Alhamdulillah. Kakak humaira makin sihat. Gembira sangat tengok perubahan kakak. I can see your improvements from day to day. Much better. πππππππππ
Hari ni kakak dah boleh pakai baju wad. Walau still check in picu. Hadap je la. Ada corak nombor dan huruf kat baju. Comel je. Pastu mama siap boleh tolong sikatkan dan ikat rambut kakak. Ada pokok nyiur atas kepala. π΄ manis sangat. Dah 11 hari mama tak dapat uruskan kakak. Dan hari ni mama dapat tolong pakaikan baju kakak, sikat rambut. Urut pun boleh. Kemain lagi siap tanya Tuan Doktor boleh tak kalau mama sapu minyak yuyee kat perut kakak. Hehe. Semangat kan? Rasa best sangat. Mama rinduπ
Wayar pelbagai warna di tubuh kakak. Jarum pun ada.πTiub dalam mulut kakak dah takde. Dah boleh minum susu macam biasa. Tapi bila kakak minum susu, perut kakak akan kembung, keras je. Kena tunggu apa kata Doktor Pakar Pembedahan dulu. Scary la pulak. Aiyookkπ±π±Kakak nangis. Mendayu-dayu je suara kakak. Sayu pulak mama tengok. Tapi kakak jangan risau. Mama takkan nangis punya. Mama tetap maintain cool πand steady✌. Sebab mama dah janji dengan diri mama. Walau apapun berlaku mama tetap senyum je π. Sebab mama yakin bahawa Allah tak zalim. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Makin lama ada di hospital π₯ makin banyak vocab baru mama dapat. Hari ni mama belajar Portal Vein Thrombosis. Mesti kakak pun blur kan.. haha. π kakak ni suka sangat suruh mama study lebih. Mentang2 lah mama malas membaca π. Ok. Dah study.ππ°ππ Rajen kan mama..πππmeh nak explain. Saluran darah utama dari usus ke hati tersumbat. Kejadian sebegini boleh mengakibatkan pembesaran saiz limpa dan berlaku pendarahan pada esofagus. Maka, inilah yang sedang kakak hadapi. Kakak jangan risau. Tuan Doktor akan lakukan yang terbaik untuk selamatkan kakak. Percayalah. Kakak akan sembuh dan sihat. Dont worry be happy π
Kita kena tetap yakin bahawa pertolongan Allah akan datang. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Sebab Allah akan ikut sangkaan hambaNya. Yakinlah, walau seberat manapun dugaan, walau kita hampir jatuh tersungkur tak mampu bangun, jangan sekali2 kita hilang keyakinan pada Allah. Dia sedang sediakan kita untuk benda yang lebih besar. Ada benda besar Allah nak bagi lepas ni. Just be prepared and get ready. π
---
11 Mac 2017
Pediatrik HKL
No comments:
Post a Comment