Mesti ramai yang tertanya2 apa sebenarnya penyakit kakak humaira. Penyakit ni berkaitan dengan darah. Nama diberi Portal Vein Thrombosis. Apa tu? Tak pernah dengar? Yes, kita geng. sep sikit ✋. Sama gak. Pun baru first time dengar 😅.
😉Definisi
Portal vein thrombosis adalah penyempitan atau sumbatan darah beku pada salur darah utama (portal vein) yakni salur darah yang membawa darah ke hati dari usus.
Disebabkan portal vein ini sempit atau tersumbat, maka tekanan tinggi pada portal vein akan berlaku. Keadaan ini dinamakan portal hypertension. Tekanan tinggi ini akan menyebabkan saiz limpa lebih besar (splenomegaly). Akibatnya, berlaku pembengkakan pada esofagus (esophageal varices) yang akhirnya mengakibatkan pendarahan atau lebih mesra dikenali sebagai muntah darah. Juga boleh berlaku pada perut (gastric varices). Pendarahan pada perut ini boleh menjurus kepada berak berdarah (melena).
Selalunya portal tersumbat disebabkan oleh aliran darah yang perlahan. Bila aliran perlahan, maka darah mudah bergumpal (blood clot). Ada juga disebabkan oleh jangkitan (appendicitis) pada portal vein yang mampu menggalakkan darah tersumbat.
😃Simptom
Apabila saluran pada esofagus atau perut bengkak, pendarahan kerap boleh berlaku. Sama ada muntah darah atau darah mengalir ke sistem penghadaman yang mengeluarkan najis kehitaman, bercampur darah yang dinamakan melena.
Diagnosis
😃berlaku pendarahan pada salur darah bengkak pada esofagus atau perut
😃saiz limpa lebih besar
Rawatan
😃 sejenis ubat dimasukkan melalui endoskopi yang akan bertindak sebagai gam untuk mencantumkan (mengeraskan) semula salur bengkak
😃 menggunakan antihypertension drugs seperti beta-blockers dan nitrat untuk mengurangkan tekanan pada saluran portal dan menghalang pendarahan pada esofagus
😃 menggunakan octreotide. Sejenis ubat yang mengurangkan aliran darah ke hati dan mengurangkan tekanan darah pada abdomen. (Diberi berulang kali untuk menghentikan pendarahan.)
Apabila kesemua rawatan yang dilakukan tidak memberi kesan yang baik, (masih berlaku pendarahan),maka pembedahan perlu dilakukan dengan menggunakan kaedah shunting. Salur darah yang baharu akan dibuat untuk mengurangkan tekanan pada saluran portal sekaligus mengurangkan risiko berlaku pendarahan semula. Sekiranya selepas pembedahan masih berlaku pendarahan, maka pembedahan kali kedua perlu dilakukan.
Kalau kakak humaira nak tahu, selepas 29 hari bertapa di hospital, maka akhirnya kakak perlu menjalani pembedahan pada minggu depan. Kakak ingat tak? 2 tahun lepas, selepas 28 hari di hospital, kakak dah boleh balik ke rumah. Waktu tu kakak baru lepas menjalani pembedahan jantung (tetralogy of fallots repair). Tapi kali ni, selepas 29 hari di hospital, kakak kena sambung lagi pertapaan di sini. Entah sampai bila. Ingatkan panas sampai ke petang, rupanya tsunami di pagi hari.😭Sabarlah kakak. Bertahanlah.😎
Pejam mata. Tarik nafas dalam-dalam. Lepaskan. Takpelah kakak. Allah nak ajar kita erti redha. Tawakal. Serahkan bulat-bulat pada Allah. Semoga kehidupan kakak kembali sihat dan ceria selepas menjalani pembedahan.😊😊😊😊 Kakak jangan takut. Kakak pasti boleh hadapi semua ni. ✌Mama tahu semua ni berat untuk kakak. Kakak dah banyak terseksa selama ni. Jangan risau. Selagi mama hidup, selagi tu mama akan jaga kakak dengan kudrat mama sendiri. 💪
Allah maha kaya. Allah maha menyembuhkan. Allah maha menjaga. Kalau Allah tak izin, benda ni takkan berlaku. InshaAllah dengan izinNya juga kakak akan sembuh, bebas dari sebarang penyakit. Kita mesti terus sangka baik dengan Allah. 😊
Hasbunallah wa nikmal wakeel
Cukuplah Allah menjadi penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baik pelindung. (Ali imran;173)
---
27 Mac 2017
Pediatrik HKL
No comments:
Post a Comment