Makanan bungkus

Bila dapat order makanan bungkus, masa penyediaan akan menjadi lebih panjang dan lama.

Bukan itu sahaja, jumlah manpower juga lebih ramai diperlukan. Sebab proses pembungkusan agak cerewet berbanding makanan hidang buffet.

Makanan perlu siap lebih awal, supaya tidak terlalu panas sewaktu dibungkus. Ini bagi mengekalkan kesegaran dan keenakan makanan.

Semuanya perlu dibuat satu persatu. Setelah siap, makanan akan dimasukkan ke dalam plastik dengan jumlah yang sama. Ini bagi memastikan jumlah makanan cukup seperti yang diminta.

Sewaktu penghantaran dibuat, juga memerlukan masa dan kudrat untuk angkat dan agihkan makanan.

Kerana itulah, kepantasan dan kecekapan kerja sangat diperlukan. Supaya masa penghantaran on time.

Inilah antara proses di balik tabir penyediaan makanan bungkus. Done.

240pax
Nasi beriyani ayam masak merah
Nasi lemak ayam goreng berempah

.
.
Terima kasih sudi repeat order,
Alhamdulillah, puas hati semuanya.

.





No comments:

Post a Comment