Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI. Show all posts

Cara-cara Buat Lempeng Sedap

Saya terbaca satu luahan seorang ibu yang sedang dalam kesempitan. Makan bercatu. Sampai tahap kena suap maggi pada anak berusia belum 2 tahun.
Masa tu saya terfikir kenapa mesti maggi? Kan ada yang lebih jimat dan selamat.
Tambahan pula kalau ingin yang sihat, kenyang lebih lama. Marilah buat lempeng.
Ramuannya teramatlah senang. Hanya perlu kerajinan.
Lempeng ni ada banyak jenis. Yang paling simple ialah lempeng tepung.

Lempeng tepung gandum simple.

1.Sukatan tepung sama banyak dengan air. Kalau guna 2 cawan tepung: 2 cawan air.
Nak lempeng tebal, lebihkan tepung. Nak nipis, lebihkan air.
2.Tambah sebiji telur, pukul bersama adunan guna garpu. Adunan jadi gebu gitu.
3. Ambil kuali melengkung, yang biasa buat goreng ikan tu. Tekap tisu yang dah dicelup minyak masak. Ratakan.
4. Panaskan kuali. Ceduk adunan lempeng tadi guna senduk.
Tuang di tengah kuali.
5. Ratakan adunan guna senduk tadi. Tak perlu angkat atau lenggang kuali.
6. Agak-agak adunan dah kering, terus angkat lempeng. Letak atas pinggan.
7. Gulung atau lipat cantik cantik .

Boleh sambung dengan lempeng berikutnya ke dalam kuali. Tak perlu tekap minyak. Yang dah letak tadi sudah memadai sekali.
Siap. Ready untuk dihidang. Boleh dimakan bersama kari. Saya prefer cicah gula dan susu pekat manis.
Sedap tak terkata. Yang penting, jimat nyata sihat.
.
Jemput lihat hasilnya.. nyummm!

Resepi Roti Arab Mudah Tanpa Yis

Saya dah kenal roti arab sejak di tingkatan 3. Masa tu belajar dengan kawan.

Lepas tu lama dah tak buat. Bila pergi belajar di universiti sempat juga buat untuk kawan-kawan.

Saya memang tak beli di kedai sebab saya belum jumpa roti arab begini di mana mana.

Kemudian saya pun hampir lupa kewujudannya. Sehinggalah baru-baru ni saya rasa gatal tangan nak main dengan tepung.

Zup zap kejap je siapnya. Sangat sesuai untuk orang yang mementingkan kesihatan. Roti yang tak berminyak. Enak dimakan seisi keluarga.

Mudah je nak buatnya. Bahan nya cuma tepung gandum, minyak, garam dan air.

Boleh tengok gambar untuk tengok cara membuatnya. Bila dah tengok tu bolehlah buat di rumah.

Mesti semua teruja. Makan pun bertambah tambah.

.
2 cawan tepung gandum

 1/2 cawan air

6 sudu minyak masak

Secubit garam

Campurkan tepung, minyak, dan garam

Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil uli tepung

Bila jadi doh, buat bulat-bulat saiz setengah penumbuk

Canai doh menggunakan roller, tabur tepung di atas papan supaya tepung tak melekat

Susun doh yang dah dileperkan di atas dulang

Panaskan minyak. Guna minyak banyak macam nak goreng ayam


Terbalikkan roti bila dah garing. Goreng sebiji demi sebiji dengan penuh kesabaran

Dah siap boleh susun atas pinggan. 
Lebih afdhol ajak jiran tetangga datang makan sekali. 


Pasti semua cakap sedap hingga menjilat jari. 





RESEPI ROTI JALA

Dah lama teringin nak tebar jala. Asyik sibuk uruskan benda lain sampai terlupa. Jadi kali ni saya nekad untuk curi juga masa untuk menjala.

Roti jala adalah satu hidangan yang mudah dan ringkas. Kalau di majlis kenduri, ramai orang akan pilih roti jala sebagai hidangan sampingan.

Tapi nak buatnya perlukan skill untuk menjala. Silap gaya, boleh hancur dan putus jala dibuatnya. Adunan yang bagus adalah adunan yang likat dan tidak putus.

Dalam banyak resepi yang dicuba, ini yang menjadi pujaan hati saya. Nampak cantik je bila nak menjala. Dan yang paling best, rotinya kekal lembut untuk tempoh yang lama.

RESEPI ROTI JALA

3 cawan tepung gandum
3 cawan susu
3 sudu minyak masak
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil pewarna kuning
1 biji telur

Cara detail memasak saya titipkan pada setiap gambar.

Selamat mencuba 😊




1. Campurkan kesemua bahan, tepung gandum, air susu, telur, pewarna kuning, minyak masak, dan garam. Blend halus.

2. Masukkan bancuhan ke dalam botol tiub yang sesuai.


3. Tebar jala ke dalam non stick pan. Terus angkat jala tanpa perlu balikkan.

4. Angkat jala dan letakkan ke atas permukaan rata seperti dulang. Lipat dan gulung.


                        

        5. Roti jala dah siap. Boleh        dihidangkan bersama semangkuk kari ayam.

Selamat menjamu selera.

.
.

Koleksi Resepi Makan Beradab Untuk Pengantin Yang Simple

Resepi-resepi ringkas yang saya kongsikan adalah kompilasi dari sumber majalah, internet dan juga sedikit sebanyak pengalaman saya sendiri dalam 'menyibuk' menyediakan hidangan makan damai untuk pengantin.

1. Resepi Salad Telur Puyuh




Bahan-bahan:
20 biji telur puyuh
1/2 biji timun dihiris
6 tangkai daun salad
sedikit sos cili

Cara Membuatnya/Cara Menghias:
1. Basuh telur puyuh, rebus.kemudian buang kulitnya
2. Basuh timun dan daun salad toskan airnya                                                                     
   (rendam dengan air garam, tos dan lap dengan tuala kecil).
3. Hias salad dan timun di atas piring yang sederhana besar
4. Letak telur puyuh yang telah direbus tadi diatasnya
5. Curahkan sos cili keatasnya
6. Sedia utk dihidangkan

Untuk memudahkan pengantin makan, boleh juga dicucuk telur puyuh tersebut dengan batang lidi. Selamat mencuba ya!

11 TIPS UNTUK RESEPI SAMBAL NASI LEMAK SEDAP

Kesedapan dan keenakan Nasi Lemak bergantung pada Nasi dan Sambalnya.

Bila nasi dan sambal cukup rasa, pasti memikat selera, sampai teringat-ingat. Begitu penangan nasi lemak terhadap penggemarnya. Jadi kali ni saya nak kongsi bagaimana nak menghasilkan sambal yang sedap dan yang penting tahan lama. Yes. Kalau kena caranya, sambal kita boleh maintain sedap lebih 3 hari. Betul ke betul? Betul!