MELEPASI TAHUN PUAKA BISNES

Tadi sempat borak dengan sorang kawan. Sembang punya sembang. Terkeluarlah hal bisnes katering yang saya buat ni.

Kawan tanya. Dari mana saya dapat modal untuk uruskan bisnes katering ni. Terdiam juga saya cari jawapan. Yelah. Sedar tak sedar saya sudah selamat melepasi tahun tahun puaka bisnes.


Alhamdulillah. Pejam celik. Sekejap je. Tak terasa pun. Untuk menjawab jawapan kawan. Sebenarnya saya mulakan bisnes ni dengan tiada modal. Ya. Kerana tiada modal saya push myself beyond the limit. Beyond anything that I could go through.

Saya tidak mengeluarkan modal. Tapi saya kumpul modal. Masih saya ingat lagi bagaimana saya tebalkan muka buat hardsell pada kawan kawan.

Dah macam pengemis pula harap simpati orang. Masa tu saya zero bab ilmu bisnes. Duit modal pun takde. Apatah lagi nak keluarkan duit pergi kelas bisnes. Jadi saya buat sebab itu je pilihan yang ada. Sama ada saya buat. Atau saya tetap buat.

Saya buka gerai nasi lemak. Niaga tepi jalan. PM sesiapa sahaja promote nasi lemak. Dari situ saya himpun modal. Duit untung masuk tabung.

Bila dah cukup duit baru beli dapur sendiri. Baru berani jenguk kedai beli periuk kuali. Masa mula mula niaga dulu. Saya pinjam periuk mak. Pinjam dapur mak. Pinjam tong gas mak.

Besar jasa mak dalam menyokong jatuh bangun anaknya yang sorang ni. Terima kasih mak. Bila kelengkapan makin cukup. Kekuatan pun bertambah. Nak langkah terasa gagah.

Saya tidak membuat pinjaman modal. Cuma himpun modal. Beli satu satu. Memang take time juga untuk adakan semuanya.

Sekarang ni kalau kenang semula laluan bisnes Nenekatering. Jatuh bangun nak buat semua. Memang sebak juga rasa. Penuh air mata. Tak sangka kami mampu melangkah sejauh ini.

Sungguh. Banyak perkara saya belajar. Saya lebih kenal erti tawakal. Saya belajar hati cekal. Saya hadam jiwa kental.

Percayalah. Allah itu Maha Kaya. Kita cuma perlu berusaha. Allah akan bayar segalanya.




No comments:

Post a Comment