Beberapa hari lepas bawa anak sulung pergi hkl untuk check up. Sempat duduk sembang2 dengan seorang ibu yang kebetulan anaknya juga datang untuk check up kanser hati. Dia sekeluarga sudah menetap di Arab Saudi selama 9 tahun lamanya.
Tapi sejak anak bongsunya disahkan menghidapi kanser hati tahap 4 pada Januari lepas, ibunya terus buat keputusan balik Malaysia. Kesemuanya anaknya dibawa pulang ke Malaysia, terus beli rumah dan daftar anak bersekolah di Malaysia. Memang sudden decision. Bila tengok mukanya, terasa tenang. Rilek dan senyum je. Padahal kita tahu yang dia tengah risau tahap gaban kat anak dia.
Entah kenapa, bila duduk bersembang, rasa terkesan sangat dengan apa yang dia cakap, "Bila awak redha, awak sabar, awak jaga baik2 anak awak, inshaAllah pasti Allah akan kurniakan rezeki yang hebat pada awak. Allah akan jawab doa awak. Sebab awak seorang ibu. Dia akan jawab doa seorang ibu melalui anak."
Diam kelu mendengar kata-katanya. Sambungnya lagi, "Kata-kata dan doa seorang ibu amat sempurna untuk anak-anaknya. Sebab tu kita kena doa dan sebut yang baik-baik sahaja."
Sewaktu mengandung dulu, kita doakan supaya Allah kurniakan anak yang membawa rahmat kepada keluarga kita, maka Allah jawab doa kita melalui anak. Allah kurniakan anak yang sakit, untuk mengajar kita sabar. Anak yang nakal, untuk mengajar kita tenang. Anak yang mudah merengek menangis untuk mengajar kita kuat.
Walau apapun cabarannya, hakikatnya itu adalah didikan halus yang Allah bagi pada kita. Asal saja kita menerima, kita adapt and adopt. Kita improve, kita upgrade sikit-sikit, lama-lama mesti kita pun dah terbiasa dan dah pandai nak handle bila datang situasi tak terduga.
Dan kadang-kadang Allah hantar teguran melalui strangers. Kita tak pernah kenal dia, tiba-tiba dia datang duduk sembang, terus bagi nasihat macam dah berjiran 10 tahun sebelah rumah.
Begitulah tarbiyah Allah. Bila kita pandang sesuatu dan terima dengan positif, mesti kita dapat sipi-sipi aura positif. Tapi bila kita beremosi, asyik nak berprasangka, maka apa sahaja berlaku kita akan salah sangka.
Setiap apa yang berlaku ada tujuan. Allah tak takdirkan sesuatu yang sia-sia. Pandanglah dengan mata hati, belajar terima berlapang dada, mesti hidup kita penuh makna.
---
12 Mei 2017
No comments:
Post a Comment