Anak Itu Rezeki

Tak tergamak rasanya hati bila terpampang berita anak kecil umur 6 tahun yang mati didera oleh ibu sendiri.

Rasa terkilan bila terbaca kisah seorang ibu yang sanggup mencampurkan kesemua bahan makanan mentah seperti beras, sayur, ayam, daging sekaligus dan dibungkus dalam plastik untuk difrozenkan. Sebelum dimasak semata-mata untuk jimatkan masa bagi siapkan bubur anak.

Di manakah ihsan kita sebagai manusia? Apakah kita hanya mementingkan hati sendiri hingga tergamak mengorbankan anak sendiri?

Anak itu rezeki yang dikurniakan Allah. Datang bersamanya amanah dan tanggungjawab yang besar.

Memang betul, tiada istilah ibubapa derhaka kepada anak. Tapi ibubapa berdosa kepada Tuhan. Kerana mengabaikan amanah dan tanggungjawab yang diberi.

Tiada lagi orang dalam dunia yang mengatakan bahawa sangat mudah nak membesarkan anak.

Kesemuanya menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran untuk membesarkan. Tidak terkecuali. Kesemuanya terletak kepada kita.

Sebagai ibubapa, kita yang harus pandai mengawal emosi, yang wajib usaha untuk menyempurnakan segala tanggungjawab yang dipikul.

Rasa turut berbangga apabila menonton sebuah video kisah realiti pasangan ibubapa yang membesarkan 10 orang anak. Semuanya diuruskan sendiri, tiada pembantu. Ibu dan bapa masing-masing memainkan peranan.

Sejuk mata memandang apabila melihat kesemua anaknya well behaved. Suasana di rumahnya yang kemas dan rapi. Si ibu pula sentiasa memasak makanan sendiri untuk kesemuanya anak-anaknya.

Pastinya banyak cabaran yang dilalui untuk memastikan semuanya berjalan lancar seperti yang diinginkan.
Bukanlah semudah petik jari untuk pastikan anak-anak patuh pada arahan.

Tidak senang juga untuk memastikan susun atur rumah sentiasa rapi dan bersih dengan jumlah ahli yang ramai. Pasti juga tidak betah untuk terusan buat kerja menguruskan rumah tangga tanpa sokongan dan bantuan dari pasangan sendiri.

Kesemuanya memerlukan latihan dan persefahaman sesama ahli. Masing-masing saling bekerjasama memastikan setiap tanggungjawab digalas bersama.

Dan semestinya perkara ini tidak mustahil. Allah kurniakan rezeki buat yang mampu. Dan menjadi tugas kita untuk memastikan kita benar-benar mampu.

Supaya nanti kita tidak dipersoalkan. Agar nanti tiada bibit penyesalan. Akibat kecuaian mengabaikan amanah yang dikurniakan.

.

No comments:

Post a Comment