Kalau nak jadi caterer, anda mestilah sanggup bangun awal dan tidur lambat

Bila mula merancang untuk projek besar, menelan belanja ber k k,  masa tu dah terfikirkan pembinaan jentera yang kuat harus ditubuhkan.

Tugas pengurusan katering merupakan tugas yang berat. Banyak memerlukan kudrat. Berbaldi baldi keringat. Tak sesuai bagi yang berjiwa tauhu. Apatah lagi yang hati tisu.

Awal pagi dah kena mula beraksi. Hingga bulan menampakkan diri, baru boleh melepas lelah yang tertahan sejak pagi.

Seorang senior caterer pernah berpesan, 'Kalau nak jadi caterer, anda mestilah sanggup bangun awal dan tidur lambat.'

Tapi saya tak berapa setuju dengan statement beliau. Kerana saya dah alami, ada ketika bukan setakat bangun awal tidur lambat, tapi mesti sanggup tak tidur, kekal berdiri tegak sejak pagi semalam sehingga esok pagi.

Sebab bukan mudah nak handle semua. Tangan sotong pun tak cukup. Jadi kami mula mendapatkan khidmat anak-anak muda yang bersemangat waja nak berjaya.

Disebalik kelancaran urusan majlis yang hebat, ada pasukan yang kuat.

Bijak pandai pernah berkata,

'If you want to go fast, walk alone. But if you want to go far, walk together'.

Kalau nak buat suatu big work, mesti ada teamwork!

#nenekatering
#kateringshahalam

10 comments:

  1. katering ni ambek bagian penting dalam majlis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Lisa. sebab setiap tetamu yang hadir mesti makan. jadi makanan harus menepati citarasa semua.

      Delete
  2. Yes!! yes! yes! need to walk together heheh ^^ perkongsian yg bermanfaat <3

    ReplyDelete
  3. susah gak nk jd caterer ni...tp, mmg perkara plg penting dlm satu majlis...klo mknn tak sedap, org akn kata sampai ke sudah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..setiap tetamu mesti makan. sebab tu makanan adalah aspek yang paling penting bila buat event.

      Delete
  4. yea..big work mesti ada teamwork (^_^).

    ReplyDelete
  5. sy setuju teamwork penting dlm kebanyakan jenis kerja. kene pandai hargai team mate kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. tanpa team mates tak mungkin kita dapat buat sendiri

      Delete