Percaya Pada Anak

Hari pertama persekolahan. Fenomena biasa bila kita lihat anak-anak tadika dan tahun satu yang kelihatan takut-takut ke sekolah. Ada juga yang menangis dan berguling. Ada ramai juga yang teruja dan bahagia lari sini sana.
Dan ramai juga ibubapa yang meninjau-nijau kawasan. Memerhati dari kejauhan. Risau dan bimbang kalau anak tak boleh sesuaikan diri dengan suasana baharu.
Saya teringat pada suatu kenangan. Ibubapa teman anak murid Tahun 1. Sejak awal datang ke sekolah, hingga waktu pulang. Pasti ada ahli keluarganya yang menunggu.
Murid tersebut tempat duduknya di bahagian belakang kelas, berdekatan dengan pintu. Di balik daun pintu kayu itu, akan duduk salah seorang ahli keluarganya. Sama ada ibu, nenek, atau pembantu rumahnya. Mereka akan duduk di kerusi. Seperti cctv. Setia menemani si murid hingga kelas habis sesi.
Keadaan itu berterusan hingga habis sesi persekolahan selama 40 minggu. Selama itu juga, murid tersebut masih kelihatan takut-takut. Tak boleh urus diri sendiri. Murid tersebut bukan memerlukan special needs, cuma konfidennya kurang. Akan menangis tercari-cari. Jika tiada ahli keluarga menemani.
.
.
This is separation anxiety. Rasa takut dengan suasana baru. Itu biasa. Rasa tak percaya diri dengan perkara baru. Juga biasa. Rasa kekok dengan orang baru. Pun biasa.
Ini adalah proses. Untuk kita berlatih mengenal keupayaan diri. Siapa pun kita, being a first timer, for sure kita rasa awkward. Sebab apa? Sebab tak biasa.
Oleh sebab itu, kita sebagai ibubapa. Readykan anak anak. Sebelum sampai sekolah, jelaskan pada anak, bahawa dia akan berada di sekolah. Bersama kawan, bersama guru.
Maklumkan pada anak, bahawa ibubapa akan pulang. Nanti habis sekolah, akan datang lagi, tunggu di sekian-sekian tempat.
Percaya bahawa anak-anak bijak tak terperi. Yakin bahawa anak-anak boleh sesuaikan diri.
Beri mereka ruang untuk biasakan diri. Bagi mereka peluang untuk berdikari.
Jangan takut. Percayalah, kita sudah serahkan anak pada tangan yang betul. Kita sudahpun tinggalkan anak pada tempat yang betul.
Good things take times. Just enjoy the journey. Soon, they will learn. That parents will not be there everytime to help them. But parents already built a basic to prepare them.
We teach them how to fight. They themselves will fight. Let them show their strength.
Just believe, they surely will achieve.
.
*sekadar gambar hiasan


Antara Juadah Pilihan

Bila kita buat kerja, ofkos nak buat the best. Sebab kita nak hasil pun the best jugak.
Kerana itu jugalah bila consult mana mana customer, kita akan explain clearly apa yang kita tawarkan, dan apa yang dia akan dapat.
Waktu beli barang mentah pun akan pilih bahan terbaik dari ladang. Ayam yang baru disembelih, santan fresh yang baru diperah. Beras pun yang terpilih sahaja. Bukan main hemtam keromo apa yang ada.
Sebab nak pastikan semuanya berhasil dengan jaya. Puas hati, kena selera.
Semestinya hati takkan tenang selagi belum dapat feedback selepas selesai semuanya.
Bila dah dapat feedback positif, barulah rasa berbunga bunga. Boleh tidur lena.
.
.
Majlis Pertunangan
Seksyen 24, Shah Alam
Nasi minyak
Nasi putih
Ayam masak merah
Daging gulai kawah
Acar timun
Sambal
Buah tembikai
Buah oren
Air sirap ais

 

.
.
.
Majlis Kesyukuran
Taman Bentara,
Teluk Panglima Garang
Nasi putih
Ayam masak merah
Daging masak lemak pucuk ubi
Ulam timun
Sambal
Air sirap ais
Kuih ketayap
Kuih seri muka
.




Selamanya Kita Ialah Seorang Pelajar

Bila kita tak tahu, pergi baca buku.
Kerana di situ tersimpannya gudang ilmu. Yang menyambungkan jambatan pengetahuan. Menampakkan kita banyaknya pengajaran.
Bila kita tak tahu, rujuk pada guru.
Kerana padanya ada sebuah ilmu. Yang menjadi kepakaran bidangnya. Yang memisahkan kita daripada jahil. Yang menjauhkan kita daripada batil.
Bila kita tak tahu, mengaku saja bahawa kita tak tahu.
Usah mendabik dada konon tahu belaka. Bangga berterusan di dalam kebodohan. Dek keangkuhan tiada kesudahan.
Knowledge. It is a life-long learning.
Always get ready to learn, relearn, and unlearnt. Belajar. Buat pembetulan. Upgrade knowledge. Upgrade skills. Upgrade lifestyle. And still look down to the earth.



Pengalaman boleh beri pengajaran sangat besar dalam hidup.
Jangan takut buat silap. Live well your life. It is just a process. To unleash your talent. To polish your potentials. To master your skills. To learn about life.
Embrace your strength. Visualise your dreams. Plan your work.
Do you know any plans that never fail?
It is no plan at all.
.
.

