Solat Kunci Ketenangan

Bila masuk tahun baru, bermacam azam kita dengar, banyak pesan yang kita dapat. Dan ada satu pesan yang buat saya selalu teringat. Yang saya terlepas pandang.
Menjadi orang yang tenang. Tak mudah nak marah. Boleh rileks dalam semua keadaan.

Sejak dari dulu saya tercari-cari formula tenang. Saya pernah berdoa pada Tuhan supaya ajar saya untuk jadi sabar, jadi tenang. Sebab saya tahu bukan mudah. Sabar yang kurang. Salah sikit mula nak menyinga.

Yang menyebabkan saya sentiasa mencari formula yang tepat. Ada yang ajar supaya tarik nafas. Hembus perlahan. Ada yang ajar berwuduk. Ada yang ingatkan supaya duduk.
Tapi still saya rasa ada benda yang kurang. Siapa yang mudah marah mesti faham bagaimana susahkan nak telan rasa marah. Mesti tahu sukarnya nak bertenang, nak maintain senyum dalam situasi kritikal. Trust me. It's pretty hard. The struggle is real.

Kali ni saya dapat satu petua yang tak pernah saya dapat sebelum ni. Amalan sebenar dalam diri kita.
Perbetulkan cara solat kita. Kalau sebelum ni kita solat macam peluru tabur, kali ni kita upgrade nilai solat kita. Sebutan biar jelas. Fahamkan maknanya.

Pendek kata, jadikan urusan solat adalah priority kita. Jangan rushing. Kita sedang berhadapan dengan Allah. Fokus. Buat betul-betul.
Nanti, bila kita adakan masa untuk Allah, Allah akan lapangkan masa kita. Kerja kita jadi mudah. Bila kita tiada tuntutan menekan, kita akan tenang. Dari situ, bahagia pun datang.
Saya mengenali seorang individu yang sangat tenang. Dalam apa jua keadaan sangat tenang. Tak pernah sekalipun beliau kalut atau panik.
Dan saya tahu satu perkara tentangnya, orang yang sangat menjaga solatnya. Saat beliau solat, setiap bacaannya jelas. Sebutir-sebutir.

Kalau kita berdiri disebelahnya waktu sedang solat, memang kita boleh ikut sepatah-sepatah bacaannya. Sebab beliau memang baca dengan sangat tertib.
Suasana diluar solat, walaupun beliau seorang yang tenang, hasil kerjanya sangat bagus. Orang yang punctual. Tak suka melengahkan kerja. Banyak mudahkan urusan orang. Disenangi ramai. Boleh kata setiap orang yang mengenalinya akan kata, dia manusia baik. Sangat baik.
.



.
Betullah kan. Kualiti solat kita akan menentukan siapa kita. Bila kita utamakan Allah dalam hidup, Allah pasti akan lapangkan urusan kita.
Ia adalah tentang solat. Perkara asas dalan hidup. Perbetulkan bacaannya. Sempurnakan rukun-rukunnya. Allah akan pandu kita.
Ihfazillah, yahfazka. Jagalah Allah, Allah akan jaga kita.
Semoga permulaan tahun 2020 akan menjadikan kita manusia yang menjaga solat, mengutamakan solat, dan memelihara solat.

No comments:

Post a Comment