Ini Saham Akhirat Saya

Sedang saya asyik menyiapkan kerja tertangguh, datang seseorang menepuk bahu saya.

'Awak masih berhubung dengan mana-mana pusat kebajikan anak yatim?'

Saya mengangguk mengiyakan.

'Awak tolong bantu saya boleh?'

'Tolong apa ya? '

'Carikan saya seorang anak yatim untuk saya biaya. Saya akan tanggung segala perbelanjaan dan makan minumnya.'

'InshaAllah saya cuba carikan. Sampai bila puan nak menaja anak ini ya?'

'Sehingga anak ini bérjaya berdiri di atas kaki sendiri. Semoga anak ini menjadi pengamal Al-Quran. Semoga anak ini menjadi saham saya di akhirat nanti.'

.
.
.
Mulia sungguh hatinya. Meski tidak memiliki anak sendiri, tetap mahu menggalas tanggungjawab membesarkan seorang anak.

Beliau yang saya kenal sangat pemurah orangnya. Harta merata rata. Tetap tampil berperwatakan biasa. Sekali pandang serupa tiada apa.

Beliau yang saya kenal sangat berbudi menabur bakti. Hidup seorang diri, ditinggal pasangan yang telah pergi menghadap Ilahi.

Dibuatnya kelas mengaji bayaran free. Untuk puluhan kanak-kanak bértuah. Diajarnya di rumah sendiri. Buat peneman sunyi.

Hebatnya dia di mata kami. Besarnya jiwa berkongsi rezeki. Merendah diri pilihan hati. Semoga Tuhan memberi ketenangan hati buat dia, insan yang berbudi.

.
.
.

2 comments:

  1. Untung sape yg jd anak angkat die kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah..sangat beruntung. jarang orang dapat peluang ni kan

      Delete