DIKUARANTIN SEMULA

Lamanya tak update fesbuk ni. Dah bersawang gamaknya. Bukan taknak online, tapi phone rosak. Hari tu time jaga Humaira dalam ward, phone ini telah dipenuhi muntah. Maka phone juga perlu masuk klinik pula.

Hari ni Humaira sudah berada di rumah. Perlu dikuarantin seketika. Tak boleh makan sebarang, tak boleh bertemu ramai orang, apatah lagi dibuat sewenang-wenang. Tubuhnya yang fragile dan over sensitif perlu dijaga rapi lagi teliti. Ini bukan benda main-main. Silap sedikit, hospital sudahnya.

Bukan tak pernah dibawa berjalan, tapi kemudian terus ke unit kecemasan. Bukan tak pernah disuap makanan belian, tapi lepas tu muntah tak berkesudahan. Bukan tak cuba bagi makanan tambahan atas nasihat orang, tapi akhirnya cirit-birit sampai kelesuan panjang.

Ramai yang tertunggu-tunggu update Humaira. Bukan setakat kenalan, para doktor juga ternanti-nanti berita Humaira. Betapa mereka kagum dengan Humaira.

'Oh this child, I remember her,' 

'Wow, she is survived,'

'She is very precious, she got a 'mercedez' mark on her body,' (referring to the scar)

'Hana Humaira, I will remember you forever,' 

'How could I not know you, Hana Humaira,'

'Anak awak ni memang umur panjang,'   

'Kuasa Allah memang besar, saya sendiri hampir give up,'

Itu adalah antara respons yang diberi oleh para doktor pakar yang merawat Humaira.

Kisah Humaira masih panjang.Dan selama itu jugalah mama akan setia menulis. Untuk tatapan Humaira kemudian. Kerana  hadirnya membawa harapan. Kerana semangatnya menjadi inspirasi buat ramai orang.

Terima kasih tak terhingga buat semua yang mendoakan. Semoga anak syurga ini akan membesar menjadi insan hebat yang menyumbang kepada agama.

#hanahumaira
#anaksyurga

---
5 Okt 2017

No comments:

Post a Comment