Solat Kunci Ketenangan

Bila masuk tahun baru, bermacam azam kita dengar, banyak pesan yang kita dapat. Dan ada satu pesan yang buat saya selalu teringat. Yang saya terlepas pandang.
Menjadi orang yang tenang. Tak mudah nak marah. Boleh rileks dalam semua keadaan.

Sejak dari dulu saya tercari-cari formula tenang. Saya pernah berdoa pada Tuhan supaya ajar saya untuk jadi sabar, jadi tenang. Sebab saya tahu bukan mudah. Sabar yang kurang. Salah sikit mula nak menyinga.

Yang menyebabkan saya sentiasa mencari formula yang tepat. Ada yang ajar supaya tarik nafas. Hembus perlahan. Ada yang ajar berwuduk. Ada yang ingatkan supaya duduk.
Tapi still saya rasa ada benda yang kurang. Siapa yang mudah marah mesti faham bagaimana susahkan nak telan rasa marah. Mesti tahu sukarnya nak bertenang, nak maintain senyum dalam situasi kritikal. Trust me. It's pretty hard. The struggle is real.

Kali ni saya dapat satu petua yang tak pernah saya dapat sebelum ni. Amalan sebenar dalam diri kita.
Perbetulkan cara solat kita. Kalau sebelum ni kita solat macam peluru tabur, kali ni kita upgrade nilai solat kita. Sebutan biar jelas. Fahamkan maknanya.

Pendek kata, jadikan urusan solat adalah priority kita. Jangan rushing. Kita sedang berhadapan dengan Allah. Fokus. Buat betul-betul.
Nanti, bila kita adakan masa untuk Allah, Allah akan lapangkan masa kita. Kerja kita jadi mudah. Bila kita tiada tuntutan menekan, kita akan tenang. Dari situ, bahagia pun datang.
Saya mengenali seorang individu yang sangat tenang. Dalam apa jua keadaan sangat tenang. Tak pernah sekalipun beliau kalut atau panik.
Dan saya tahu satu perkara tentangnya, orang yang sangat menjaga solatnya. Saat beliau solat, setiap bacaannya jelas. Sebutir-sebutir.

Kalau kita berdiri disebelahnya waktu sedang solat, memang kita boleh ikut sepatah-sepatah bacaannya. Sebab beliau memang baca dengan sangat tertib.
Suasana diluar solat, walaupun beliau seorang yang tenang, hasil kerjanya sangat bagus. Orang yang punctual. Tak suka melengahkan kerja. Banyak mudahkan urusan orang. Disenangi ramai. Boleh kata setiap orang yang mengenalinya akan kata, dia manusia baik. Sangat baik.
.



.
Betullah kan. Kualiti solat kita akan menentukan siapa kita. Bila kita utamakan Allah dalam hidup, Allah pasti akan lapangkan urusan kita.
Ia adalah tentang solat. Perkara asas dalan hidup. Perbetulkan bacaannya. Sempurnakan rukun-rukunnya. Allah akan pandu kita.
Ihfazillah, yahfazka. Jagalah Allah, Allah akan jaga kita.
Semoga permulaan tahun 2020 akan menjadikan kita manusia yang menjaga solat, mengutamakan solat, dan memelihara solat.

Life Must Go On

Antara benda yang kita mesti selalu pegang adalah life goes on. Walau apa terjadi, teruslah melangkah. Kerana kita masih hidup. Kita perlu makan. Kita perlu berkawan. Kita mesti terus pandang depan.

Usah termenung merenung kesilapan kita tersadung. Anggaplah itu lah perjalanan. Harga yang kita perlu bayar. Harga pada sebuah pengalaman.

Sepanjang tahun, banyak benda yang kita lalui. Ada yang buat kita ketawa tak kering gusi. Pernah kita menangis berbaldi-baldi.

Saat kita menempa kejayaan, tetaplah ingat perjalanan bagaimana kita sampai ke tahap kita ada sekarang. Bila kita jatuh tersungkur, jangan kita lupa tangan yang menghulur menyambut kita untuk ditarik bangun semula.

Kisah silam. Kita jadikan pengajaran kehidupan. Yang mengajar kita untuk menjadi manusia. Kesalahan masa lalu kita, kita mengaku. Kita belajar. Kita betulkan.

Masa depan. Dah ada di pandangan. Lakarlah impian di atas kanvas capaian. Kejarlah impian buru kejayaan. Sehebat mana pun perancangan, tiada guna kalau kita sekadar biarkan. Semangat sahaja tidak cukup untuk merealisasikan kejayaan.

Yang lebih penting adalah tindakan. Work your plans. Do it well. Buat skala kerja. Target bila nak capai.

Tak perlu buktikan pada sesiapa. Fokus. Sebab yang menjayakan adalah kita. Jangan prihatin pada mulut manusia. Anggaplah ia sekadar pembakar semangat kita.

Realistik pada kpi sendiri. Tahu kekuatan diri. Bekerjalah sekuat hati. Kalau jatuh, bangun lagi. Bila rebah, bangkit lagi.

Sebab kita ada banyak kerja. Kita dah tiada masa.  Nanti, bila kita dah berjaya. Kita pasti rasa tak percaya. Bahawa kita dah pun melaluinya. Dengan penuh bangga.

.