Ok baliklah. Rehat dekat rumah pula

Hana Humaira sudah boleh balik rumah.

Alhamdulillah.. akhirnya sewaktu doktor round, doktor tanya, 'Nak balik rumah tak?'. 'Mestilah nak, ' cepat je jawabnya. 'Ok baliklah. Rehat dekat rumah pula,'. Yessss... jom kemas barang sebelum doktor ubah fikiran.

Boleh pulang ke rumah bukan bermakna Humaira sudah sembuh lompat-lompat. Bukan sudah sihat berlari. Tapi pulang ke rumah sebagai terapi. Terapi untuk mengurangkan stres. Ubah suasana. Moga-moga tiada lagi mengigau di tengah malam. Tiada lagi ketakutan pada cucuk jarum.

Humaira kelihatan gembira bila sampai ke rumah. Makan pun lebih berselera. Cuma kadang-kadang muntah juga. Humaira masih takut-takut nak berjalan. Lebih suka berdukung. Kalau ada benda yang tak kena, Humaira akan menjerit mengamuk. Menangis selagi apa yang nak tak dapat.

Mama papa pun habis struggle untuk cepat faham dan tangkap apa yang Humaira nak. Tunjuk itu. Tunjuk ini. Nak susu ke? Nak makan ke? Kakak sakit ke? Sakit kat mana? Segala ikhtiar cuba dilakukan. Struggle untuk faham kehendak kakak. Sebab Humaira masih belum boleh bercakap. Betul. Umur Humaira hampir 3 tahun, tapi Humaira masih belum boleh panggil mama papa, belum boleh sebut susu, nak makan, mahupun sebut sakit. Apa yang Humaira tahu hanyalah menunjuk jari ke arah sesuatu bila berkehendak, sambil sebut 'iiiiiiii..... aaaaaaaa....' . Maka bermulalah adegan teka meneka. Nak ni ke? Eh taknak pula? Ke nak tu? Haa  begitulah keadaannya bila Humaira nak sesuatu.

Speech delay. Appointment dengan speech therapy sudah pun dibuat. Mama minta postpone. Sebab keadaan Humaira sekarang tak mengizinkan Humaira mengikuti terapi pertuturan. Humaira perlu fokus pada proses penyembuhan pembedahan.

Doktor pesan, pantau keadaan  Humaira. Doktor risau pada pembedahan baru-baru ni. Tak tahu sama ada berjaya atau tak. Macam mana nak tahu berjaya? Hanya boleh tahu sekiranya Humaira muntah darah atau berak darah. Kalau terjadi lagi, jangan tunggu. Terus ke kecemasan. Begitu penuh teka-teki.

Hana Humaira anak yang kuat. Pasti boleh hadapi semua ni. Mama yakin Hana Humaira akan membesar bagai juara. Mama menulis untuk Humaira. Agar tidak lupa setiap perjuangan yang Humaira buat. Jika suatu hari nanti Humaira rasa down, rasa sedih, rasa takut, bacalah semula tulisan ini. Tulisan yang menjadi bukti Humaira kuat. Saksi Humaira pantang kalah. Sebab mama tak selamanya boleh jaga Humaira. Seperti Humaira juga, sampai masa mama akan pergi menghadap Tuhan. Tapi tulisan ini akan kekal sampai bila-bila. Supaya nanti akan menjadi bekal semangat untuk Humaira teruskan hidup di bumi Tuhan.

---
20 April 2017

No comments:

Post a Comment