KOMUNIKASI SUAMI ISTERI

Sejak pagi menghabiskan masa di dapur, menyiapkan makanan, menyidai pakaian, menguruskan anak, mengemas rumah, baru berpaling sesaat, sudah jadi kapal karam semula.

Begitulah rutin para isteri setiap hari. Lelah dan penat menguruskan rumah tangga sehari-hari. Para isteri yang menguruskan rumah dan anak-anak tanpa bantuan suami akan berasa tertekan, terasa seolah-olah tidak dihargai, menjadi bibik di rumah sendiri.

Sesekali pasti mengharapkan bantuan suami. Paling tidak, asal boleh meluahkan apa yang terbuku di hati pun sudah memadai. Bukan merungut serba serbi, tapi lebih kepada berkongsi rasa hati.

Betapa bersyukurnya bila terlihat kelibat suami pulang ke rumah, dengan harapan dapatlah berehat seminit dua.

Para suami yang seharian bekerja di luar, bertarung nyawa mencukupkan keperluan keluarga, terasa mahu pulang ke rumah dengan keadaan tenang. Minda dan tubuh yang mahu direhatkan.

Pulangnya ke rumah dengan rumah bersepah, anak berteriak menangis, bisa saja menambah penat di jiwa.

Namun pada hakikat, dua-dua sedang penat. Masing-masing perlu rehat.
.
.
Banyaknya antara suami dan isteri yang tidak berkomunikasi dengan baik. Ramai yang hanya menggunakan bahasa badan dengan harapan pasangan akan faham sendiri.

Isteri yang baik, segera faham penatnya suami. Hingga tak dapat membantu menguruskan perihal rumah.

Suami yang baik, pastinya peka lelahnya isteri, bersilat menguruskan kebajikan anak-anak dan diri.

Sepotong ucapan terima kasih sudah cukup membuatkan isteri rasa dihargai.

Sesaat diam tidak membebel sudah memadai untuk berasa tenangnya suami.

Rumahtangga yang punyai rahmah dan mawaddah lahir dari sikap toleransi dan saling menghargai.

Setiap pasangan acknowledged setiap sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh pasangan.

Rasulullah sendiri mendoakan Khadijah agar direhatkan dari penatnya dunia.

'Semoga Allah memberimu syurga yang tiada lagi kepenatan'

Rasulullah sendiri memujuk anaknya, Fatimah apabila mengadu kerana penatnya menguruskan rumah tangga.

'Mahukah ku beritahu sesuatu yang lebih baik dari yang kamu minta? Bila hendak naik pembaringan, maka bertakbirlah 33 kali, bertasbihlah 33 kali, dan bertahmidlah 33 kali. semuanya itu lebih baik daripada seorang pembantu.'

Bahkan Saidina Umar juga hanya berdiam diri ketika isterinya mengomel.

'Ada empat alasan yang membuat aku sabar dan lembut menghadapi istriku, pertama, dialah yang memasak makananku, kedua, dialah yang membuat, mengadun dan memasak  rotiku, ketiga, dialah yang mencucikan pakaianku, alasan keempat, dialah yang menyusui anak anakku.’

Subhanallah.

Betapa hebatnya kesan apabila saling menghargai. Tak perlu berlumba siapa yang paling berjasa. Tak perlu berbalah siapa yang menyumbang tenaga.

Hargai dan syukuri. Sudah cukup membuatkan pasangan tersenyum sepanjang hari.
.
.

2 comments:

  1. kan.. tapi nak saling menghargai tu susah.
    yg slallu bisik adalah syaitan duk cakap benda buruk.
    aduiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu perlu komunikasi sentiasa. saling percaya dan saling support each other 😊

      Delete