Redha Allah Terletak Pada Redha Ibubapa

Ada suatu ketika seorang sahabat Nabi datang menemui Baginda s.a.w, beliau ialah Ibnu Umar.

Ibnu Umar bertanya kepada Rasulullah,
'Wahai Rasulullah, bagaimana caranya untuk aku tahu bahawa Allah sedang tersenyum kepadaku?'

Lalu Baginda Rasulullah menjawab,
'Di saat ibumu tersenyum kepadamu, ketahuilah bahawa di saat itu juga Allah sedang tersenyum kepadamu,'

.
.
Kita, yang masih berorang tua, ibu ayah masih bernyawa, rebutlah peluang berbakti kepada mereka.

Ada wang ringgit, hulurkan duit belanja. Waktu ada kesempatan, baliklah jenguk ibu bapa kita.

Bila ada di rumah, ringankan tulang bantu apa yang patut. Nampak pinggan penuh di sinki, tolong cucikan. Nampak baju penuh bakul, tolong basuh, tolong lipatkan.

Ambil penyapu, sapu keliling rumah. Ambil vacuum, sedut segala debu berterbangan. Bila sampai waktu makan,  tolong masakkan. Tak pandai masak, tolong potong bawang, potong sayur. Paling tidakpun, belikan makanan.

Pendek kata, buatlah apa sahaja yang kita mampu. Bukan bila kita balik rumah orang tua, duduk berkurung dalam bilik lama-lama. Waktu lapar nak makan, baru pandai masuk dapur cari makanan.

Semua benda ibuayah yang siapkan. Sesekali, hulurkanlah tangan. Kita orang muda. Jangan susahkan orang tua kita. Kalau kita sendiri penat, boleh bayangkan sendiri penat mereka macam mana. Tergamakkah kita? Dimana hati kita?

Bila rasa nak berehat, asbab dah kerja berlelah-penat, pergilah bercuti. Jauh dari semua kerja. Rehat puas-puas.

Waktu kita bertemu orang tua, raikan hatinya. Tak semestinya wang ringgit, masa dan tenaga kita juga bermakna.

Waktu berjauhan, boleh bertanya khabar berita. Doakan kebahagiaannya.



Ada banyak cara sebenarnya. Buatlah semampu kita. Jadilah anak yang bermanfaat pada orang tua.

InshaAllah, bila kita buat ibubapa tersenyum asbab kelakuan kita, pasti Allah jua sedang tersenyum melihat kita.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.”  (Hadis riwayat al-Tirmidzi )

.





No comments:

Post a Comment