Selagi Mak Ayah Masih Ada, Jenguklah Mereka.

Dulu sewaktu masih kecil, mak pernah pesan.

'Nanti bila kamu dah besar. Dah ada hidup sendiri. Selagi mana ada orang tua di kampung, kalau ada peluang, baliklah. Walau kamu terpaksa merangkak sekalipun,'

Masa tu saya masih sekolah rendah. Tapi saya boleh ingat sampai sekarang.

Sekarang ni, bila dah duduk sendiri.
Bila tiba hari cuti, nak sangat balik kampung.

Jenguk duit dalam akaun, tertanya sendiri pula. Boleh ke aku nak survive ni?

Tapi gagahkan diri pejam mata balik je. Pujuk jugakla hati sendiri. Takpe, takpe. Allah kan ada. Tinggal kejap hal dunia. Serah pada Allah sahaja.

Masa tu kan, memang doa sangat pada Allah, untuk hadirkan rezeki tak disangka.

Sebab saya percaya. Berbuat baik pada orang tua akan meluaskan rezeki kita.

Balik kampung tak sampai dua hari. Saya berjaya close sale untuk dua event serentak pada hari yang sama.

Berganda-ganda jumlahnya. Allah memang suka bagi surprise begini. Baiknya Allah. Terima kasih ya Allah. Alhamdulillah.

.

Kita. Usah berkira kira dengan keluarga. Terutama sekali dengan orang tua. Gembirakanlah hatinya. Selagi masih bernyawa.

Kadang-kadang kita sibuk cari wang belanja, asyik dengan harta dunia.

Sedangkan mungkin kita terlupa. Rezeki itu datang dalam banyak cara.

Keberkatan di dalamnya perlu ada. Menyantuni orang tua selagi punya.

Sebab kita tak pernah tahu. Boleh jadi kita berjaya hari ini asbab doa dari mereka.

.
.

No comments:

Post a Comment