TERAPI DI PETANG HARI

Dah jadi kebiasaan bila kita menghadap sesuatu perkara dalam satu tempoh yang lama, pasti akan wujud satu perasaan letih dan bosan.

Bukan bermaksud sudah tak berminat, cuma kadang –kala we just need some refreshment to recharge the energy. Sama macam bateri, bila sudah lama berfungsi, sampai suatu masa, tetap perlu dicas semula. Supaya dapat berfungsi dengan lebih baik.


Dalam hidup ni, ada ketika kita terlalu asyik memberi, sampai terlupa untuk menerima. Dan pabila penerimaan hanya sehala, dari situ akan wujud perasaan berkira, yang boleh menyumbang kepada parasaan tidak ikhlas. Lebih parah apabila kita mula isu bangkit-membangkit. Pada masa inilah, syaitan mula mainkan peranan. Seakan api pendam yang tunggu masa untuk dimarakkan.

Sesetengah orang kata, istilah ‘me time’ sangat perlu. Masa untuk bersendiri, menikmati apa sahaja kesukaan hati, makan aiskrim, tengok movie, memasak lauk kegemaran, atau sekadar melelapkan mata. Nikmat ya amat.

Apapun keadaan kita, carilah ruang dan peluang untuk menghargai diri sendiri. Sesekali mengubah angin. Kalau selama ni asyik menghadap subjek Bahasa Inggeris sahaja, apa salahnya kali ni kita berseni pula. Biarpun murid keliru nak panggil teacher atau cekgu. Sekejap mengajar phonics, sekejap mengajar seni berlagu.

Seronok juga melukis ni. Rasa macam terapi diri.



No comments:

Post a Comment