Perlu ke HKL

Di tengah-tengah ramainya dewasa, terselit seorang budak. Kecil molek tubuhnya, berambut ikal, bermata galak. Yang dengan sabar menunggu giliran nombornya untuk bertemu pegawai perubatan bertugas.

Beginilah rutin Hana Humaira. Melawat doktor dan misi sudah sebati. Menelan ubat pahit dah jadi ruji. Menyimpan harapan sembuh sentiasa meninggi.

Kali ni tempoh menunggu tak lama. Ada lah dalam sejam setengah lebih sikit. Tak sempat pun nak buat hantaran fesbuk.

Sewaktu berjumpa doktor tadi, Humaira nampak risau. Langsung nak berdukung. Sesekali menangis bila doktor memeriksanya. Traumanya belum hilang. Kesan lebam kena cucuk jarum pun masih jelas ketara.

Keputusan sudah dibuat. Humaira akan dirujuk ke hkl untuk tindakan pakar. Minggu hadapan kita ke sana. Pemeriksaan terperinci akan dibuat sebelum pembedahan dijalankan.

Tak tahu bila. Tapi yang pasti , Humaira akan menjalani 2 pembedahan lagi. Hadap je la. Nak fikir banyak-banyak pun tak guna. Sekarang kita fokus apa yang ada di hadapan. Apa sahaja untuk Humaira.

Asal saja Humaira sihat sejahtera. Sihatlah dikau wahai anak. Kita ada banyak cita nak digapai. Kita punya berjela impian nak dicapai. Kita sedang melakar sejarah sendiri. Untuk dikenang kemudian hari.

Dengan anugerah kesihatan ini, makin jauh kita berlari. Mengubah mimpi menjadi realiti. Sihatlah Humaira. Jangan sakit lagi. Kuatlah Humaira. Doa kami sentiasa mengiringi.

#hanahumaira
#anaksyurga

---
12 Okt 2017
Hospital Shah Alam

No comments:

Post a Comment