Katering Nasi Ayam

Jamuan Makan untuk saudara terdekat.

 Ajak saudara mara duduk makan sekali. Ajak ofismate buat jamuan.
Kenduri kesyukuran sambil berlaga lutut. Bertuahnya kita sebab masih berpeluang berjumpa keluarga dn teman rapat lagi kali ni.
Jom semua. 
Kita share rezeki dengan kaum keluarga. 




Order bermula 50pax ke atas. Tak payah masak. Order je dengan Nenekatering.

Hubungi 

Fadhil https://wasap.my/61055736554
Nur  https://wasap.my/601165653654

Cara mudah nak uruskan event makan


Dulu pernah je semua benda saya nak buat sendiri. Sebab rasa jemputan pun tak ramai. Event pun kecil sahaja. Jemput keluarga terdekat dan sahabat handai sahaja. So buat sendiri pun ok.

Maka bermulalah proses beli barang, persiapan bahan, masak-masak, dan hidang. Semua saya buat sendiri.

Bila dah buat semua tu, baru perasan yang saya perlukan periuk lebih besar, ruang dapur lebih luas, bekas tray untuk letak hidangan pun kena sediakan juga.

Dah siap semua, pinggan dan gelas pun kena sediakan. Rupanya bukan sekadar masa habis di dapur, tapi kos untuk sediakan peralatan dan kelengkapan pun kena ambil kira.

Pada waktu majlis, tetamu datang bertali arus. Helper pula tiada. Saya jadi terkejar-kejar nak topup lauk. Mana nak layan tetamu lagi. Nak jenguk hidangan lagi.

Habis je event, ingatkan dah boleh rehat. Tapi rupanya kena kemas semula. Terpaksa gagahkan diri untuk basuh peralatan dan bekas makanan.  Sampah semua mesti clear.

Sedar tak sedar, lelah juga nak siapkan satu event. Sejak tu lah saya nekad untuk dapatkan helper sekiranya nak buat majlis.

Sejak dari situlah saya datang ilham nak tubuhkan servis katering yang boleh uruskan makanan.

Tak payah susah-susah.  Semua pihak katering siapkan.  Tuan puan cuma pilih tarikh, pilih menu, dan tunggu makanan sampai di depan pintu.

Yang paling penting, tuan puan boleh fokus layan tetamu. Pihak katering akan pastikan makanan siap dan cukup untuk semua tetamu. Sebut je nak order berapa pax.

Selesai event, pihak katering akan datang collect semula bekas hidangan.

Memang sangat membantu. Tuan puan dah tak payah bersilat di dapur. Tak payah basuh pinggan. Jimat masa. Lepas event, rumah pun clear. Boleh terus rehat.

Yang paling penting, event berjalan lancar. Tetamu puas hati, tuan rumah pun senang hati.

Kerana itulah saya wujudkan servis Nenekatering. Saya nak bantu tuan puan semua untuk pastikan hidangan makanan lancar.

Yang istimewanya Nenekatering,

1. Kami fokus uruskan majlis hidangan 50-300pax.

2. Kualiti makanan dan penyediaan mengikut SOP.

3. Semua hidangan dimasak pada hari event. Makanan dihantar sejurus siap masak. Delivered fresh from kitchen.

4. Menu yang disediakan menarik dan sesuai. Boleh pilih sama ada menu masakan kampung, nasi bertema seperti nasi beriyani dan nasi minyak.

5. Menu untuk jamuan ringan juga disediakan seperti aneka mi/bihun, juga kuih-muih.

6. Pelanggan boleh pilih sama ada ingin hidang buffet atau bungkus.

Yang lebih meyakinkan:

7. Semua urusniaga akan direkod. Quotation dan invois akan disediakan setiap kali berurusan.

8. Pihak Nenekatering juga sedia berunding sekiranya berlaku perkara diluar jangkaan.

9. Semua majlis kami cover. Majlis kesyukuran, akikah, hari jadi, tahlil, pertunangan, pernikahan, mahupun persandingan.

10. Khusus untuk tuan puan yang berada sekitar Shah Alam, Klang, Bandar Saujana Putra, Teluk Panglima Garang, Puchong, Subang, Kelana Jaya dan yang sekitar dengannya.

