KEPERCAYAAN DALAM BISNES

Sebenarnya kan, kepercayaan adalah nilai terpenting dalam berurusan dengan sesiapa sahaja.

Kalau kita nak buat sesuatu mesti kita akan deal dengan orang yang kita percaya kan?

Sama juga dengan cikpuan ni. Beliau pernah diperdaya oleh pihak tidak bertanggungjawab sebelum ni.
Hidangan dihantar mentah, disuruh pula tuan rumah masak sendiri.

Pengalaman ni juga yang menyebabkan beliau amat berhati hati membuat keputusan.

Jadi kami sepakat untuk bertemu muka bagi menambahkan keyakinan beliau terhadap perkhidmatan yang kami tawarkan.

Banyak aspek kami terangkan, baik dari segi penyediaan, hinggalah ke tahap hidangan.

Bukan itu sahaja. Kami siapkan proposal berformat berserta gambar-gambar hidangan yang pernah kami sajikan sebelum ini.

Syukur sangat apabila beliau akhirnya bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan Nenekatering untuk majlis perkahwinannya nanti.

Siap serah duit booking untuk lock order. Gembira kami menyambut salamnya.
Lebih teruja kerana diberi kepercayaan untuk membantu kelancaran majlis bersejarahnya.

Bukan senang nak dapatkan kepercayaan, dan bukan mudah untuk merealisasikan hasrat yang hebat.

#nenekatering
#kateringkahwin

No comments:

Post a Comment