Bila seseorang diuji dugaan berat, bukan bermakna dia tak kuat

Baru sekejap tadi saya mendapat pm dari seorang sahabat lama. Kami bersekolah di sekolah yang sama dan terus terpisah sampai sekarang. Hanya sesekali kami berbalas komen di fb.

Terkejut saya apabila beliau pm dan minta nasihat. Mahu pinjam semangat.

Rupanya sudah sebulan anaknya terlantar di icu. Baru tujuh bulan usianya. Keadaan bayinya semakin lemah. Doktor pakar pun tak dapat beri jaminan.

Bila ditanya kenapa tidak maklumkan pada sahabat yang lain, boleh sama-sama mendoakan.

Tapi beliau katakan bahawa dirinya tak mampu. Tak mampu nak menampung pelbagai nasihat yang mungkin menjadi pemusnah semangat.

Saya tarik nafas dalam-dalam. Cuba memahami situasi sebaiknya.

Betullah.. Ramai yang rela pendam perasaan sendiri, sanggup bersusah sendiri semata-mata tak dapat menerima nasihat dari pelbagai pendapat.

Fenomena biasa berlaku apabila seseorang ditimpa musibah, 'Kau kena kuat', 'Allah uji sebab sayang,' ' Allah takkan uji kalau kau tak mampu,' Atau ayat paling win, 'Sabarlah...'

Lebih bisa kalau ada yang selamba berkata, 'Ala..orang lain pun ada anak jugak,' 'Kau terima je lah takdir kau tu,'

That's it. Cukuplah. Cukuplah kita menjadi pementing diri. Marilah kita jadi penguat sesama kita.

Bila seseorang diuji dugaan berat, bukan bermakna dia tak kuat. Dah memang Allah pilih dia sebab dia kuat. Sebab tu Allah tak pilih kita.

Kalau bukan para ibu sendiri yang lebih memahami jiwa ibu, siapa lagi kan?

Kalau bukan para bapa yang menjadi penyokong dan peneman ibu, siapa lagi boleh diharapkan?

Percayalah, bila seseorang ditimpa musibah, dia bukannya tak kuat. Tapi dia cuma penat. Bukan juga tak bersyukur. Mungkin juga kurang rehat dan tidur.

Elakkan dari suruh dia jadi kuat. Tapi sokonglah dia untuk kekal kuat.

Doakanlah mereka. Fahamilah sepenuh jiwa. Hulurkanlah bantuan. Hilangkanlah hasutan. Berilah semangat. Pinjamkanlah kudrat.

Mana tahu kan.. Mungkin dengan doa kita, dapat membantu menenangkan sebuah jiwa.

Come on people. We are better than this.

1 comment:

  1. Ya Allah..berat sggh dugaan kawan sis tu...tu la, selalu kite rasa dugaan kite da susah sgt....tp, ade org yg lg sush dan lg byk dugaan nye....kite kena sabar n kuat je menghadapi dugaan.

    ReplyDelete