Katering Nasi Ayam

Menu kegemaran murid sekolah bila ada program haruslah Nasi Ayam.

Ada lauk ayam, ada kuah sup, ada kuah kicap, juga ada sambal masam manis. Bila bergabung semua rasa harus sedap memikat.

Salah satu kelebihan bila order makanab bungkus, menu nasi ayam adalah pilihan bijak. Makanan tahan lebih lama dan tak mudah rosak.

Kita gandingkan lagi dengan kuih muih melayu yang tentunya tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas, tak empuk dek rebus. Ha gitu.

Kali ni kita hidangkan bersama kuih cucur badak. Kuih yang digoreng garing, inti yang penuh.

Pernah makan kuih apam beras tersedap sekali makan terus teringat? Haa inilah dia.

Warna pink putih, bentuk bunga. Ditengahnya pula ada inti kacang. Macam inti pau pun ada. Serius sedap.

Tak percaya? Jemput rasa.




.
.
Untuk tempahan, boleh hubungi
www.wasap.my/601165653654
www.wasap.my/60105573654

..
.

Redha Allah Terletak Pada Redha Ibubapa

Ada suatu ketika seorang sahabat Nabi datang menemui Baginda s.a.w, beliau ialah Ibnu Umar.

Ibnu Umar bertanya kepada Rasulullah,
'Wahai Rasulullah, bagaimana caranya untuk aku tahu bahawa Allah sedang tersenyum kepadaku?'

Lalu Baginda Rasulullah menjawab,
'Di saat ibumu tersenyum kepadamu, ketahuilah bahawa di saat itu juga Allah sedang tersenyum kepadamu,'

.
.
Kita, yang masih berorang tua, ibu ayah masih bernyawa, rebutlah peluang berbakti kepada mereka.

Ada wang ringgit, hulurkan duit belanja. Waktu ada kesempatan, baliklah jenguk ibu bapa kita.

Bila ada di rumah, ringankan tulang bantu apa yang patut. Nampak pinggan penuh di sinki, tolong cucikan. Nampak baju penuh bakul, tolong basuh, tolong lipatkan.

Ambil penyapu, sapu keliling rumah. Ambil vacuum, sedut segala debu berterbangan. Bila sampai waktu makan,  tolong masakkan. Tak pandai masak, tolong potong bawang, potong sayur. Paling tidakpun, belikan makanan.

Pendek kata, buatlah apa sahaja yang kita mampu. Bukan bila kita balik rumah orang tua, duduk berkurung dalam bilik lama-lama. Waktu lapar nak makan, baru pandai masuk dapur cari makanan.

Semua benda ibuayah yang siapkan. Sesekali, hulurkanlah tangan. Kita orang muda. Jangan susahkan orang tua kita. Kalau kita sendiri penat, boleh bayangkan sendiri penat mereka macam mana. Tergamakkah kita? Dimana hati kita?

Bila rasa nak berehat, asbab dah kerja berlelah-penat, pergilah bercuti. Jauh dari semua kerja. Rehat puas-puas.

Waktu kita bertemu orang tua, raikan hatinya. Tak semestinya wang ringgit, masa dan tenaga kita juga bermakna.

Waktu berjauhan, boleh bertanya khabar berita. Doakan kebahagiaannya.



Ada banyak cara sebenarnya. Buatlah semampu kita. Jadilah anak yang bermanfaat pada orang tua.

InshaAllah, bila kita buat ibubapa tersenyum asbab kelakuan kita, pasti Allah jua sedang tersenyum melihat kita.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.”  (Hadis riwayat al-Tirmidzi )

.





Cara-cara Buat Lempeng Sedap

Saya terbaca satu luahan seorang ibu yang sedang dalam kesempitan. Makan bercatu. Sampai tahap kena suap maggi pada anak berusia belum 2 tahun.
Masa tu saya terfikir kenapa mesti maggi? Kan ada yang lebih jimat dan selamat.
Tambahan pula kalau ingin yang sihat, kenyang lebih lama. Marilah buat lempeng.
Ramuannya teramatlah senang. Hanya perlu kerajinan.
Lempeng ni ada banyak jenis. Yang paling simple ialah lempeng tepung.

Lempeng tepung gandum simple.

