Hampir-hampir ke hospital semula

Sudah pun seminggu Humaira pulang ke rumah. Maka seminggu jugalah mama tak update apa2 status facebook. Bukan taknak menulis, cuma belum berkesempatan. Sebab mama taknak tulis cincai, taknak tulis karut. Nak tulis dari jiwa. Baru sampai pada jiwa. Haa nampak tak kesinambungannya? Betapa pentingnya kita menyampaikan sesuatu positif, supaya yang menerima juga positif.

Sejak balik ke rumah. Humaira batuk-batuk. Sampai pernah ke klinik ambil nebulizer. Hampir-hampir ke hospital semula. Mama paling takut bila malam. Sebab Humaira batuk makin kuat. Kadang-kadang demam panas tengah malam. Mama susun bantal berlapis-lapis, mama sandar pada bantal, mama pangku Humaira. Posisikan bahagian kepala lebih tinggi. Peluk Humaira rapat ke dada. Sepanjang malam Humaira tidur atas riba mama. Kadang-kadang mama bergilir dengan papa untuk riba Humaira. Baru Humaira boleh tidur lena.  Takpelah Humaira. Mama papa tidur 2 3 jam sehari itu biasa. Di ruang hadapan, di tengah rumah, asal ada kesempatan, di situ kami lena.

Luka jahit pembedahan makin baik. Tapi ada nanah. Mama cuci luka sampai bersih guna air garam. Mama sapu ubat. Tiap kali juga Humaira akan menjerit menangis tahan sakit. Terketar-ketar tangan mama menyiapkan. Takut-takut kalau terbuat kasar, bimbang Humaira sakit.

Humaira takut kena tinggal. Tiap masa mesti kena ada orang di sebelah. Mesti ada yang sudi melayan Humaira. Humaira akan menangis kalau ada yang tak kena. Mama papa pun cuba teka apa yang Humaira nak. Menjaga Humaira memang mencabar. Lebih-lebih lagi bila Humaira belum boleh bercakap. Lagilah tak tahu nak apa. Jadi mama dah pun tambah cuti. Dari tiga minggu jadi tiga bulan. Semata-mata mahu menjaga Humaira. Mama nak Humaira sihat segera.

Dah bermacam ikhtiar dibuat. Dah dibeli semua ubat. Dari ubat hospital, ubat kampung, ubat itu, ubat ini. Asal sahaja orang kata mujarab, semua kami cuba. Wang ringgit tak payah kira. Dah berapa ubat masuk ke tong sampah. Betapa renyuknya hati mama bila lihat Humaira menjerit kesakitan. Luluh lagi bila mengenangkan zaman kanak-kanak Humaira dihabiskan dengan melawan sakit.

Kadang-kadang terlintas di hati, apakah hikmah di balik semua ujian ini? Mama papa punya impian untuk anak-anak. Nak sediakan yang terbaik untuk anak-anak. Taknak anak-anak merasa susah seperti yang kami rasa. Tapi hakikatnya, anak lah yang menjadi ujian kami. Allah uji pada yang kita sayang. Kita inginkan bahagia. Adakah harga sebuah bahagia ada pada satu nyawa?

Hari-hari bangun dalam ketakutan. Takut pada kehilangan. Takut pada kematian. Asal celik mata terus berfikir, ujian apa pula Allah nak bagi hari ini? Dah sampai tahap takut nak bermimpi. Takut nanti anak yang diuji. Bila terkenangkan Humaira, mama terbayangkan hari esok. Adakah hari esok cerah untuk Humaira?

Biar apa pun akhirnya nanti, mama nak Humaira tahu yang mama bangga dengan Humaira. Banyak yang mama belajar dari Humaira. Mama belajar jadi kuat. Mama belajar tahan sabar. Mama belajar kawal hati sendiri. Terima kasih anak. Moga semua ini berakhir dengan kesembuhan yang berkekalan.

P/s:Terima kasih 'Aifa Khoo untuk kek yang sedap ini.

---
27 April 2017

No comments:

Post a Comment