HADIAH HARI JADI

Sejak dari kecil, saya suka tengok rumah. Kalau berjalan ke suatu tempat, saya suka tengok design, mahupun deko yang ada di rumah tu.


Dalam hati saya berangan nak miliki rumah sendiri. Suami saya pun dah faham sangat dengan perangai isteri. Kalau nak berjalan, saya tak suka masuk mall. Tapi saya lebih suka pusing-pusing dalam kereta, sambil tengok rumah yang bermacam design.

Pernah saya cakap pada suami, saya sangat pentingkan 2 perkara. Kereta dan rumah. Kerana saya ada reason tersendiri. Asbab pengalaman sendiri.  It is about proud and pride.

Hinggalah dua tahun lalu, saya perasan suatu benda.

Bahawasanya saya tak pernah letak target bila nak miliki rumah. So from that time, i'd changed my dua's.

'Ya Allah, kurniakan aku peluang untuk miliki rumah sendiri menjelang usiaku 30 tahun.'

Konfiden je saya doa macam tu. Padahal masa tu tak pernah terbayang pun rumah macam mana atau di mana.  Cuma yang saya tahu, nak beli rumah sendiri.

Saya ulang-ulang doa tu tiap kali terpandang rumah-rumah orang yang saya suka tengok. Dah jadi macam terapi diri.

Banyak juga cabaran sebelum miliki rumah ni. Banyak kali juga saya hampir putus asa. Tapi bila mengenangkan yang Allah itu Mengikut Sangkaan HambaNya, maka saya tetap percaya, terus berusaha untuk miliki rumah pertama.

Dan saya tak pernah sangka, akhirnya doa itu dijawab Tuhan. Pada tepat masanya.

Menjelang usia 30tahun, saya direzekikan miliki rumah pertama. Officially pada tarikh hari jadi, saya melangkah masuk ke rumah sendiri. Sama seperti doa yang pernah saya ucap sebelum ni.

Rumah biasa. Cukup untuk kami sekeluarga menumpang teduh. Untuk kami meneruskan hidup.

Sungguh. Terlalu banyak rezeki yang Allah dah beri. Pahit manis suka duka semua dah serasi.

Syukur ya Allah, untuk rezeki umur ini.
Terima kasih ya Allah, untuk hadiah di hari jadi.

.

Happy birthday to me.

.





.

KENDURI KESYUKURAN

17/8/2019
Teluk Panglima Garang

Kenduri Kesyukuran
300 pax

Nasi tomato
Ayam masak merah
Dalca
Acar timun
Buah tembikai
Air sirap ais

Nasi putih
Gulai nenas ikan masin
Ayam goreng berempah
Ulam ulaman
Sambal belacan
Budu
Buah oren
Air oren sunquick

.








Terima kasih sudi repeat order. Moga berpuas hati dengan servis kami. Next time repeat lagi 😊

.

Makanan bungkus

Bila dapat order makanan bungkus, masa penyediaan akan menjadi lebih panjang dan lama.

Bukan itu sahaja, jumlah manpower juga lebih ramai diperlukan. Sebab proses pembungkusan agak cerewet berbanding makanan hidang buffet.

Makanan perlu siap lebih awal, supaya tidak terlalu panas sewaktu dibungkus. Ini bagi mengekalkan kesegaran dan keenakan makanan.

Semuanya perlu dibuat satu persatu. Setelah siap, makanan akan dimasukkan ke dalam plastik dengan jumlah yang sama. Ini bagi memastikan jumlah makanan cukup seperti yang diminta.

Sewaktu penghantaran dibuat, juga memerlukan masa dan kudrat untuk angkat dan agihkan makanan.

Kerana itulah, kepantasan dan kecekapan kerja sangat diperlukan. Supaya masa penghantaran on time.

Inilah antara proses di balik tabir penyediaan makanan bungkus. Done.

240pax
Nasi beriyani ayam masak merah
Nasi lemak ayam goreng berempah

.
.
Terima kasih sudi repeat order,
Alhamdulillah, puas hati semuanya.

.





PAKEJ KATERING SHAH ALAM 2019

Kalau ada rasa nak buat event tu, teruskan je. Soal makanan biar kami handle.

Dari menu utama, sampingan, pencuci mulut dan air minuman, semua ada. Tinggal nak pilih je nak yang mana.

Alat kelengkapan buffet semua tersedia, tray buffet, senduk, sudu garfu, pinggan cawan. Tisu dan plastik sampah pun ada.

Tuan rumah buat apa? Tuan rumah cuma perlu bersedia terima hidangan je. Tak payah pening kepala.

Senang ke senang? Untuk jamuan kecil 50pax pun boleh. Akikah, birthday, khatan, doa selamat, kesyukuran, nikah dan tunang. Syukur sangat.

Jom tengok apa yang Nenekatering Services sediakan khas untuk anda semua.



PAKEJ UNTUK 100PAX TETAMU DAN KE ATAS


PAKEJ UNTUK 50PAX TETAMU
HIDANGAN MENU SAMPINGAN
ADD ON
                         
PAKEJ MAKANAN BUNGKUS



                         


APA KEISTIMEWAAN HIDANGAN NENEKATERING?

1. Menu masakan merupakan resepi tradisi asli yang diwariskan oleh nenek kami sendiri.
2. Kesemua penyediaan makanan menggunakan SOP.
3. Setiap transaksi akan disertakan invois dan direkodkan.
4. Kami bersedia untuk membuat tempahan anda pada bila-bila masa.

Khas untuk orang Shah Alam, Klang, Damansara, Puchong, Jenjarom, Bangi, Subang, Petaling Jaya, USJ dan kawasan sekitar.

Berminat ke? Jom la roger 010.557.3654 / 011.6565.3654

.
.

RESEPI ROTI JALA

Dah lama teringin nak tebar jala. Asyik sibuk uruskan benda lain sampai terlupa. Jadi kali ni saya nekad untuk curi juga masa untuk menjala.

Roti jala adalah satu hidangan yang mudah dan ringkas. Kalau di majlis kenduri, ramai orang akan pilih roti jala sebagai hidangan sampingan.

Tapi nak buatnya perlukan skill untuk menjala. Silap gaya, boleh hancur dan putus jala dibuatnya. Adunan yang bagus adalah adunan yang likat dan tidak putus.

Dalam banyak resepi yang dicuba, ini yang menjadi pujaan hati saya. Nampak cantik je bila nak menjala. Dan yang paling best, rotinya kekal lembut untuk tempoh yang lama.

RESEPI ROTI JALA

3 cawan tepung gandum
3 cawan susu
3 sudu minyak masak
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil pewarna kuning
1 biji telur

Cara detail memasak saya titipkan pada setiap gambar.

Selamat mencuba 😊




1. Campurkan kesemua bahan, tepung gandum, air susu, telur, pewarna kuning, minyak masak, dan garam. Blend halus.

2. Masukkan bancuhan ke dalam botol tiub yang sesuai.


3. Tebar jala ke dalam non stick pan. Terus angkat jala tanpa perlu balikkan.

4. Angkat jala dan letakkan ke atas permukaan rata seperti dulang. Lipat dan gulung.


                        

        5. Roti jala dah siap. Boleh        dihidangkan bersama semangkuk kari ayam.

Selamat menjamu selera.

.
.