ANAK MEMUKUL IBUNYA ?

Sedihnya rasa bila viral satu video seorang anak memukul ibunya.

Lebih sedih bila si bapa buat laporan polis untuk melindungi anaknya.

Tambah sedih kerana si ibu merelakan sahaja diperlakukan seperti hamba.

Terlajak sedih apabila akhirnya serahkan video pada guru untuk menasihati anak bertuah ini.

Mungkinkah dunia sudah sampai ke penghujungnya?

Aduhai anak,

Tahukah kau bahawa mengandungkanmu itu penat?
Sedarkah kau bahawa melahirkanmu itu berat?
Tahukah kau bahawa membesarkanmu itu payah?
Tahukah kau bahawa segalanya tentang kau itu amanah?

Ketahuilah. Walau apa sahaja cabaran yang ibu ayah lalui, sedikitku tidak menghilangkan kasih sayang padamu wahai anak.

Kerana hadirnya kau adalah anugerah.
Kerana wujudnya kau membawa rahmah.

Apakah kau mengira bahawa dirimu itu seorang anak?

Hingga sanggup
mengangkat suara terhadap ibu sendiri.
memukul ibu sendiri.
menyakiti syurga sendiri.

Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia”
(Al-Isra: 23)

"Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah," (Al-Ahqaf : 15)

Dan Rasulullah SAW juga pernah ditanya :

“Ya Rasulullah, siapakah orang yang lebih berhak saya santuni dengan baik?” Rasulullah SAW bersabda, “Ibumu.” Laki-laki itu bertanya lagi: “Kemudian siapa ?” Beliau menjawab, “Ibumu.” Laki-laki itu bertanya lagi, “Kemudian siapa?” Beliau menjawab, “Ibumu.” Laki-laki itu bertanya lagi, “Kemudian siapa ?”Jawab beliau, “Bapamu." (HR. Bukhari dan Muslim)

Aduhai anak,
Bertaubatlah pada Tuhanmu,
Kembalilah pada ibu ayahmu,
Selagi nyawa dikandung badan,
Mohonlah kemaafan,
Carilah keampunan,

Kerana sesungguhnya tanpa redha orang tua, hidupmu tiada ketenangan, yang ada hanya kesesatan.

No comments:

Post a Comment