RESEPI ROTI JALA

Dah lama teringin nak tebar jala. Asyik sibuk uruskan benda lain sampai terlupa. Jadi kali ni saya nekad untuk curi juga masa untuk menjala.

Roti jala adalah satu hidangan yang mudah dan ringkas. Kalau di majlis kenduri, ramai orang akan pilih roti jala sebagai hidangan sampingan.

Tapi nak buatnya perlukan skill untuk menjala. Silap gaya, boleh hancur dan putus jala dibuatnya. Adunan yang bagus adalah adunan yang likat dan tidak putus.

Dalam banyak resepi yang dicuba, ini yang menjadi pujaan hati saya. Nampak cantik je bila nak menjala. Dan yang paling best, rotinya kekal lembut untuk tempoh yang lama.

RESEPI ROTI JALA

3 cawan tepung gandum
3 cawan susu
3 sudu minyak masak
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil pewarna kuning
1 biji telur

Cara detail memasak saya titipkan pada setiap gambar.

Selamat mencuba 😊




1. Campurkan kesemua bahan, tepung gandum, air susu, telur, pewarna kuning, minyak masak, dan garam. Blend halus.

2. Masukkan bancuhan ke dalam botol tiub yang sesuai.


3. Tebar jala ke dalam non stick pan. Terus angkat jala tanpa perlu balikkan.

4. Angkat jala dan letakkan ke atas permukaan rata seperti dulang. Lipat dan gulung.


                        

        5. Roti jala dah siap. Boleh        dihidangkan bersama semangkuk kari ayam.

Selamat menjamu selera.

.
.

Homestay Macam Balik Rumah Mak.


Dikesempatan cuti ini kami dah pun plan nak ke Pantai Morib. Alang-alang cuti panjang, maka kami decide untuk booking homestay di kawasan berhampiran.

Bila mood cuti on, kami prefer suasana damai lagi tenang seperti di desa yang permai. Dan Mariamhomestay ini sangat menepati citarasa kami yang penuh kekampungan ini.

Sebuah rumah yang terletak di kawasan kampung. Hanya 5 minit je dari Pantai Morib.
Kawasan parkir kereta boleh memuatkan 5 buah kereta sekaligus. Sangat sesuai untuk menempatkan ahli keluarga yang ramai.

Masa mula-mula sampai, rasa macam 'kenapa la aku pilih homestay ni? '.. Tapi bila dah menginap dan buat macam macam aktiviti, terus rasa seronok.

Rasa berbaloi sangat dengan bayaran RM400 untuk 1 malam berserta segala kelengkapan yang ada.
Ada beberapa sebab kenapa saya boleh bagi berbintang-bintang untuk homestay ni.

Yang paling saya suka, homestay ni tak seperti homestay yang lain. Sebab homestay ni buat kita rasa macam balik kampung. Macam balik rumah mak.

Bagi yang sukakan ketenangan di kampung, dan nak rasa real life duduk rumah orang tapi rasa macam duduk rumah sendiri, boleh hubungi person in charge untuk booking, Pn Hayati 010 340 8023 .
Kawan-kawan boleh rujuk pada setiap gambar untuk detail.


Sebuah rumah yang dilengkapi 4 buah bilik, 3 bilik air.

Ruang parkir yang luas, boleh letak 5 buah kereta di sini.



Ruang keluarga. Boleh duduk bersantai di sini. 
Ruang yang luas dan mempunyai pengudaraan yang bagus.



Iron board dan iron disediakan.
 Sangat sesuai untuk puan puan yang sukakan kekemasan pada pemakaian.



Meja makan yang dilengkapi 8buah kerusi.
 Boleh buat agenda makan-makan di sini.


Antara bilik tidur yang ada.
Setiap bilik tidur dilengkapi dengan sebuah katil, almari baju, meja solek dan semestinya berserta 2 helai tuala mandi tiap bilik.

3 bilik berhawa dingin dan 1 bilik dilengkapi kipas.



Ini pula dapur di luar rumah. Saya suka memasak di sini. Ruang yang luas. Sambil memasak sambil menghirup udara segar.



Ini meja makan yang disediakan di dapur luar.


Ini bahagian dalam peti ais. Nampak kan segala macam benda tersedia di dalam peti ais ni? Semuanya boleh digunakan.
Barang basic memasak memang tersedia. Ada minyak masak, garam, gula, tepung.
Seperti di rumah sendiri, bila barang dah habis, boleh pergi beli.
Kedai dekat je. Dalam 5 minit dari rumah.


Di satu ruang luar rumah, ada port bbq. Boleh buat aktiviti memanggang bersama ahli keluarga.

Ini kerusi meja yang disediakan untuk buat jamuan. Sila gunakan dengan berhemah.




Ini pun antara part best. Ada basikal. Sangat sesuai untuk keluarga yang ada anak kecil. Pasti anak tak rasa kebosanan. Ada juga permainan untuk anak anak.


Di bahagian belakang rumah, tersedia sebuah mesin basuh. Bonus sabun basuh baju. Boleh digunakan bagi anda yang punyai baju limited. Lepas basuh baju boleh sidai terus di ampaian yang disediakan.