Menarik kan? Dah la tu. Jangan fikir banyak sangat. Event pun dah dekat.

Roger kami cepat.

www.wasap.my/601165653654/nenekatering

www.wasap.my/60105573654/nenekatering
.
.

HADIAH HARI JADI

Sejak dari kecil, saya suka tengok rumah. Kalau berjalan ke suatu tempat, saya suka tengok design, mahupun deko yang ada di rumah tu.


Dalam hati saya berangan nak miliki rumah sendiri. Suami saya pun dah faham sangat dengan perangai isteri. Kalau nak berjalan, saya tak suka masuk mall. Tapi saya lebih suka pusing-pusing dalam kereta, sambil tengok rumah yang bermacam design.

Pernah saya cakap pada suami, saya sangat pentingkan 2 perkara. Kereta dan rumah. Kerana saya ada reason tersendiri. Asbab pengalaman sendiri.  It is about proud and pride.

Hinggalah dua tahun lalu, saya perasan suatu benda.

Bahawasanya saya tak pernah letak target bila nak miliki rumah. So from that time, i'd changed my dua's.

'Ya Allah, kurniakan aku peluang untuk miliki rumah sendiri menjelang usiaku 30 tahun.'

Konfiden je saya doa macam tu. Padahal masa tu tak pernah terbayang pun rumah macam mana atau di mana.  Cuma yang saya tahu, nak beli rumah sendiri.

Saya ulang-ulang doa tu tiap kali terpandang rumah-rumah orang yang saya suka tengok. Dah jadi macam terapi diri.

Banyak juga cabaran sebelum miliki rumah ni. Banyak kali juga saya hampir putus asa. Tapi bila mengenangkan yang Allah itu Mengikut Sangkaan HambaNya, maka saya tetap percaya, terus berusaha untuk miliki rumah pertama.

Dan saya tak pernah sangka, akhirnya doa itu dijawab Tuhan. Pada tepat masanya.

Menjelang usia 30tahun, saya direzekikan miliki rumah pertama. Officially pada tarikh hari jadi, saya melangkah masuk ke rumah sendiri. Sama seperti doa yang pernah saya ucap sebelum ni.

Rumah biasa. Cukup untuk kami sekeluarga menumpang teduh. Untuk kami meneruskan hidup.

Sungguh. Terlalu banyak rezeki yang Allah dah beri. Pahit manis suka duka semua dah serasi.

Syukur ya Allah, untuk rezeki umur ini.
Terima kasih ya Allah, untuk hadiah di hari jadi.

.

Happy birthday to me.

.





.

KENDURI KESYUKURAN

17/8/2019
Teluk Panglima Garang

Kenduri Kesyukuran
300 pax

Nasi tomato
Ayam masak merah
Dalca
Acar timun
Buah tembikai
Air sirap ais

Nasi putih
Gulai nenas ikan masin
Ayam goreng berempah
Ulam ulaman
Sambal belacan
Budu
Buah oren
Air oren sunquick

.








Terima kasih sudi repeat order. Moga berpuas hati dengan servis kami. Next time repeat lagi 😊

.

Makanan bungkus

Bila dapat order makanan bungkus, masa penyediaan akan menjadi lebih panjang dan lama.

Bukan itu sahaja, jumlah manpower juga lebih ramai diperlukan. Sebab proses pembungkusan agak cerewet berbanding makanan hidang buffet.

Makanan perlu siap lebih awal, supaya tidak terlalu panas sewaktu dibungkus. Ini bagi mengekalkan kesegaran dan keenakan makanan.

Semuanya perlu dibuat satu persatu. Setelah siap, makanan akan dimasukkan ke dalam plastik dengan jumlah yang sama. Ini bagi memastikan jumlah makanan cukup seperti yang diminta.

Sewaktu penghantaran dibuat, juga memerlukan masa dan kudrat untuk angkat dan agihkan makanan.

Kerana itulah, kepantasan dan kecekapan kerja sangat diperlukan. Supaya masa penghantaran on time.

Inilah antara proses di balik tabir penyediaan makanan bungkus. Done.

240pax
Nasi beriyani ayam masak merah
Nasi lemak ayam goreng berempah

.
.
Terima kasih sudi repeat order,
Alhamdulillah, puas hati semuanya.

.