Life Must Go On

Antara benda yang kita mesti selalu pegang adalah life goes on. Walau apa terjadi, teruslah melangkah. Kerana kita masih hidup. Kita perlu makan. Kita perlu berkawan. Kita mesti terus pandang depan.

Usah termenung merenung kesilapan kita tersadung. Anggaplah itu lah perjalanan. Harga yang kita perlu bayar. Harga pada sebuah pengalaman.

Sepanjang tahun, banyak benda yang kita lalui. Ada yang buat kita ketawa tak kering gusi. Pernah kita menangis berbaldi-baldi.

Saat kita menempa kejayaan, tetaplah ingat perjalanan bagaimana kita sampai ke tahap kita ada sekarang. Bila kita jatuh tersungkur, jangan kita lupa tangan yang menghulur menyambut kita untuk ditarik bangun semula.

Kisah silam. Kita jadikan pengajaran kehidupan. Yang mengajar kita untuk menjadi manusia. Kesalahan masa lalu kita, kita mengaku. Kita belajar. Kita betulkan.

Masa depan. Dah ada di pandangan. Lakarlah impian di atas kanvas capaian. Kejarlah impian buru kejayaan. Sehebat mana pun perancangan, tiada guna kalau kita sekadar biarkan. Semangat sahaja tidak cukup untuk merealisasikan kejayaan.

Yang lebih penting adalah tindakan. Work your plans. Do it well. Buat skala kerja. Target bila nak capai.

Tak perlu buktikan pada sesiapa. Fokus. Sebab yang menjayakan adalah kita. Jangan prihatin pada mulut manusia. Anggaplah ia sekadar pembakar semangat kita.

Realistik pada kpi sendiri. Tahu kekuatan diri. Bekerjalah sekuat hati. Kalau jatuh, bangun lagi. Bila rebah, bangkit lagi.

Sebab kita ada banyak kerja. Kita dah tiada masa.  Nanti, bila kita dah berjaya. Kita pasti rasa tak percaya. Bahawa kita dah pun melaluinya. Dengan penuh bangga.

.

No comments:

Post a Comment