TENTANG MEMILIKI ANAK YANG MENGHIDAP PENYAKIT ISTIMEWA, JUGA BISNES KATERING YANG MENJADI NADI KEHIDUPAN. KATERING MAJLIS KESYUKURAN, AKIKAH, NIKAH DLL - SHAH ALAM, SELANGOR, KL
HEBATNYA TANGAN YANG MEMBERI
Angin ramadan dah pun bertiup. Dah terbayang bazar ramadan sepanjang jalan. Ada bermacam makanan untuk dipilih. Bagi yang berkesempatan, mesti plan dah nak masak apa time berbuka dan sahur nanti.
Tapi dalam kebanyakan kita, mesti ada yang tak dapat memilih. Hanya berbuka dengan apa yang ada. Tiada lauk penuh atas meja. Penuh sederhana.
Ini realiti. Saya pernah jumpa mereka yang hanya bersahur dan berbuka dengan satu nasi dan satu lauk. Itu belum lagi yang makan nasi goreng tiap hari.
Ada yang siap tanya saya, mana masjid atau surau yang buat jamuan free? Semua dibuat untuk berjimat. Kerana kekangan dana. Semua mesti bertahan sampai hari esok atau hujung bulan. Mungkin.
Dan saya juga pernah jumpa ramai orang pemurah di luar sana. Yang saban tahun pasti akan menghulur belanja, untuk berbuka puasa.
Yang lebih saya kagum, besarnya percaya mereka. Sudi menghulur dana, tanpa mengenali siapa yang menerima.
Mungkin dari situlah datangnya ayat 'tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima'. Kerana nak memberi itu bermula dari hati. Kerana memberi untuk berkongsi rezeki.
Kerana memberi itu satu mujahadah. Rezeki yang kita cari susah payah, dan kita kongsi dengan orang sebelah. Sungguh. Bukan satu benda yang mudah.
Tapi golongan ini wujud. Mereka ada sentiasa. Kerana mereka percaya, dalam rezeki kita, tersimpannya rezeki orang lain.
Kalau nak rezeki mencurah, rajinkanlah tangan untuk bersedekah. Disaat terasa semputnya rezeki nak menjengah, belanjalah orang yang lebih susah.
Kerana waktu itu kita akan rasa, betapa beruntungnya kita. Dengan banyaknya nikmat yang tak terhingga.
************************************
Ahlan wa sahlan ya Ramadan
Bagi yang nak menjadi penaja buka puasa / sahur kepada jemaah masjid / surau /rumah anak yatim/pusat tahfiz, sahabat sekalian dialu-alukan untuk menghubungi saya.
Saya akan bantu uruskan booking tarikh dan tempat, masak, dan agihkan makanan.
Cepat. Puasa 30 hari cuma.
Boleh wasap 014 596 5015 / 0111 076 3754 untuk maklumat lanjut.
#nenekatering
#jamuanberbukapuasa
**gambar menunjukkan antara jamuan berbuka puasa dan sahur yang pernah kami buat pada tahun lepas.
MARI MENJADI PENAJA BUKA PUASA
Cuma nak inform siap siap, untuk 10 malam terakhir memang fully booked. Orang ramai berebut nak cari lailatulqadar. Sampai ada yang frust sebab terlewat.
Sumbangan boleh dibuat secara tunggal atau berkumpulan.
Maksudnya, kalau nak jadi sponsor tunggal, kita akan sponsor semua jemaah masjid / anak yatim/ gelandangan/ pelajar tahfiz untuk jamuan.
Sumbangan berkumpulan pula boleh sponsor sekadar yang mampu. Dan kami akan kumpulkan sumbangan ramai-ramai.
Bila jumlah dah cukup, kami akan buatkan makanan dan agihkan pada penerima.
Setiap sumbangan akan direkod dan akan dimaklumkan bila , apa , dan siapa yang menerima sumbangan. Para penaja akan mengetahui perjalanan sumbangan.
Para penaja juga dialu alukan untuk turut serta dalam mengagihkan sumbangan pada penerima. Supaya dapat melihat sendiri bagaimana gembiranya mereka yang dirai.
