Kesedapan dan keenakan Nasi
Lemak bergantung pada Nasi dan Sambalnya.
Bila nasi dan sambal cukup rasa, pasti memikat selera, sampai
teringat-ingat. Begitu penangan nasi lemak terhadap penggemarnya. Jadi kali ni
saya nak kongsi bagaimana nak menghasilkan sambal yang sedap dan yang penting
tahan lama. Yes. Kalau kena caranya, sambal kita boleh maintain sedap lebih 3
hari. Betul ke betul? Betul!
1. Rebus cili kering biar betul-betul masak
Bila nak rebus cili, pastikan cili digunting secara serong
bagi memastikan butir-butir biji keluar ketika direbus. Ini bagi memastikan
cili serta bijinya masak. Penting bagi mengelakkan daripada sakit perut selepas
makan sambal. Sebab kenapa sesetengah orang akan sakit perut selepas makan
sambal adalah kerana cilinya tidak cukup masak ketika direbus.
2. Kisar cili sampai hancur
Bagaimana nak pastikan cili hancur bila dikisar? Tambahkan minyak
semasa kisar cili. Confirm biji cili tu hancur. Sambal akan kelihatan tak
cantik bila biji cili kelihatan di dalam sambal. Nak makan pun takut pedas😆
3. Kisar bawang berasingan
Kisar bawang putih dan bawang merah berasingan. Jangan kisar
sekaligus. Kisar biar sampai bawang betul-betul hancur. Kalau bawang tak
hancur, sambal akan kelihatan berketul-ketul. Tekstur akan kelihatan tak
cantik.
4. Guna minyak yang banyak
Untuk menumis, gunakan minyak yang banyak. Kalau guna minyak
sikit, nanti sambal akan lambat masak dan rasanya pun tak sedap. Kalau tak
percaya boleh cuba ☺
5. Tumis bawang satu persatu
Tumis bawang putih dahulu. Bila dah naik bau yang sedap, baru
masukkan bawang besar. Biar bawang masak terlebih dahulu baru masukkan cili
kering yang dah dikisar. Kalau masukkan cili kering dulu, sambal akan
meletup-letup. Nak datang dekat pun takut.
6. Gunakan ikan bilis kalau taknak guna belacan
Bagi sesetengah orang yang tak makan belacan, boleh gantikan dengan
ikan bilis. Kisar dan tumis sekali.
7. Campurkan gula putih dengan gula perang
Bila masukkan gula, jangan kacau terus. Biarkan gula cair dulu.
Macam karamel. Baru kacau dan ratakan. Gula perang atau gula melaka akan
menjadikan rasa dan rupa sambal cantik dan enak. Pasti.
8. Gantikan ajinamoto dengan serbuk perasa
Ada orang memang tak boleh makan ajinamoto. Pening muntah semua
ada. Jadi boleh gantikan cik aji dengan serbuk perasa. Pasti tiada lagi pening
kepala.
9. Guna garam kasar
Garam kasar akan menghasilkan rasa yang lebih baik berbanding
garam halus. Sebab garam halus rasanya lebih pahit. Jangan takut guna garam
kasar. Kalau takut terlebih bubuh, tumbuk atau kisar kering garam kasar.
10. Bancuh asam jawa pekat
Bila asam jawa dibancuh pekat, sambal akan rasa lebih ummph. Ini
juga dapat mengelakkan sambal kita daripada berair. Sambal yang cair akan lebih
mudah rosak dan basi.
11. Guna api perlahan
Mula-mula guna api kuat. Bila semua rasa dah cukup, dan sambal dah
masak, perlahankan api. Jangan terus tutup api. Biarkan di atas dapur untuk
seketika. Kacau sekali sekala. Bila sambal dah betul-betul masak, tutup api.
Siap!
Kalau malas nak masak sambal sendiri, order je dengan Nasi Lemak
dan Katering Nenek. Lagi senang.😄😄
01110763654 @ 0145965015
#nasilemakdankateringnenek
#sambalsedap
![]() |
NASI LEMAK YANG BAIK PERLU PUNYAI SAMBAL YANG SEDAP |
No comments:
Post a Comment