AZAM TAHUN BARU SAYA

Esok dah tahun baru. Sekejap je setahun berlalu. Tapi setahun ini banyak mengubah hidup saya. Malah telah mengubah diri saya juga.
Bagaimana setahun ini berjaya memaksa diri saya bertindak diluar jangkaan saya selama ini. Tahun 2017 adalah tahun yang sangat mencabar bagi saya.
Satu-satunya tahun yang banyak membawa saya lebih dekat dengan Tuhan. Yang banyak mengajar saya untuk berpantang maut sebelum ajal.

Sepanjang tahun 2017, sebanyak 10 kali admission anak saya ke hospital. Banyak episod mendebarkan emosi dan fikiran.
Dan setiap cerita itu saya tulis di ruangan facebook peribadi. Supaya saya tidak lupa diri. Setiap struggle yang saya alami.
Admission anak ke hospital banyak memberi impak pada saya. Bukan setakat emosi, tapi lebih kepada ekonomi.
Setiap kali anak masuk wad, setiap kali itu juga saya tak dapat teruskan bisnes katering yang saya usahakan. Badan cramp, otak jam. Kerana bisnes katering memerlukan keberadaan saya di dapur, kadang perlu keluar bertemu pelanggan.
Jadi apa yang dapat saya buat ketika itu hanyalah mempertahankan apa yang saya ada. Hanya boleh commit untuk continue job sedia ada. Langsung tak tambah job baru. Hanya Tuhan sahaja tahu perasaan saya masa tu.
Bayangkan, bila anak masuk wad, bisnes tak boleh buat. Income tak bertambah, perbelanjaan berganda. Sampai pernah ada orang nasihatkan saya supaya buat bisnes lain. Tapi saya tahu. Itu bukan jalan penyelesaiannya.
Saya ingat lagi. Masa anak saya kritikal. Saya decide untuk ambil cuti separuh gaji. Memang mencabar sungguh. Sudahlah bisnes tak boleh jalan. Kerja hakiki pula dipotong gaji. Saya pejam mata dan hadap sahaja.
Masa tu saya terpaksa guna semua wang simpanan. Pernah sampai saya pecahkan tabung dan kutip setiap wang syiling yang ada. Ada ketika bila dah habis semua syiling. Saya jual apa sahaja barang preloved kepada sesiapa sahaja. Asalkan dapat menukar kepada sen. Asal dapat sambung nyawa.
Untuk tahun hadapan. tahun 2018. Saya tahu dan maklum masih banyak admission anak ke hospital. Sehingga sekarang sudah ada lima appointment doktor sedang menanti. Satu pembedahan sedang diaturkan.
Dan hati saya perlu lebih bersedia. Lebih ampuh untuk berdiri teguh. Sebelum anak masuk wad. Saya perlu cepat. Saya mesti kerja kuat.
Disaat orang lain berazam untuk memiliki aset dunia. Saya lebih memilih untuk melihat anak sihat sejahtera. Kerana sesungguhnya sihat itu satu nikmat yang nyata.
Dengan kesempatan waktu yang Allah beri. Saya sudahpun merancang projek dua tahun lagi. Menyusun semula strategi. Untuk perkembangan bisnes katering kami. Untuk keperluan anak sendiri.
Semoga peluang bersinar lagi. Kuatlah kaki terus berlari. Dapat melompat lebih tinggi. Menggapai semua idaman hati.

PROJEK TAHUN BARU BERSAMA MERVYN

No comments:

Post a Comment