NASI AIR DINGIN YANG LEJEN

Bila pulang ke Kelantan, pasti saya tak melepaskan peluang untuk menikmati Nasi Air Dingin.

Bukanlah bermaksud nasi yang dingin airnya, tetapi hanyalah sejenis nasi berlauk famous amos yang berasal dari Air Dingin, Tumpat, Kelantan.




Ada pelbagai lauk untuk dipilih. Ayam goreng, daging kerutuk, gulai ikan aya, daging goreng, ayam masak pedas, rendang daging.

Nyum Nyum.



Kebetulan masa kami sampai tempoh hari. Makanan baru sahaja dimasak. Maka dapatlah kami merasa nasi dan gulai panas. Weewiiit. Memang terangkat habis.

Rasanya sangat sedap.

Tanyalah sesiapa sahaja yang berada di Kelantan. Pasti mereka kenal Nasi Air Dingin.



Sempat saya beramah mesra dengan pemilik perniagaan ini. Orangnya cantik. Ramah pula tu. Menurut beliau. Mereka memiliki kekuatan seramai 14 orang.

BERSAMA PEMILIK KEDAI

Setiap hari mereka sepasukan akan bersatu padu memasak dan membungkus kesemua nasi yang sudah ditempah oleh pelanggan. Production sekitar 700 hingga 1000 bungkus sehari.

Kesemua lauk dimasak setiap hari bagi mengekalkan mutu dan kualiti. Dijual dengan harga RM 3.50 sebungkus. Memang berbaloi baloi.

Really recommended.
Sehingga sekarang saya masih terkenang betapa owesome- nya menikmati Nasi Air Dingin fresh from kitchen.

Sedap boh!


LUAR KEDAI

Bagi sesiapa yang teringin merasa kesedapan Nasi Air Dingin, sila ke alamat berikut :

Tumpat (KLIK)

Waktu operasi :



No comments:

Post a Comment