula... Sekarang org berlumba2 anak pandai. Seperti anak-anak dah hilang akan zaman kanak-kanak dorang. Kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini mungkin antara kesan buruk fast technology. everything must go fast. sampai sanggup skip development stage.

      Delete