Kita dah pun masuk hari keempat ramadan. Masih berbaki 26hari. Tak rugi kalau kita kongsi rezeki. Banyak yang saya lihat, mereka yang konsisten memberi, rezeki mereka tak berhenti. Pasti ada sahaja rezeki menanti.
Sekiranya ada antara sahabat fb saya yang berhasrat nak menjadi penaja buka puasa, boleh hubungi saya untuk booking 0145965015 .
Bulan puasa bulan mulia. Dalam setahun sekali cuma. Jom kita rebut pahala berganda. Kalau ada terniat nak dapat apa2, boleh diusahakan dengan sedekah. Kerana boleh jadi, dengan asbab sedekah jariah, Allah terima doa kita.
Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al Mubarak
*******
gambar menunjukkan tajaan buka puasa untuk 175 orang anak -anak miskin di kota Kuala Lumpur yang telah diagihkan pada 1 Ramadan yang lalu.
#nenekatering
#tajaanbukapuasa
Ini Saham Akhirat Saya
Sedang saya asyik menyiapkan kerja tertangguh, datang seseorang menepuk bahu saya.
'Awak masih berhubung dengan mana-mana pusat kebajikan anak yatim?'
Saya mengangguk mengiyakan.
'Awak tolong bantu saya boleh?'
'Tolong apa ya? '
'Carikan saya seorang anak yatim untuk saya biaya. Saya akan tanggung segala perbelanjaan dan makan minumnya.'
'InshaAllah saya cuba carikan. Sampai bila puan nak menaja anak ini ya?'
'Sehingga anak ini bérjaya berdiri di atas kaki sendiri. Semoga anak ini menjadi pengamal Al-Quran. Semoga anak ini menjadi saham saya di akhirat nanti.'
.
.
.
Mulia sungguh hatinya. Meski tidak memiliki anak sendiri, tetap mahu menggalas tanggungjawab membesarkan seorang anak.
Beliau yang saya kenal sangat pemurah orangnya. Harta merata rata. Tetap tampil berperwatakan biasa. Sekali pandang serupa tiada apa.
Beliau yang saya kenal sangat berbudi menabur bakti. Hidup seorang diri, ditinggal pasangan yang telah pergi menghadap Ilahi.
Dibuatnya kelas mengaji bayaran free. Untuk puluhan kanak-kanak bértuah. Diajarnya di rumah sendiri. Buat peneman sunyi.
Hebatnya dia di mata kami. Besarnya jiwa berkongsi rezeki. Merendah diri pilihan hati. Semoga Tuhan memberi ketenangan hati buat dia, insan yang berbudi.
.
.
.
Di Saat Terasa Sempitnya Rezeki, Perbanyakkanlah Sedekah
Di saat terasa sempitnya rezeki, perbanyakkanlah sedekah.😊
Kisah ni berlaku pada suatu tahun dahulu. Masa tu kami masih lagi berniaga nasi lemak di gerai tepi jalan. Bangun pukul 3 pagi, masak, lepas subuh terus buka gerai.
Jualan bagus. Tapi tak boleh pergi jauh. Ada masa cepat je habis. Ada masa terpaksa bungkus dan agihkan pada orang ramai.
Masa ni saya tengah sarat mengandung anak kedua. Kami masih lagi tinggal di rumah flat tingkat 5 tanpa lif. Segala pergerakan keluar masuk hanya melalui tangga-tangga. Ok la kan. Boleh exercise pagi petang.
Bila duduk tingkat tinggi, tekanan air perlahan. Air mengalir sangat menguji kesabaran. Jadi kami ikhtiar buat sendiri sistem perpaipan, guna sistem pelampung untuk tadah air. Dalam rumah penuh tong air.
Cabaran dan kekangan ni semua buat kami selalu berfikir, 'Kena guna strategi lain kalau nak dapat result lain'. Tapi the problem is how? Kami tak tahu nak adjust apa lagi.
Dah dekat bulan puasa. Kami cuba daftar masuk bazar ramadan. Semua kena reject. Sebab tak bayar saman majlis. Huhu. Macam mana nak bayar.. Nak rolling modal pun jenuh pusing. 😅
Tiba masa saya melahirkan anak kedua. Masa tu duit bercatu. Saya ingat lagi, masa hari pertama Hana Muhayya dilahirkan, itulah juga kali pertama kami beli baju anak, baru beli pampers, tilam anak.
