KHAS UNTUK YANG SUKA BERJIMAT

Sejak azali lagi saya sentiasa berjimat cermat dan berkira kira untuk membeli apa sahaja. Even benda tu sangat penting sekalipun jika tidak berada dalam keadaan terdesak. Saya takkan membeli.

Walau di saat semua orang berebut rebut untuk membeli. Saya tetap sado untuk kekal melihat atau tak pandang terus asalkan dapat berjimat. Lebih lebih lagi dalam bab makanan.

Saya lebih selesa memilih yang murah asalkan dapat berjimat. Kadang kalau datang teringin nak makan apa apa. Saya lebih rela memasak sendiri berbanding membeli yang dah siap masak. Kalau nak beli di kedai pun. Saya akan membuat perbandingan antara kedai A dan kedai B. Dan pilihan saya adalah yang murah.


Tapi pandangan saya terhadap terma dan istilah murah ini berubah terus selepas saya sendiri menguruskan perniagaan katering yang saya usahakan selama ini. Sangkaan saya yang murah adalah jimat.

Tapi sebenarnya ada banyak hidden charge yang saya tak sedar. Sebagai contoh. Kalau saya nak buat event. Saya sangkakan bahawa kalau memasak sendiri lebih jimat kosnya berbanding order dengan katering luar.



Tapi saya terlupa bahawa ruang dapur saya terhad. Pusing sini dah terlanggar bucu dinding. Langkah luas sikit dah tersepak tong gas.

Adoi.

Itu belum kira aspek persiapan bahan. Saya perlu ambil masa berjam jam di dapur semata mata untuk memasak. Periuk kuali saya kecil. Jadi saya perlu ulang masak beberapa kali atau pinjam periuk jiran sebelah rumah.



Selepas memasak saya perlu hidangkan makanan. Saiz mangkuk lauk tidaklah sebesar mana. Jadi saya perlu ulang topup lauk banyak kali. Tetamu pun datang.

Pinggan dan cawan di rumah saya terhad. Jadi saya terpaksa serve tetamu dengan pinggan dan cawan disposable. Masa tu saya terfikir bahawa alangkah bestnya kalau tetamu saya dapat menikmati hidangan di pinggan plastik dan minum teh tarik di gelas kaca.



Bila dah guna pinggan cawan pakai buang. Saya kena sediakan banyak plastik sampah. Sampah perlu di buang dengan segera. Bimbang sisa makanan menjadi habuan lalat pula.



Semasa majlis berlangsung. Saya terkejar kejar dengan nak melayan tetamu dan pada masa yang sama nak jenguk lauk pauk atas meja. Cukup ke tak cukup.



Selesai majlis ingatkan boleh rehat. Tapi jadi makin penat bila tengok rumah bersepah. Mood mula jadi tak ok. Jadi saya gagahkan diri untuk kemas semula. Membasuh segala pinggan mangkuk. mop lantai. buang sampah. Paling kejap pun 2 3 jam juga baru semua boleh setel.


Anak kecil pun dah merengek. Terkejar kejar juga nak dukung sambil basuh pinggan. Kasihan anak. Hajat hati nak bermanja dengan anak terpaksa ditahan selagi kerja di dapur belum beres.




Selesai semua baru boleh lelap. Penatnya boleh tahan juga. Baru letak kepala dah berdengkur bunyinya. Letih gamaknya. Semuanya sanggup nak buat sendiri semata mata nak jimat. Tapi macam tak padan dengan penat.


Jadi sekarang kalau nak buat apa apa majlis saya lebih selesa untuk order dengan katering. Dan saya tidak membanding harga. Tapi saya membanding servis yang ada. Sebab nilai sesuatu harga terletak pada servisnya. Saya hanya perlu memilih servis. Dan mereka akan buatkan semuanya untuk saya.



Saya hanya perlu duduk layan tetamu sambil goyang goyang kaki. Tak perlu fikir nak tambah lauk pauk. Sebab dah ada pramusaji. Sebab tak perlu lagi menyinsing lengan di dapur.



Sekarang saya boleh rehat. Merapatkan hubungan silaturrahim dengan lebih erat. Sebab saya boleh fokus untuk duduk dan makan. Dah tak perlu nak basuh pinggan. Dah ada orang uruskan.

Rumah pun kemas je. Tak lagi bersepah. Mood saya pun baik je. Takde rasa nak marah marah. Rasa tenang je.



Saya yakin ramai yang beranggapan macam saya dahulu. Sanggup cut the cost semata mata tak perasan ada hidden charge.

Masa kita amat berharga. Produktiviti kita lebih berharga. Tak guna plan majlis gah lagi indah kalau kita sendiri bekerja sampai rebah.

Jadi bagi yang fokus nak jimat. Boleh roger saya untuk sama sama nikmati hasil yang nikmat.


No comments:

Post a Comment