Ini ruang santai di luar rumah. Boleh duduk bersembang sesama ahli keluarga bincang masalah negara.


               Antara aktiviti yang boleh dibuat di sini adalah sambut majlis hari jadi sambil ber bbq.


Boleh juga buat aktiviti coaching bisnes. Banyak juga input yang kita boleh dapat.


5km dari rumah. Terletaknya Pantai Morib. Boleh tengok sunrise dan sunset di sini. Ada banyak juga gerai yang menjual barang souvenirs dan gerai makanan. Cuma perlu sediakan duit cash yang cukup untuk shopping je.



Akhir sekali, boleh juga mengambil gambar kenang-kenangan bersama tuan rumah sebelum berangkat pulang ke destinasi masing-masing.

Terima kasih tak terhingga buat tuan rumah yang baik hati. Kami terhutang budi dengan layanan yang diberi.

Buat kawan-kawan yang sukakan kelainan, rindukan kampung halaman, dan yang sukakan privasi seperti di rumah sendiri, bolehlah berkunjung ke sini. 

Mariamhomestay,
Kg.Endah,
Kanchong Darat,
Morib.

Pn.Hayati 010- 340 8023

Katering Punya Pasal

Dulu, bila ada waktu terluang, saya suka juga masak-masak jamu orang makan. Seronok sangat. Lebih-lebih lagi bila tengok orang makan sampai licin pinggan. Rasa puas sangat.

Tapi sejak dua menjak ni, bila komitmen makin bertambah, kerja makin banyak, masa pula terhad, terasa lebih mencabar.

Dan semestinya letih sendiri. Mana nak layan tetamu. Mana nak tengok hidangan cukup ke tak. Mana nak berkejar ke dapur lagi. Tu belum masuk aktiviti mengemas sesudah event lagi.

Belum sempat nak luruskan pinggang, dah habis cuti. Tak sempat nak rehat. Kena masuk kerja semula. Ulang balik rutin biasa.

Jadi bila fikir-fikir balik, tujuan asal tak kesampaian. Hajat hati buat makan untuk eratkan silaturrahim, tapi kita pula terkejar-kejar untuk siapkan semua.


Nak minta tolong sanak saudara bantu pun, mesti mereka ada tugas sendiri. Tak boleh lepas tangan juga. Jadinya, tetamu layan diri sendiri je. Tuan rumah tengah sinsing lengan di dapur.

Oleh sebab itulah saya terfikir untuk cari jalan lebih mudah. Jimat tenaga. Jimat masa. Dan yang paling penting objektif tercapai. Eratkan silaturahim tanpa perlu berpenat lelah.

Saya mula menceburkan diri dalam dunia katering. Saya nak bantu ramai orang di luar sana yang sama macam saya.

Bila hal makan minum beres, kebersihan terjaga, dan yang paling penting tuan rumah boleh duduk goyang kaki sambil layan tetamu.

Mesti lebih best. Inilah yang saya cuba terapkan dalam servis katering. Makanan sedap. Kerja cekap dan terlatih. Dan semestinya suci dan bersih.

Jadi buat anda yang sedang tercari-cari servis katering, kami jamin, pencarian anda akan terhenti di sini. Team NENEKATERING sedia membantu.

Roger mana-mana krew kami untuk tempahan. Kam doakan supaya majlis anda berjalan lancar aman damai.

010 557 3654 / 011 6565 3654
.

Anak Itu Rezeki

Tak tergamak rasanya hati bila terpampang berita anak kecil umur 6 tahun yang mati didera oleh ibu sendiri.

Rasa terkilan bila terbaca kisah seorang ibu yang sanggup mencampurkan kesemua bahan makanan mentah seperti beras, sayur, ayam, daging sekaligus dan dibungkus dalam plastik untuk difrozenkan. Sebelum dimasak semata-mata untuk jimatkan masa bagi siapkan bubur anak.

Di manakah ihsan kita sebagai manusia? Apakah kita hanya mementingkan hati sendiri hingga tergamak mengorbankan anak sendiri?

Anak itu rezeki yang dikurniakan Allah. Datang bersamanya amanah dan tanggungjawab yang besar.

Memang betul, tiada istilah ibubapa derhaka kepada anak. Tapi ibubapa berdosa kepada Tuhan. Kerana mengabaikan amanah dan tanggungjawab yang diberi.

Tiada lagi orang dalam dunia yang mengatakan bahawa sangat mudah nak membesarkan anak.

Kesemuanya menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran untuk membesarkan. Tidak terkecuali. Kesemuanya terletak kepada kita.

Sebagai ibubapa, kita yang harus pandai mengawal emosi, yang wajib usaha untuk menyempurnakan segala tanggungjawab yang dipikul.

Rasa turut berbangga apabila menonton sebuah video kisah realiti pasangan ibubapa yang membesarkan 10 orang anak. Semuanya diuruskan sendiri, tiada pembantu. Ibu dan bapa masing-masing memainkan peranan.

