ULTRASOUND PULA

Alhamdulillah.. selesai appointment doktor untuk Humaira pagi tadi.

Kali ni kita buat ultrasound untuk confirmkan kehadiran inguinal hernia (maklumat lanjut: tanya gugel) yang mulai muncul sejak 3 bulan lalu.

Hasil ultrasound mengesahkan ada ruang otot yang terbuka lebih kurang 2mm dibahagian pangkal peha. Humaira perlu menjalani pembedahan untuk menutup semula lubang otot yang terbuka ini.

Kes ini akan dirujuk kepada pakar di hkl untuk tindakan selanjutnya. Kerana hanya ada seorang pakar yang boleh menjalankan surgery untuk Humaira. Kerana perlu dirujuk pakar jantung sebelum pembedahan dibuat. Kerana ada kemungkinan menginap di icu selepas pembedahan dibuat.

Semuanya berisiko. Tidak seperti kanak-kanak lain yang simple je surgery ni. Tapi untuk Humaira awal-awal lagi doktor di sini minta untuk direfer ke hkl terus.

Jadi sementara menunggu pembedahan dibuat,  Humaira perlu elak daripada apa -apa tekanan  pada bahagian perut seperti batuk atau nangis. Tekanan yang diberi boleh memberi menyebabkan ruang otot lebih terbuka luas.

Buat masa ni, Humaira mengambil spironolactone setiap hari bagi menurunkan tekanan pada abdomen. Tekanan ni terjadi kerana berlaku portal hypertension yang mengakibatkan tekanan tinggi pada perut. Yang menghasilkan ascites, dan membuat saiz perut lebih besar. Tekanan tinggi ini jugalah yang menyebabkan Humaira muntah darah dan berak berdarah baru-baru ni.

Semoga segala kesakitan ini akan berakhir. Gugurlah semua penyakit yang ada ditubuh. Lenyaplah apa sahaja yang menyebabkan sengsara.

Wujudlah kesihatan tanpa penyakit. Hadirlah kesembuhan yang kekal. Peganglah sangkaan yang baik. Genggamlah redha dalam tawakal.

"Maka sesudah kesulitan ada kesenangan. Sesungguhnya sesudah kesulitan ada kesenangan." (Al Insyirah: 5-6)

Laa ilaaha illaa anta subhaanaka innii kuntu mina zhaalimiin.

"Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim."
(Al Anbiya: 87)

#hanahumaira
#anaksyurga

---
6 Okt 2017

1 comment: