THROWBACK PULA

Tadi sambil-sambil buat kerja, sempat saya throwback gambar-gambar lama. Especially gambar-gambar waktu study dulu. Memang menggamit memori habis. Terkenang semula pahit manis sewaktu belajar di negara orang.

Banyak benda saya belajar di sini. Terlalu banyak benda yang betul-betul memberi pelajaran dan pengajaran kepada saya.

Di sini bermulanya saat saya belajar mendapatkan wang. Bukan tak cukup duit biasiswa, tapi masa tu saya nampak banyak peluang untuk mendapatkan wang terbentang luas. Jadi saya pun grab lah. Takkan tunggu melepas pula.

Saya pernah mengambil upah sebagai cleaner, babysitter, dan  last sekali berakhir sebagai bibik di sebuah rumah keluarga Muslim di sana. Kedua-dua pasangan ini memegang title sebagai doktor perubatan, memiliki dua orang anak yang masih kecil.

Sewaktu mereka keluar bekerja, sayalah yang menjaga anak-anak mereka. Bukan tu sahaja, saya juga melakukan kerja rumah, sidai kain, lipat kain, sapu sampah, vacuuming, mop lantai dan apa sahaja berkaitan urusan rumah.

Masa tu memang busy sangat. Jadual saya sangat padat.  Bayangkanlah, saya susun semua jadual waktu belajar dari 5 hari jadi 3 hari. Baki lagi 4 hari saya keluar bekerja. Saya hanya benarkan diri sendiri tidur dan rehat tak lebih 5 jam sehari, Seawal 5 pagi dah keluar mencari rezeki, habis kerja, sebelah malamnya saya siapkan tugasan assignment, study sampai lewat malam.  Dah jadi macam full time working, part time studying.

Letih sudah tentu. Tapi saya tetap buat, sebab saya dapat bayang macam mana rasa gembiranya hati mak ayah pabila menerima wang belanja dari seorang anak. Kesemuanya duit gaji yang saya dapat, saya simpan baik-baik selepas peruntukkan sejumlah wang untuk dihantar pulang kepada mak ayah di kampung. Terasa sayang pula nak habiskan duit sesuka hati. Nak dapat bukan main payah.

Pada cuti semester, ramai kawan-kawan yang pilih untuk melancong. Saya pun ikut melancong sama. Tapi tempoh tak sama. Kalau orang melancong 2 minggu, saya hanya peruntukkan 1 minggu sahaja. Baki cuti yang ada saya gunakan untuk bekerja.

Selesai tamat pengajian di Sydney, saya pulang ke Malaysia. Masa tu saya belum kenal lagi bisnes online. Saya fokus habiskan belajar hingga berjaya menggenggam ijazah.

Dan hari ini, setelah saya mula mengenali dunia bisnes online, memang saya tepuk dahi, Kenapalah sebelum ni tak kenal bisnes ni? Online adalah lubuk segala bisnes. Kalau betul channel dan target, memang boleh buat duit kacing kacing.

Tiada istilah jualan harga terlalu mahal atau tak boleh jual, Yang ada cuma perlu ada ilmu, kehendak dan usaha, Kenali potensi diri. Kenali prospek. Bina trust. Percayalah, rezeki memang terbentang luas.

.
.

4 comments:

  1. mungkin dulu bisnes online tak begitu popular lagi

    ReplyDelete
  2. skrg mmg bisnes online betui2 boleh buat duit. Tambahan pula ada byk ruang dan peluang telah sedia ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul. untung zaman sekarang. dunia di hujung jari

      Delete