Bila agaknya kita boleh berkumpul semula ya?

Sudah hampir seminggu mama tak tulis update tentang Hana Humaira. Sebenarnya bukan taknak tulis, tapi tiap kali nak tulis, tiap kali itu jugalah tulisan ini terhenti. Tulis padam. Tulis padam. Tak tulis-tulis.

Macam-macam benda mama fikir. Banyak benda berlaku. Dah sampai tak tahu nak tulis mana satu.

Esok masuk hari ke 44 kakak humaira berkampung di hospital. Lama juga ni. Tak tahu bila nak discharge. Ni kalau orang berpantang lepas bersalin, dah habis pantang dah ni. Ibarat kata orang tua, dah boleh pijak tanah.

Kakak makin sihat selepas menjalani pembedahan. Asalnya doktor plan nak buat Meso-portal shunt, tapi sewaktu pembedahan dibuat, bila perut dah dibelah, doktor tukar plan. Doktor buat Splenorenal shunt. Haa apekebenda shunt ni? Nanti mama explain. Tunggu next post. In the making lagi ni.

Sekarang kakak dalam proses penyembuhan. Luka pembedahan masih belum kering sepenuhnya. Makan minum kakak belum bagus lagi. Asal makan je muntah. Asal minum je muntah. Hari ni saja dah enam kali muntah, salin baju, salin cadar, alas tilam. Kakak kena berpuasa semula. Doktor on drip. Masuk air di tangan. Mungkin doktor nak tengok progress dulu.

Kali ni kan kakak, mama dah pun mohon cuti menjaga anak. Mama dah tak pergi kerja. Mama nak duduk jaga kakak. Teman kakak. Memang keputusan ni agak berat. Tapi mama yakin, ini keputusan terbaik yang mama boleh buat. Mesti kakak tertanya-tanya. Mana adik? Kalau mama teman kakak, adik macam mana? Kakak jangan risau, adik tinggal di rumah pengasuh. Adik bermalam di sana. Nanti siang mama bawa adik ke hospital teman kakak. 

Mama nak kakak cepat sembuh. Cepat balik rumah. Dah lama kakak tak balik rumah. Mama pun. Rumah kita sunyi je. Dah takde ceria. Dah takde bunyi kakak tengok upin ipin. Dah takde bunyi kakak naik motor. Dah takde bunyi kakak main dengan adik. Semua takde. Suram.

Bila agaknya kita boleh berkumpul semula ya? Mama rindu saat kakak, adik, mama dan papa duduk makan bersama. Sekarang ni kakak banyak puasa dari makan. Mama papa makan kat luar je. Mana yang sempat.

Sekarang ni kakak rehat dulu. Mama teman kakak. Kakak jangan trauma lagi. Asal nampak doktor je kakak nangis. Asal nampak misi je kakak jerit. Kalau tidur pun banyak mengigau. Kakak seakan takut lelap. Takut kalau buka mata nanti mama papa takde kat sebelah. Kakak banyak nangis dari diam. Kesian mama tengok. Takpe kakak. Kali ni mama teman kakak tiap masa. Biar kakak tenang. Biar kakak cepat sembuh. Jangan fikir soal kerja mama. Nanti kakak dah sihat mama pergi kerja semula.

Rehatlah anak. Biar sembuh sempurna. Kuatlah anak. Biar sihat bertenaga. Sabarlah anak. Khabar gembira pasti muncul tiba. Yakinlah anak. Allah bersama kita.

---
11 April 2017
Pediatrik HKL

No comments:

Post a Comment