Allah Sekali Ambil, Lima Terus Dia Pi

'Allah sekali ambil, lima terus dia pi,'

Itulah ayat yang terngiang-ngiang di telinga kami sewaktu menghantar hidangan buffet katering hari ini.

Event yang sepatutnya dijadualkan pada Sabtu lepas, terpaksa ditunda hingga hari ini pabila kami mendapat khabar berita bahawa ada 5 orang ahli keluarga pelanggan kami yang terlibat dalam kemalangan maut, sehari sebelum majlis.

Mereka yang asalnya sedang dalam perjalanan dari Kedah menuju Shah Alam untuk menghadiri Majlis Akikah. Ajal menjemput. Ketika dalam perjalanan, kereta yang dinaiki telah terlibat dalam kemalangan. Kesemua lima orang penumpang di dalamnya maut di tempat kejadian.




Kami yang mendapat khabar berita ni pun dah menggigil lutut. Entah apa perasaan ahli keluarga mangsa.

Hari ini, Allah izinkan majlis berlangsung juga. Alhamdulillah. Disamping Majlis Akikah, diselikan juga Majlis tahlil bagi ahli keluarga yang sudah dijemput Tuhan.

Bagi pihak katering, kami mengucapkan takziah atas pemergian ahli keluarga dalam sekelip mata. Kami lebihkan hidangan makanan, diniatkan sebagai sedekah kepada arwah.



Teringat bait nasihat perkongsian Ustaz Wadi Anuar tentang topik Di Alam Barzakh,

'Salah satu cara untuk membantu meringankan azab kubur bagi si mati, adalah dengan niatkan sedekah bagi pihaknya.'

Semoga kesemua arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman, yang menerima rahmat Tuhan.

Innalillahi wainna ilaihi rajiun


Seksyen 4, Shah Alam
200 pax
2 ekor kambing golek
Nasi putih
Gulai nenas ikan masin
Sambal sotong rendam
Ayam goreng berempah
Ulam ulaman
Sambal
Buah oren
Buah tembikai
Air sirap ais
Teh o panas
Kopi o panas

.

No comments:

Post a Comment