Sejuk mata memandang apabila melihat kesemua anaknya well behaved. Suasana di rumahnya yang kemas dan rapi. Si ibu pula sentiasa memasak makanan sendiri untuk kesemuanya anak-anaknya.

Pastinya banyak cabaran yang dilalui untuk memastikan semuanya berjalan lancar seperti yang diinginkan.
Bukanlah semudah petik jari untuk pastikan anak-anak patuh pada arahan.

Tidak senang juga untuk memastikan susun atur rumah sentiasa rapi dan bersih dengan jumlah ahli yang ramai. Pasti juga tidak betah untuk terusan buat kerja menguruskan rumah tangga tanpa sokongan dan bantuan dari pasangan sendiri.

Kesemuanya memerlukan latihan dan persefahaman sesama ahli. Masing-masing saling bekerjasama memastikan setiap tanggungjawab digalas bersama.

Dan semestinya perkara ini tidak mustahil. Allah kurniakan rezeki buat yang mampu. Dan menjadi tugas kita untuk memastikan kita benar-benar mampu.

Supaya nanti kita tidak dipersoalkan. Agar nanti tiada bibit penyesalan. Akibat kecuaian mengabaikan amanah yang dikurniakan.

.

Semua Salah Isteri

Pagi hari lagi emosi dah tak setuju dengan suasana di satu page besar.
Tentang semuanya menjadi salah isteri bila tak dapat anak, dapat anak sorang je, beranak ramai, beranak lewat, beranak czer, beranak normal, dan apa sahajalah berkaitan dengan mengandung dan kelahiran, semuanya diletakkan salah atas ibu.
Jangan begitu wahai sahabat. Yang pertama, anak ini rezeki yang menjadi amanah ibubapanya, bukan orang yang mengatanya.
Yang kedua pula, kita tak tahu apa cerita sebenar yang berlaku dalam rumahtangga mereka.
Mungkin sahaja mereka terpaksa.
Usah begitu mudah membuat persepsi. Jangan kerana mulut kita, yang mudah memberi tanggapan macam macam sehingga mereka rasa tak tenteram.
Saya teringat satu cerita. Sebuah pengakuan oleh seorang ibu beranak rapat, dan ramai.
Kisah ini sudah berlaku berpuluh tahun dulu. Beliau seorang isteri, yang terlalu sabar dengan hidupnya.
Seorang suri rumah tangga yang tak bekerja, mengasuh anak di rumah sepanjang masa.
Kehidupannya yang susah, ditambah pula dengan perangai suami yang tak pernah ambil peduli.
Segala hal menjaga anak, memasak, mengemas, dan apa sahaja semuanya isteri bereskan. Yang suami tahu, balik kerja semua benda mesti setel.
Anak bising tak boleh, makanan siap lambat tak boleh, rumah sepah tak boleh.
Kehidupan susah. Kewangan sempit. Lebih terhimpit bila keluarga isteri asyik menyuruh si isteri sabar dan sekadar sabar.
Orang sekeliling sekadar memandang jelik kerana beranak ramai, hidup miskin, takde perancangan dan bermacam lagi tohmahan.
Yang akhirnya beliau tiada tempat mengadu nasib. Semuanya perlu diselesaikan sendiri.
Kesempitan yang memaksa si ibu mencuri demi membeli susu dan beras untuk anak.
Suami pula jenis memaksa isteri menurut apa sahaja kehendaknya.
Tekanan ini telah menyebabkan si ibu nekad meminum cuka nenas di awal kandungan pada kandungan anak kelima, anak keenam, anak ketujuh dan anak kelapan.
Beliau tergamak untuk cuba gugurkan kandungan kerana beliau tak mahu anaknya merasa susah sama sepertinya.
Kuasa Allah, kesemuanya anaknya selamat dan sudahpun menjadi orang berjaya.
Hari ini, kehidupannya bertambah baik. Anak-anaknya yang dulunya cuba disingkirkan dalam hidup. Rupanya Allah selamatkan untuk menjaga ibunya.
Untuk melindungi ibunya. Untuk keluarkan ibu dari kesusahan.
*
*
Kadang kadang, kita tak faham, kenapa ada orang tergamak melakukan perbuatan tak masuk akal.
Dan memang kita tak faham, sebab kita tidak berada dalam kasutnya.
Kadang kadang, kita anggap dunia ni tak adil. Kita rasa kita saja yang susah.
Tapi sebenarnya Allah sedang bantu kita. Untuk keluarkan kita dari susah.
Begitulah. Hidup ini bukan mudah nak ditafsirkan. Buat para isteri di luar sana, berjuanglah. Didiklah diri dengan ilmu. Jangan sampai diri dibiar jahil sampai tak tahu yang mana hak dan mana batil.
Rumahtangga bahagia apabila masing masing memahami dan melengkapi. Bukan susah sendiri sendiri. Makan hati setiap hari. Jangan sampai dizalimi dan menzalimi.
Bukalah mata. Semoga Allah lindungi kita semua dari kejahilan nyata.