SUAMI ISTERI SALING MEMAHAMI

Sesiapa sahaja, apabila sudah bersetuju untuk menjadi suami isteri, sudah pasti berjanji sehidup semati. Segala-gala berkongsi, dari sekecil-kecil hal hingga ke sebesar-besar hal.

Majoriti pasangan hari ini mempunyai kerjaya sendiri. Para suami mengizinkan isteri untuk keluar bekerja untuk sama-sama meringankan kos biaya urusan keluarga.

Paling tidak, para isteri yang stay at home mom, pasti membuat jualan atas talian, menjadi dropship ataupun stokis. Dengan hasil jualan itulah yang diniatkan untuk sama-sama membantu melancarkan ekonomi rumahtangga sendiri.

Namun pasti ramai yang pernah dengar ungkapan 'duit suami ialah duit isteri, duit isteri ialah duit isteri'.  Pabila sentuh bab ekonomi, masing-masing nak sendiri-sendiri. Masing-masing memperjuangkan aku-aku, dan kau-kau, dari situlah berlakunya rasa tak puas hati.

Memang betul mencari nafkah ialah tugas suami, namun lebih betul bila isteri dengan rela hati membantu suami. Disebalik kejayaan seorang suami, ada isteri yang menyokongnya. Seorang wanita yang asalnya dari tulang rusuk, menjadi tulang belakang para suami. 

Para isteri, sejak awal keluar bekerja diniatkan untuk membantu suami. Para suami pula memberi keizinan dengan hasrat dapat membantu menambah pendapatan.

Setinggi manapun gaji isteri, bila tidak digunakan untuk membantu suami, pasti tidak membantu menjana ekonomi rumahtangga. Ibaratnya, sama ada isteri bekerja atau tidak, sama sahaja nilainya di mata suami. Apabila semua digalas sendiri, dari situ rasa berkecil hati. Kerana saling tidak memahami.

Sama juga bagi isteri, kalau selama ini segala urusan di dapur, mengemas rumah, mandikan anak semua diuruskan sendiri. Pasti rasa lebih bahagia pabila pasangan datang turut membantu.

Bila melihat isteri sedang sibuk menguruskan si comel yang merengek mahu susu, suami dengan rela hati memasak di dapur. Bila isteri selesai menguruskan anak, makanan pun siap terhidang. Percayalah, pasti bahagia hati isteri, kerana memiliki suami yang memahami.
.
.
.

Dalam urusan rumahtangga, yang paling penting ialah komunikasi. Masing-masing duduk berbincang, ke mana hala tuju rumahtangga.

Jangan disimpan sendiri, nanti memakan diri.
Sama-sama keluar bekerja, sama-sama mènguruskan rumah, sama-sama membesarkan  anak-anak soleh solehah.

Apabila semua digalas bersama, rumahtangga lebih aman bahagia.Isteri lebih menghormati, suami lebih menyayangi. Kerana semua bermula dari satu tindakan; komunikasi yang berkesan.

No comments:

Post a Comment