MENU KAMPUNG LAGI

Menu Kampung Memang Pilihan Ramai.

Antara kelebihan bila order dengan Nenek Catering adalah para pelanggan boleh request menu pilihan sendiri.

Kami akan sesuaikan pilihan menu dengan bajet yang ada. Senang, cepat, puas hati. Itu keutamaan kami. Dah ramai repeat order menu kampung camni. Nyum Nyum..

Nasi putih,
daging masak lemak,
ayam goreng berempah,
ulam ulaman,
budu,
sambal belacan
agar-agar
karipap
donat
air sirap.

Harga mampu bayar, rasa pun sedap, kami gerenti anda angkat ibu jari.

Peh. Konfiden 😋

#NenekCatering
#ShahAlamCatering

KHIDMAT KATERING UNTUK SAMBUTAN HARI JADI

Terharu tengok event hari ni. Ibu bapa sanggup berhabis semata mata nak sambut birthday anak.

Meriah juga majlisnya. Sewa dewan. Sewa kerusi meja. Tempah katering. Menu best. Dah macam kenduri kahwin je.

Betullah orang cakap, kasih ibu sampai ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.

Kali ni kita serve Nasi hujan panas, ayam masak kicap, kari kambing, sphagetti bolognese, kuih donat, buah tembikai, dan semestinya air sirap kegemaran semua.

.
#nenekatering
#kateringshahalam

TIADA AIR DI SELANGOR? CUKUP MENGGAMIT MEMORI

Sekarang ni dah start air takde bagi kawasan Shah Alam dan kawasan sekitar. Luas juga kawasan yang tergendala akibat ketiadaan air. Makanya kami semua pakat tadah air bagi kegunaan seharian.

Keadaan ni mengingatkan saya kepada pengalaman sendiri sewaktu mula-mula kami niaga. Masa tu tak buat katering lagi. Kami sekadar buka gerai nasi lemak tepi jalan. Sesekali buat juga tempahan untuk majlis keraian.

Kami bermula di sebuah rumah flat tingkat lima. Tekanan air sangat perlahan. Jangan harap nak mandi pakai shower. Nak berenang mandi kolam pun mimpi je. Jadi kami ikhtiarkan sendiri buat sistem perpaipan. Kami buat sistem pelampung, tadah air bertong tong. Dengan air yang terhad itulah kami buat juga niaga nasi lemak.

Kalau fikir logik akal memang tak logik. Air semput. Tapi disebabkan tiada pilihan, kami telan sahaja keadaan.

Jadi bila sampai suatu masa, kami berbincang dan renung vision board sendiri. Berangan nak capai income lebat, tapi nak invest pun terasa penat.

Bincang punya bincang. Selepas ambil kira segala kemungkinan, kami beranikan diri untuk cari duit bayar deposit rumah atas tanah. Sebab utama untuk dapatkan kawasan lebih luas, air lebih bersih, dan pastinya demi mendapatkan masa depan Nenekatering.

Walau agak berat. Kami bergolok bergadai untuk keluar dari kehidupan mendesak. Masa tu memang nekad pindah. Walau pun kos hidup akan meningkat. Jarak rumah baru dengan tempat kerja makin jauh. Kena bayar tol. Minyak makin mahal.

Tapi kami tetap buat. Sebab the only choice that we have is to get the landed house. So that we can make things more organised.

Rupa rupanya kan, bila kita dah decide, dah nekad. Kita hanya perlu buat. Sebab walau macam mana payah sekalipun, pasti Tuhan akan hantar pertolongan.

Sebab bila Allah dah gerakkan hati kita untuk dapatkan sesuatu, itu sebenarnya hint kepada kita bahawa kita mampu. Jadi terpulang pada kebijaksanaan kita untuk mencapai vision kita.

Kalaulah kami tak cabar diri buat tindakan berani mati, mungkin Nenekatering tak wujud sampai hari ini. Percayalah pada gerak hati.

Well, nothing is impossible. Don't limit your challenges, but challenge your limits.

.

MUHASABAH DARI HOSPITAL

Seperti biasa, setiap kali admission anak ke dalam wad, pasti ada kisah yang buat saya muhasabah.

Admission kali ni saya dapat bilik untuk 2 orang. Jiran katil sebelah adalah seorang ibu dan bayi berusia 55hari.

Disebabkan jarak antara katil kami agak rapat, jadi saya dapat mendengar dengan jelas perbincangan ibu ini dengan doktor.

'Pembedahan ini 50:50. Kalau berjaya, memang hilang terus sakit ni. Tapi kalau gagal, anak awak mungkin menghidap sakit ni sampai bila-bila.'

