PERASAAN MEMILIKI ANAK ISTIMEWA

Baru baru ini saya sempat menyaksikan airmata seorang ibu yang memiliki anak istimewa. Saya lihat betapa sedihnya beliau apabila anaknya tidak mendapat tempat dihati masyarakat.

Anaknya diminta untuk diasingkan, dengan alasan bahawa anaknya perlukan extra attention dan extra care. Atau dengan istilah kata lain tidak boleh bercampur dengan crowd.

Saya cuba untuk memahami sedayanya. Saya tidak mampu untuk memberi buah nasihat. Kerana saya sama sekali tidak berada ditempatnya.


Ibu tabah ini cuba untuk memberi sepenuh kasih sayang malah berusaha untuk menyediakan kehidupan normal bagi anaknya.

Air mata itu bukan untuk dirinya. Tapi untuk anaknya. Terkilan kerana anaknya mengalami rejection sejak diawal usia.

Itu antara beribu cabaran yang perlu dihadapi oleh setiap insan istimewa. Bukan sahaja struggle untuk berdiri melihat dunia. Malah juga berjuang agar diri diterima.

Tuhan, ternyata ujian ini bukan sekadar untuk dirinya. Tapi juga teguran buat kita. Kadangkala kita terlalu asyik berebut kesamarataan. Hingga kita terlupa betapa berharganya diri kita.

Kuatlah wahai ibu dan bapa. Lihatlah ke dalam mata anak kita. Pasti terlihat sebuah harapan. Untuk menikmati dunia yang penuh keindahan. Biarlah orang lain putus harap padanya. Tapi bukan kita. Jadilah penyokong terkuat untuk anak-anak kita.

Percayalah.

Semua ini bersifat sementara. Semua ini akan berakhir.

Yakinlah.

Disebalik anugerah ini. Allah telah simpan kemas sebuah rahsia. Dongaklah ke atas. Lihat betapa cantiknya kejadian.

Diantara berjuta manusia. Allah pilih kita. Dan Allah tidak memilih mereka. Kerana itu menjadikan kita insan luar biasa.

Miliki anak istimewa bukan suatu dosa. Tapi ladang pahala buat kita.

Pandanglah dari sudut bahagia. 
Berpeganglah. 
Kita juga layak untuk ketawa.


2 comments:

  1. Sesungguhnya ganjaran Allah itu sangat besar dan berbahagialah dengan nikmatNya yang tiada tandingan. Salam sayang untuk anak istimewa Pn. Nurjuwaini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah.. sama2 kita doakan yang terbaik untuk anak2 ini. Ternyata ada banyak hikmah dan ganjaran besar yang Allah tetapkan. 😊

      Delete