Mama tengok kakak kuat sangat

Kakak dah selamat menjalani prosedur untuk kecutkan saluran bengkak, stopkan ๐Ÿšbleeding. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Menurut Tuan Doktor, kejadian sebegini selalunya berkaitan dengan fungsi hati. Tapi hati kakak ok. Sihat takde masalah ๐Ÿ’œ. dah wujud misteri di situ. Unknown. ๐Ÿ™‰

Selesai satu perkara, sekarang Tuan Doktor sedang investigate pula apa punca tangan dan kaki  kakak sembab. Kembang je. Macam belon dah mama tengok ๐ŸŽˆ. ๐Ÿ˜‰

Kuku jari kaki dan tangan kakak biru. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜ฑSejuk sangat. Selalunya kuku biru bila kurang oksigen dalam badan. Tapi bacaan oksigen SPO2 kakak cantik. 100%  So wujud satu lagi misteri di situ.. ๐Ÿ™Š ๐Ÿ™Š

Mama tengok kakak kuat sangat. Kakak cuba nak bangun. Kakak cuba angkat tangan. Mama hulur tangan mama. Kakak genggam kemas. Sejuk. Mama usap tangan kakak yang montel. Kakak tengok mama. Tenang je. Seolah2 kakak dah kebal dengan sakit. Kakak memang sado๐Ÿ’ช. Mama bangga dengan kakak.๐Ÿ˜„

Sekarang mama on the way pegi jenguk kakak. Baru lepas hantar adik dekat pengasuh. Sejak kakak masuk hospital, ๐Ÿฅ adik banyak berada di rumah pengasuh, pagi sampai tengah malam. Ada sekali tu sampai terpaksa bermalam di rumah pengasuh. Mujur pengasuh memahami. Baik sangat. Beruntung kakak dan adik dapat pengasuh macam ibu. ๐Ÿ‘

Mama tak tahu kisah kita sampai bila. Tapi yang pasti kisah kita penuh warna warni. Cantik sangat. Nanti bila kakak dah sihat, mama akan ceritakan kisah hebat ni pada kakak. Supaya nanti menjadi satu kenangan yang cukup manis untuk kita kenang.

Hana Humaira, perjalanan membesarkanmu tak mudah. Perjuangan menjagamu penuh liku. Moga nanti menjadi bukti bahawa sesungguhnya kuasa Allah itu amat luas dan kasih sayang Allah itu tidak terbatas๐Ÿ˜Š

---
10 Mac 2017

Pediatrik HKL

No comments:

Post a Comment