Beli yang wajib je. Baju -baju Hana Humaira yang lama, saya keluarkan semula, pakaikan pada adiknya. Mujur baju masih elok lagi.
Masa tu saya pilih untuk berpantang di rumah mak di Kedah. Jadi suami perlu kembali semula ke Shah Alam mencari sesuap nasi.
Saya tanya suami, 'Abang nak niaga apa lepas ni? Kita mana ada tapak nak niaga mana mana'
Suami hanya jawab, 'InshaAllah selagi mana kita usaha, selagi tu rezeki ada'
Tulus betul keyakinan beliau.
Sebelum turun dari rumah, suami menghulurkan sekeping not RM20. Perlu bertahan sampai raya. Sebulan. 😢Hanya itu yang mampu diberi ketika itu.
Saya sambut salam. Saya tahu, suami hanya ada duit cukup-cukup untuk sampai Shah Alam.
Mula saat tu, saya fikir, saya mesti buat sesuatu. Mesti mulakan dengan apa ada di tangan. Dalam kepala ligat fikir cara nak dapat duit.
Wang rm20 itu, saya guna untuk topap bil telefon. Mujur adik jual topap. Saya minta topap rm30 untuk sebulan, duit ada rm20, minta hutang rm10. Raya nanti bayar.
Bila dah topap telefon tu, saya mula promote jualan pada semua orang. Kebetulan masa tu bulan puasa. Saya ambil upah masakkan makanan berbuka puasa atau sahur dan hantar pada penerima. Selalunya dapat tempahan dari insan dermawan yang nak menjamu anak2 yatim dan asnaf.
Saya ambil order, masakkan makanan, dan agihkan pada penerima. Kemudian saya hantar gambar kepada penderma. Tanda amanah sudah diselesaikan.
Masa tu lah saya belajar untuk bersedekah dengan istiqomah. Sungguhpun saya tak mampu lakukan sendiri, tapi saya bantu orang untuk bersedekah.
Saya mula kenal beberapa pusat kebajikan. Saya mula selami betapa bermaknanya sedekah kita pada penerima.
Saya mula faham sesuatu. Sedekah itu perlukan mujahadah. Saat kita rasa susah, waktu itulah kita perlu gandakan sedekah.
Dan saya makin faham, saat kita menghulur tangan untuk bersedekah, bukan bermaksud kita punya segala-galanya, tapi kita lebih faham, betapa peritnya rasa, pabila kita tak punya apa-apa.
Yang mengajar kita untuk yakin dengan Tuhan. Takkan miskin mereka yang memberi. Saya makin percaya. Dalam rezeki kita tersimpannya rezeki orang lain.
Allah tak jadikan suatu benda dengan sia-sia. Bila dah mula ambil tempahan makanan, saya dapat ilham untuk daftar akaun syarikat. Daftarkan nenekatering. Dari situ bermulanya dunia katering kami.
Alhamdulillah. Bisnes kami berjalan dengan baik. Makin baik. Daripada tak punya apa-apa. Kini kami makin optimis untuk mengukuhkan nama nenekatering.
Kadang kadang bila dikenang, rasa tak percaya. Saya dah pun lalui saat ini. Kalaulah saya hanya meratap dan menyerah masa tu. Kalaulah saya tak buat apa-apa. Mungkin saya masih terkial-kial tanpa tujuan.
Banyak kami belajar dari pengalaman. Dari situ kami belajar erti keberanian. Dari situ kami faham erti kecekalan.
Tapi hidup ini adalah pilihan. Pengalaman yang kita lalui sangat bernilai. Bila kita terdesak, bila kita sesak, masa tu kita ada pilihan. Sama ada nak cipta masa depan, atau hanya sekadar teruskan berangan.
**gambar menunjukkan Hana Muhayya sewaktu masih seorang bayi.
Dialah kekuatan, yang memaksa saya buat keputusan. Ikhtiar apa sahaja jalan. Untuk teruskan kehidupan.
.
.






