BELAJAR BUAT BLOG DAN VLOG

Kami berdua ditakdirkan lahir sebagai kembar. Seiras ke? Mana kakak mana adik? hihi. Walau masa kecik dulu macam anjing dengan kucing. Memang betul. Masa kecik suka gado. Tak caya tanya mak. 

Tapi bila dah besar kami bff. Banyak perkara kami akan discuss bersama. Saling bertanya khabar itu biasa. Kalau tiba tiba rasa tak sedap hati. Terus call yang satu lagi. Semata mata nak tanya 'kau ok ke?'


Selalunya perasaan tu bagi hint yang bff kita dalam kesusahan. Entah apa orang panggil tu. Telepati kot.

Minggu lepas hati saya tiba tiba rasa macam dipaksa untuk call bff untuk jumpa. Walau masa tu beliau ada di Melaka. Sanggup jugalah kuredahi highway bertol itu.

Rupanya hari tu Allah nak hadiahkan ilmu baru. Satu kepakaran bff. Beliau terer membuat sales melalui blog dan vlog. Lebih lapan tahun bisnes yang dibuatnya hanya menerusi blog dan vlog.

Tak perlu gigih buat fbads. Apatah lagi perah otak buat copywriting tiap hari. Buat soft selling selamba je tapau 4 angka sebulan. Pernah juga capai 5 angka. Jadi kali ni nak sedut banyak banyak ilmu beliau.

Walau niche bisnes kami berbeza. Bff jual SHAKLEE. Patik jual NENEKATERING. Kan beza tu.

Tapi dapat juga ilmu nak setting blog. Bukan main tulis je. Macam mana nak bagi google nampak kita. Macam mana nak ledakkan perniagaan kita. Create awareness.

Ni semua ilmu. Perlu menuntut dengan sifu. Ibarat kata. Kalau kita tak sanggup membayar yuran ilmu pengetahuan. Kita perlu membayar cukai kebodohan.

Jadi kalau ada yang rasa nak belajar ilmu ni. Cara setup blog dan vlog yang mesra google. Boleh dapatkan ilmu dari beliau.

Walau dirinya tak mengaku sifu. Tapi saya memang mengakui kepintarannya. Bijak dari kecik lagi. Sebab apa saya tahu? Sebab dia kembar saya. 


KAMI KEMBAR TAU. SAMA TAK MUKA ?

No comments:

Post a Comment