Dulu lagi mama dah perasan dengan ketidaknormalan pada saiz perut kakak

24 hari kakak tak balik rumah. Hampir sebulan kakak check in hospital. 🏥. Takpelah kakak. Tak lama lagi mesti doktor bagi balik punya. Bagi orang lain la pulak check in. Kita tidur kat rumah 🏡 .Rumahku syurgaku katanya.

Hari ni pertama kali kakak makan makanan pejal selepas masuk wad. Mula2 papa suap bubur nasi. Belum pun sempat telan, kakak muntahkan semula. Cuba lagi. Muntah. Cuba lagi. Muntah juga. Cuba lagi. Pun muntah. 😷Mungkinkah sebab ini makanan spital? 😢 tak mengejutkan.  Mama yang tak sakit pun mujur tak muntah bila makan makanan spital. Opss.. 🙊ok fine. Cuba makanan lain. Mama gugel cari no phone 📱kepsi. Gigih kan? 😄 Anak punya pasal. Layan jelah. Order delivery  🚚. Wah ber dinner plate kita. Kakak makan dengan penuh selera. Oh nak kepsi rupanya. Kemain selera kau nakkkk.. minggu lepas dah order kepsi juga. Tapi kakak tak sempat makan. Malam tu juga kakak muntah darah dan berak darah lagi.😭 kakak ingat tak hari tu? Alaa..hari yang mama papa buat marathon tuuu✌

Alhamdulillah..happy sangat bila tengok kakak makin sihat. Walaupun entah bila boleh pulang. Kakak nak tahu tak? Sakit yang kakak hadapi ni masih tak tahu punca. Jarang sangat terjadi kat budak2.  Mama cakap kat doktor, "macam misteri nusantara kan doktor?"😉

Doktor cakap sakit ni takde simptom. Anytime berlaku pendarahan, muntah darah atau berak berdarah harus terus ke hospital. 🏥. Nampak gayanya kita perlu beli rumah sebelah hospital 🏥.

Hakikatnya, perut kakak masih besar. Buncit  boleh nampak urat2 hijau. Mama nak sentuh pun kadang ada gak rasa takut. Tak tahu apa yang kakak rasa. Bila minum je perut jadi buncit . Kadang-kadang kakak merengek berjam-jam lamanya. Last kakak berhenti merengek bila dah tertidur. Sayu je tengok. Mama sapu minyak. Urut perlahan. Sambil selawat. Sambil berdoa. Dengan harapan hilanglah sakit kakak.

Sebenarnya, dari dulu lagi mama dah perasan dengan ketidaknormalan pada saiz perut kakak. Pelbagai doktor sudah jumpa. Dan kesemua mereka kata takde apa2. Normal. Tak perlu risau apa2. Tapi kan hati mama kuat mengatakan ada something wrong dengan perut kakak. Tiap-tiap malam mama baca doa, hembus pada perut kakak. Mama minta Allah bagi petunjuk, bagi hint pada mama. Tunjukkan apa yang tak kena. Finally 24 hari lepas kakak berak berdarah. Terus pecut ke hospital. Dan di sini Allah tunjuk apa terjadi pada perut kakak. Portal vein thrombosis. Kepakaran mengubatinya hanya ada di hkl.

Sabarlah kakak..bertahanlah.. kita sedang berubat. Kita sedang usaha. Esok lusa pasti kakak sembuh juga. Allah sedang sambut doa kita. Percayalah..Allah pasti terima doa kita. Sebab Allah baik sangat. Allah akan mengikut sangkaan hambaNya. Allah sayang kita. Dia sedang latih kita erti sabar hadapi ujianNya, syukur masih diberi masa untuk bersama, redha menerima segala rencana.

Ps- Minggu depan kita buat skop lagi. Harap2 pendarahan dah berhenti. Kalau tak, mungkin lebih lama kita di sini.

---
23 Mac 2018
Pediatrik HKL

No comments:

Post a Comment