1.Sukatan tepung sama banyak dengan air. Kalau guna 2 cawan tepung: 2 cawan air.
Nak lempeng tebal, lebihkan tepung. Nak nipis, lebihkan air.
2.Tambah sebiji telur, pukul bersama adunan guna garpu. Adunan jadi gebu gitu.
3. Ambil kuali melengkung, yang biasa buat goreng ikan tu. Tekap tisu yang dah dicelup minyak masak. Ratakan.
4. Panaskan kuali. Ceduk adunan lempeng tadi guna senduk.
Tuang di tengah kuali.
5. Ratakan adunan guna senduk tadi. Tak perlu angkat atau lenggang kuali.
6. Agak-agak adunan dah kering, terus angkat lempeng. Letak atas pinggan.
7. Gulung atau lipat cantik cantik .

Boleh sambung dengan lempeng berikutnya ke dalam kuali. Tak perlu tekap minyak. Yang dah letak tadi sudah memadai sekali.
Siap. Ready untuk dihidang. Boleh dimakan bersama kari. Saya prefer cicah gula dan susu pekat manis.
Sedap tak terkata. Yang penting, jimat nyata sihat.
.
Jemput lihat hasilnya.. nyummm!

Susah Senang Sama-sama

Waktu mula seorang wanita dikahwini, berjumpa keluarga bertemu wali. Berjanji akan menjaga dan menyayangi sepenuh hati.

Rela bersusah senang hidup mati bersama. Tak kisah bagaimana, asal boleh sama-sama.
Kasihnya pada suami, isteri sanggup sama sama keluar bekerja. Tampung mana yang bocor sini sana. Sanggup ikat perut demi duit belanja.

Kalau dulu hanya ulang alik dengan motorsikal, sekarang dah berkereta. Kalau awal dulu duduk rumah sewa, kini boleh merasa rumah sendiri. Pernah dulu sekadar guna kipas pusing di siling, sekarang dah boleh merasa aircond berhawa dingin.

Relanya seorang isteri bersusah payah bersama suami. Demi keluarga sendiri.

Waktu susah, isteri seorang diri bersama suami. 
Mengapa bila dah senang sedikit, lain pula yang dicari?
Tak ingatkah pada siapa yang rela bersusah payah dahulu? 
Sudah lupakah gelang dan rantai siapa yang pernah tergadai di arrahnu?
Masa susah kena hadap sorang-sorang, mengapa bila senang kena berkongsi dengan orang?

Kita. Mudah sangat terlupa. Berjayanya kita hari ini atas bantuan siapa. Mungkin kita tak perasan. Yang berpenat inilah yang sentiasa ada bersama kita.
Yang sentiasa mendoakan kejayaan. Yang mesti ada bila kita di ambang kejatuhan.
Doakanlah pasangan. Bahagiakanlah hatinya. Belilah jiwanya. Dengan sebuah kesetiaan.

Kerana kita takkan pernah boleh bayar. Harga sebuah pengorbanan.
.
.
sekadar gambar hiasan

Nasi Lemak Atau Kuih Tradisional?

Menu sarapan pagi kegemaran rakyat Malaysia tentunya nasi lemak.
Makanan tradisi sejak dulu lagi. Alangkah indahnya bila dapat makan nasi lemak.



Sedapnya nasi lemak bergantung pada sambalnya. Sebab tu kena pastikan cukup rasa masam manis masin tawarnya.
Sambal tu kan, jangan terlalu pedas, biar sedang elok. Orang makan pun tak sakit perut.
Gunalah cili kering yang saiznya besar dan gemuk. Yang tu tak pedas.
Cili kering yang kerinting lagi kurus, pedas amat. Cili kering yang kecil dan licin, sangat sesuai untuk yang suka cabar pedas.
Tapi kalau masak untuk orang ramai, elok buat yang tak pedas. Biar sesuai untuk umum.
Untuk nasi lemak cantik berderai, gunakan santan pekat, sesuaikan rasa garamnya, dan tambah sedikit marjerin di dalamnya. Hasilnya nanti nasi putih suci murni lemak berkrim lagi berderai elok.
Satukan nasi lemak bersama sambal bilis yang enak. Pilihan dengan telur dadar atau telur rebus. Dimakan sekali timun, kacang goreng dan ikan bilis goreng. Boleh rasa krap krup waktu mengunyah.
Nikmat.
Selepas nasi, mari cuci mulut dengan kuih tradisi. Kuih karipap yang berinti kentang yang berempah. Gabungan juga kuih manis ketayap.


 

Perfect.
Hirupan teh tarik panas yang padu lagi kaw. Inilah kebahagiaan sebuah sarapan.
Goodyear Malaysia,
Seksyen 15 Shah Alam
Nasi lemak bungkus
Kuih karipap
Kuih ketayap
Teh tarik
.
.
Ada penggemar nasi lemak? Angkat tangan ðŸ™‹