Bila doktor keluar untuk melawat pesakit lain, saya bangun menuju ke sinki yang kebetulan bersebelahan dengan katil jiran.

'Saya sedih sangat, kenapa anak saya jadi macam ni,'

Saya berpaling. Pandang keliling. Hanya saya dan dia. Sah. Dia cuba bercakap dengan saya.

Perlahan saya cuba merapati. Duduk di birai katilnya. Air matanya mengalir laju. Sampai saya terpaksa hulurkan tisu.

Saya sekadar memandang. Tidak menyampuk walau sepatah. Memberi ruang padanya untuk meluahkan isi hati.

Si ibu menyambung perbualan,
'Ini anak pertama saya. Lima tahun saya tunggu anak ni. Tapi lepas lahir, dia sakit begini pula.'

Luahnya dengan pelat Sabah yang agak pekat.

Saya amati tubuh si anak. Tubuh comel itu kekuningan. Matanya juga kuning. Biliary Atresia. Satu penyakit pada fungsi hati.

Saya hilang kata. Cuba berada ditempatnya. Cuba berkongsi semangat dengannya. 

Saya genggam tangannya.

'Sebenarnyakan, walau doktor sendiri tak bagi jaminan, walau anak kita kritikal, sebagai ibu, kita ada satu kelebihan yang Allah bagi. Masa ni lah kita perlu gunakan kelebihan kita.'

Si ibu angkat mukanya. Cuba memahami maksud saya.

'Doakanlah anak kita. Allah kan dah janji,  doa yang dijanjikan mustajab ialah doa seorang ibu untuk anaknya. Selagi anak kita bernyawa, selagi itu peluang masih ada,'

Saya cuba meletakkan diri saya ditempatnya. Saya sebutkan 'anak kita',
menunjukkan kami di situasi yang sama.

Entah kenapa. Waktu itu air mata kami turun bersama-sama.

.
.
Saya teringat sebuah pesan, bila kita diuji, sebenarnya masa tu melihatkan hubungan kita dengan Tuhan.

Sama ada kita sekadar menerima takdir dan bersangka buruk dengan Tuhan, atau kita berusaha mendapat takdir yang lebih baik, dan perbaiki hubungan dengan Tuhan.

Hebatnya doa seorang ibu, dijanjikan perkenan Tuhan. Mustajabnya doa ibu, diaminkan semua malaikat.

Disaat terangkatnya doa ibu ke dada langit, sungguh tiada hijab diantara dia dan PenciptaNya.

.
.
Tuhan, Engkaulah yang mengizinkan sakit. Engkau jualah yang kurniakan kesembuhan. Ditangan Engkau segala kekuasaan. Perkenankanlah doa ibu ini untuk anaknya dengan sebaik baik kesembuhan.
.

KRONOLOGI SAKIT HANA HUMAIRA

Mula mula rasa takut sangat. Risau kalau jadi apa apa di luar jangka.

Tapi tetap serahkan pada yang pakar untuk buat keputusan. 

So ini kronologi kisah perjuangan Hana Humaira.

7 Mac 2017-  Humaira collapsed dan dikejarkan ke icu.  Berterusan berak berdarah (melena) dan  muntah darah (hematemesis). 

After a week, still tak tahu punca. Bila keadaan makin stabil, Humaira dipindahkan dari icu hsa ke icu hkl.

13 Mac 2017- 1st endoscopy (OGDS) procedure

16 Mac 2017 - Melena again

17 Mac 2017 - 2nd OGDS

22 Mac 2017 - Melena and hematemesis again

3 april 2017 - Warrent shunt dibuat untuk mengurangkan tekanan di dalam perut .

26 September 2017 - 6 bulan selepas operation, Humaira muntah darah lagi.

Saluran esofagusnya bengkak semula, akibat tekanan tinggi (portal hyper tension) dalam perutnya.

10 Disember 2017 - 3rd OGDS .

Stil got esophageal varices. Plan another procedure

1 Mac 2018 - 4th OGDS

***less than one hour, everything was done.

Doktor cakap,
'Masa kami buat procedure, kami tengok everything is normal. Takde apa-apa kami perlu buat. Jadi kami cancel plan asal'.

2 Mac 2018- Allow for discharge. No more planned procedure.

Alhamdulillah. Terima kasih pada semua yang mendoakan Hana Humaira selama ni.

Semoga Hana Humaira dapat menikmati indahnya dunia kanak-kanak sama seperti kanak-kanak yang lain.

Percayalah, dunia ini penuh keajaiban.

Yakinlah, Tuhan itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

#hanahumaira
#anaksyurga